Wednesday, 10 June 2020

BBBS 14b - Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.

Sesi malam ini menyambung perkongsian lepas tentang buku Al-Khusyuk Fi As-Salah Fi Daw' al-Kitab wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah), karangan Syeikh Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.

Tuesday, 9 June 2020

BBBS 14a - Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.

Bicara Buku Santai 14a, 16 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.

Nota Perkongsian Hari 16 Syawal (08.06.2020)
Bicara Buku Santai 14
Tema: Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai kali ini akan mengetengahkan satu buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.

Kitab ini tentang khusyuk dalam solat berdasarkan panduan al-Quran dan as Sunnah. Rasulullah ada mengingatkan bahawa ada orang solat tapi tak khusyuk. Sebuah kata kata yang diungkapkan oleh Huzaifah yang mana beliau berkata bahawasanya ternyata khusyuk ini adalah perkara pertama yang akan hilang daripada umat Islam. Ulama ulama terdahulu sangat mengambil berat tentang khusyuk ini. Mereka sedaya upaya memahamkan manusia tentang khusyuk ini dan juga mengamanahkan untuk diri mereka. 

Kata Huzaifah lagi perkara yang akan hilang daripada kamu adalah solat. Betapa ramai orang solat tetapi tidak ada kebaikan pada orang tersebut. Padahal kita tahu solat itu mencegah orang daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat itu mendatangkan kebaikan yang banyak. Berusaha memantapkan diri dengan Allah swt.

Khusyuk secara Bahasa ialah tunduk, tenang dan merendah. Ia hampir sama dengan khudu’. Tapi ia lebih luas. Al Khudu’ hanya pada badan. Khusyuk pada semua anggota badan, badan, pandangan, suara, hati. Dalam ayat Quran iaitu dalam surah al Qalam. Khusyuk adalah pandangan mereka. Iaitu dimaksudkan pandangan mereka tertunduk. Khusyuk digunakan untuk pandangan.

Dalam surah Taha ayat 108, iaitu suara suara pada waktu itu tunduk kepada ar Rahman. Pada Allah swt. 

يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ ٱلدَّاعِىَ لَا عِوَجَ لَهُۥ ۖ وَخَشَعَتِ ٱلْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمٰنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا
Pada hari itu manusia mengikuti (menuju kepada suara) penyeru dengan tidak berbelok-belok; dan merendahlah semua suara kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar kecuali bisikan saja.
(Thaahaa 20:108)

Tak berani bercakap, tak berani untuk membantah. Iaitu pada hari kiamat. Khusyuk boleh digunakan untuk pandangan boleh digunakan untuk suara bahkan untuk wajah. Iaitu wajah wajah atau muka muka manusia pada waktu itu khusyuk. Iaitu merendah tak berani nak angkat. Khusyuk ini lebih luas. Khusyuk itu mencakup semua. Tapi kata Ulama ia bermula daripada hati.

Khusyuk sangat penting pada ibadah seseorang yang beriman dan ia mempengaruhi dalam kualiti hidup seseorang itu. Dalam surah al Mukminum, ketika menceritakan kejayaan orang beriman, orang yang beriman itu sungguh dan pasti Berjaya. Iaitu orang orang yang khusyuk dalam solat mereka.

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(Al Mu'minun 23:1)

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,

(Al Mu'minun 23:2)

Makna khusyuk secara istilah, iaitu kelembutan hati, ketundukannya, kehalusannya, ketenangannya dan kehadirannya semasa melakukan ketaatan pada Allah lalu diikuti oleh anggota badan secara zahir dan batin. Tak akan dapat khusyuk sekiranya hati seseorang itu berpenyakit. Kebersihan dan kesucian hati sangat penting. 

Ada 3 kategori iaitu hati yang sihat, hati sakit, hati yang mati. Hati yang sihat ialah hati yang khusyuk. Hati itu merasa gembira apabila melakukan ketaatan. Merasa tenang apabila al quran dibacakan. Hati yang berpenyakit apabila hati ini berbolak balik. Dia nak berzikir tapi lepas itu dia malas dan bosan, berbuatlah solat sunat taubat dan mohon keampunan. Jadi hati mati pula ialah hati yang tidak terkesan langsung,tak tergerak langsung untuk melakukan kebaikan dan lebih suka melakukan kemaksiatan.

Maka hati ini perlu takhliah iaitu buang kotoran kotoran dia, selanjutnya kita tahliah iaitu hiasi hati. Iaitu hiasi dengan kesabaran, kesyukuran, keredhaan, keyakinan. Kita yakin diri kita dengan apa yang ditetapkan oleh Allah swt. Secara prinsip istilah, khusyuk bermula dari hati barulah nanti akan diikuti oleh anggota badan. Maka ulama mengatakan bahawa ada khusyuk orang beriman dan khusyuk orang munafik.

Khusyuk orang beriman bermula dengan kekhusyukan hati dan seterusnya anggota badan. Khusyuk mereka dengan hati yang mengagungkan, memuliakan Allah dan gerun dan segan dengan kebesaranNya. Kita akan rasa takut sekiranya kita tidak berterima kasih kepada Allah swt. 

Ada satu kata kata orang arab iaitu terlalu sering disentuh maka hilang rasanya. Maksudnya secara zahirnya, apabila sesuatu itu lembut tapi hari hari kita sentuh maka rasa lembut itu hilang. Kebaikan orang kadang kadang seperti itu juga. Kalau orang itu hari hari buat baik pada kita, dan kita rasa kebaikan itu hari hari, satu hari kita akan lupa kebaikannya dan hilang rasa kebaikan itu, rasa dekat seperti orang tua kita. Ibu bapa kita.

Ibu bapa kita dari kecil sampai sekarang tak berhenti henti memberi kebaikan kepada kita. Tapi kerana dah selalu kita menerima yang baik daripada ibubapa kita dan kita tak terasa kebaikan itu lagi. Kadang kadang kita lupa dah. 

Demikian juga dengan Allah ini yang sering berlaku. Yang mana hari hari Allah mencurahkan rahmat mencurahkan nikmat kepada kita. Namun kita sering lupa, dan inilah yang membezakan anak yang soleh dan hamba Allah yang soleh. Anak yang soleh ingat kebaikan ibubapa. Dan sentiasa berdoa kepada Allah swt. Dan hamba Allah yang bersyukur seperti itu juga, dia teringat yang silam kebaikan kebaikan yang Allah beri dan dia merasakan dan maka dia besyukur kepada Allah swt.

Khusyuk orang munafik ialah nampak khusyuk pada anggota badan, tetapi hati lalai, dibuat buat dan berpura pura. Tidak ikhlas. Orang munafik kebanyakan riak. Huzaifah ialah sahabat nabi yang dianggap istimewa oleh Rasulullah saw dan dia sahabat yang menyimpan rahsia Rasulullah saw berkaitan dengan orang orang munafik. Huzaifah diantara orang yang boleh membaca kemunafikan orang. Maka Umar bin Khattab jumpa Huzaifah untuk cek hati, Huzaifah seperti doctor hati ketika zaman itu. Maka Umar bertanya Huzaifah “Wahai Huzaifah, aku ada mempunyai hati munafik tak? Maka Huzaifah kata awak okay Umar. Maka legalah hati Umar.” 

Maka Huzaifah pernah berkata hati hati dengan khusyuk cara orang munafik. Maka ada yang bertanya kepadanya bagaimana khusyuk orang munafik itu? Engkau lihat jasadnya tubuh badannya nampak khusyuk dan nampak tunduk nampak merendah tetapi hatinya sombong dan angkuh. Hatinya tidak ada langsung kekhusyukan.

Jadi bonda Aisyah meriwayatkan, beliau melihat beberapa orang pemuda yang mereka lalu dihadapan bonda Aisyah dalam keadaan seolah olah mereka nak mati. Lalu berjalan dalam keadaan lemah longlai macam nak jatuh. Maka bonda Aisyah berkata kepada kawan kawannya , Siapa mereka itu? Mereka berkata orang ahli ahli ibadah yang kuat beribadah. Maka bonda Aisyah berkata bukan itu namanya ahli ibadah bukan yang dinamakan mukmin yang sebenarnya tetapi mukmin yang khusyuk itu seperti Umar al Khattab. 

Kalau berjalan,berjalan dengan tegap dan pantas. Dan apabila berkata, dia berkata dengan jelas dan terang sehingga orang dengar dan faham apa yang dia cakap. Kalau dia pukul memang terduduk orang tersebut. Dan kalau dia bagi makan mesti bagi orang makan sampai kenyang. Inilah yang dinamakan ahli ibadah yang sebenarnya.

Khusyuk dalam solat adalah satu bidang ilmu dan satu amal soleh tersendiri. Yang perlu kita pelajari dan usahakan. Khusyuk kepada Allah dalam solat kita merupakan ilmu yang bermanfaat dan amal soleh. Berdasarkan sabda Rasulullah saw,seperti mana diriwayatkan oleh Abu Darda’, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi, bahawasanya Abu Darda’ berkata kami pernah bersama dengan Rasulullah saw tiba tiba baginda memandang ke langit. Kemudian berkata, ini adalah waktu ilmu diangkat daripada manusia. Akan ada satu masa yang mana ilmu akan diangkat daripada manusia sehingga mereka tak mampu nak buat apa apa.

Maka salah seorang sahabt Nabi iaitu Ziyad bin Lambi’ Ansari berkata bagaimana ilmu itu diangkat daripada kami, kami baca Quran. Kami akan ajarkan al Quran ini kepada anak anak kami dan isteri isteri kami. Jadi walaupun dengan keadaan itu, ilmu itu diangkat macamana itu? Lebih kurang soalan sahabt itu. Maka berkatalah Rasulullah, iaitu “teruknya engkau Ziyad, aku ini dah anggap engkau faham dengan hukum hakam dikalangan orang Madinah. Macamana boleh cakap macam tu? Maka bekatalah Rasulullah dengan membandingkan keadaan sahabat sahabat Nabi dengan orang org Yahudi, mengatakan , taurat dan injil ini ada pada orang yahudi dan nasrani. Kenapa taurat dan injil tidak memberi kesan apa apa kepada mereka.

Maksudnya disini ada al Quran kepada kita tidak semestinya mengantar kita kepada khusyuk. Khusyuk ini satu bidang yang perlu kita kuasai. Ilmu yang pertama yang diangkat daripada manusia iaitu khusyuk. Khusyuk ini satu bidang ilmu yang perlu kita kuasai dan dalami. 

Maka Rasulullah sering berdoa dengan satu doa iaitu Ya Allah aku memohon perlindungan kepada Mu daripada ilmu yang tak bermanfaat daripada hati yang tak khusyuk.daripada nafsu yang tak pernah puas dan daripada doa yang tak diijabah oleh Allah swt. Rasulullah memohon perlindungan sebab perkara ini akan mempengaruhi dirinya. 

***Hati yang khusyuk bersumber dari ilmu yang bermanfaat. Hati yang merasakan kebesaran Allah swt.

Imam Al Hasan Al basri, ilmu itu ada dua iaitu ilmu dengan lisan dan ilmu dengan hati. Ilmu dengan hati adalah ilmu yang bermanfaat dan ilmu dengan lisan adlaah hujah Allah kepada anak cucu Adam.

Akan bersambung, insya Allah

Saturday, 6 June 2020

BBBS 1 - Ad-Da'wah Al-Islamiah Fi Al-Qarni Al-Hali oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali.

Bicara Buku Santai 1, 17 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Ad-Da'wah Al-Islamiah Fi Al-Qarni Al-Hali oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali. 10.05.2020

Nota Perkongsian Hari 17 Ramadhan (10.05.2020)
Bicara Buku Santai 1
Tema: Ad-Da'wah Al-Islamiah Fi Al-Qarni Al-Hali oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman


Buku ini membincangkan perkara perkara yang semasa berlaku pada dakwah termasuk syubhah syubhah ataupun tohmahan tohmahan yang cuba di lontarkan orang berkaitan dakwah.

Berbincang tentang dakwah Nabi saw. Kemudian dakwah pada zaman Bani Ummayyah. Kemudian Bani Abbasiyyah. Kemudian pada Khilafah Turki Uthmani serta berbincang tentang sebab sebab keruntuhan peradapan ataupun tamadun tamadun Islam. Ada beberapa perkara yang berkaitan dengan kekalahan dan kehancuran umat Islam. Dan bagaimana pendakwah menghadapi masalah ini.

Bagaimana menghadapi isu isu semasa yang ada pada dunia Islam sekarang ini. Maka ia berbincang tentang cabaran cabaran menghadapi ideology ideology yang berkembang pada zaman beliau seperti teologi capitalism., komunism dan banyak lagi. Dan bagaimana kita umat Islam bertindak menghadapi cabaran cabaran semasa tersebut.

BBBS 2 - As-Sab'ah Allazina Takallamu Fi Al-Mahd - Tujuh Orang Yang Bercakap Semasa Bayi. Dr. Mustafa Murad

Bicara Buku Santai 2, 18 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: As-Sab'ah Allazina Takallamu Fi Al-Mahd - Tujuh Orang Yang Bercakap Semasa Bayi. Dr. Mustafa Murad.  11.05.2020

Nota Perkongsian Hari 18 Ramadhan (11.05.2020)
Bicara Buku Santai 2
Tema: As-Sab'ah Allazina Takallamu Fi Al-Mahd - Tujuh Orang Yang Bercakap Semasa Bayi. Dr. Mustafa Murad
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Buku ini membincangkan tentang tujuh orang yang bercakap semasa bayi. Siapakah mereka diantaranya adalah

Bayi yang ada pada kisah Juraisy

Bayi dalam kisah AshabulUkhluk

Bayi yang dikisahkan oleh Rasulullah saw yang mana bayi ini dipangku oleh ibunya ketika sedang menyusu lalulah seorang perempuan yang dituduh berzina dituduh mencuri diburukkan orang. Kemudian ibunya berkata Ya Allah jangan engkau jadikan anak aku seperti wanita ini.Katanya. Kemudian sang anak ketika itu berkata sebaliknya tiba tiba anaknya yang masih bayi ini berkata ya Allah jadikan aku seperti dia. Berbeza dengan apa yang dikatakan oleh ibunya. Selepas itu lalu pula seorang lelaki dengan pakaian yang kemas maka ibunya berkata ya Allah jadikan anak aku seperti lelaki ini. Tetapi bayi itu kembali berkata sebaliknya ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki itu. Jadi anak ini bercakap ketika masa bayi lagi.

Bayi tukang sikat anak perempuan Firaun.

BBBS 3 12.05.20 Kitab Fath Ar-Rahman Fi Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Quran Al-Karim

Bicara Buku Santai 3, 19 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Fath Ar-Rahman Fi Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Quran Al-Karim.  12.05.2020

Nota Perkongsian Hari 19 Ramadhan (12.05.2020)
Bicara Buku Santai 3
Tema: Kitab Fath Ar-Rahman Fi Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Quran Al-Karim
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Kitab ini karangan Munir Abd Halim Mahmud serta Mohd Abu Bakar Muawal. Kitab ini menceritakan tentang ulum al Quran.

Diantara perbahasan yang menarik adalah ia juga membincangkan tentang huruf huruf yang ada dalam al Quran. Huruf huruf yang memberi makna tertentu yang merubah kefahaman kita seperti hatta, summa, saufa, sin, zonna. Dikumpulkan ini dan dibincangkan

Kemudian buku ulum al quran al karim karangan Dr Nuruldin Itir, membincangkan tentang berkaitan iaitu perbahasan dalam ulum al quran seperti fawatir ussuar, seperti permasalahan tentang aharufi saba’ah.

BBBS 4 13.5.2020 - Kitab Dabib An-Naml buah karya Muhammad Zayn Al-Abidin.

Bicara Buku Santai 4, 20 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Dabib An-Naml buah karya Muhammad Zayn Al-Abidin.  13.05.2020

Nota Perkongsian Hari 20 Ramadhan (13.05.2020)
Bicara Buku Santai 4
Tema: Kitab Dabib An-Naml buah karya Muhammad Zayn Al-Abidin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Kitab ini membicarakan tentang penyakit hati riyak. Ia menjelaskannya dengan detail dan terperinci. Kitab ini amat bermanfaat untuk penyucian jiwa dan meraih keikhlasan dalam setiap amalan kita.

Pengarang turut menjelaskan tentang jenis jenis amalan manusia dari segi ikhlas dan riaknya. Pembahagian amal manusia menurut kitab ini yang mana ia ada lima macam

Amalan yang ikhlas kerna Allah swt juga bertepatan dengan Sunnah Rasulullah saw. Maka inilah amalan yang dituntut oleh Allah swt amalan yang diterima oleh Allah swt tanpa ragu lagi.

Amalan yang betul betul riak. Tidak ada langsung nilai lillahhitaala. Tak ada keinginan yang ikhlas untuk meraih redha Allah. Maka ini adalah amalan yang tercela yang Allah swt tidak akan nilai sama sekali. Allah tak akan terima amalan itu.

Amalan yang memang untuk Allah swt akan tetapi pelaku amalan tersebut juga inginkan di belakang amalannya itu manfaat seperti gaji ataupun bayaran. Ataupun harta rampasan. Yang akan didapatkan dari usahanya tersebut. Kata Ibnu Rajab, amalan seperti ini pahalanya akan berkurangan tetapi tidk batal sama seekali.

Amalan yang ikhlas pada Allah swt akan tetapi pelakunya itu mendapatkan manfaat tanpa dia sangkakan. Tanpa dia harapkan daripada apa yang diusahanya itu manfaat manfaat tertentu lalu dia mengambilnya. Itu adalah diharuskan. Ia merupakan tanda seseorang itu mendapat balasan didunia ini atas keikhlasannya.

Amalan yang asalnya kerana Allah swt akan tetapi dalam pelaksanaannya muncul perasaan perasaan riak iaitu pada waktu itu pelakunya itu berusaha untuk menolak perasaan riak tersebut, dan dia terus melakukan amalan amalan tersebut. Dia sempurnakan amalan itu kerana Allah swt. Disyaratkan oleh Rasulullah saw diriwayatkan “ Allah swt memaafkan umatnya yang muncul was was dalam hatinya dengan syarat dia tidak mengungkapkan was was yang ada dalam hatinya itu.atau beramal dengan amalan riak dia tadi itu. Inshaa Allah ..Allah akan maafkan perasaan riaknya tadi itu.

Amalan yang awalnya diniatkan untuk Allah akan tetapi dalam pelaksanaannya bercampur riak ke dalamnya. Maka perbuatan ini kata ulama ada 4 pendapat iaitu pertama amalnya itu sah danAllah akan membalas orang itu dengan niatnya yang pertama itu tadi. Ini adalah pendapat al Hassan dan Imam Ahmad.Kedua, sah amalan yang tidak bercampur dengan riak. Jika campur rosakdan tak diterima. Tidakdapat pahala. Ketiga, maka dengan riak itu batallah secara keseluruhan. Kerana ia bermula dengan kerana Allah lalu dimasuki oleh perasaan riak. Maka pada waktu itu batal lah amalnya. Keempat adalah pemegang pendapat tersebut mmebezakan antara dua jenis amalan kalau sekiranya amalannya itu amalan yang rukunnya berkaitan dgn rukun,maka itu akan menyebabkan semua amalannya batal. Jika amalannya itu tidak berkaitan dengan rukun maka yang batal adalah bahagian yang tidak di masuki oleh riak.

BBBS 5 14.5.2020 - Buku "Al-Baqiyat As-Salihat" karangan Rabi' Abd Ar-Rauf Az-Zawawi.

Bicara Buku Santai 5, 21 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Buku ini bertajuk: "Al-Baqiyat As-Salihat" karangan Rabi' Abd Ar-Rauf Az-Zawawi.  14.05.2020

Nota Perkongsian Hari 21 Ramadhan (14.05.2020)
Bicara Buku Santai 5
Tema: Buku ini bertajuk: "Al-Baqiyat As-Salihat" karangan Rabi' Abd Ar-Rauf Az-Zawawi Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Mengetengahkan satu buku yang amat bagus untuk dijadikan rujukan demi meraih darjat yang tinggi di sisi Allah swt.

Buku ini diinspirasikan oleh ayat Al Quran yang terdapat dalam surah Maryam iaitu ayat 76 dan surah al Kahfi ayat 46. Ayat ini menyebutkan bahawa ada amalan yang dinamakan al baqi tu salihat. Kata Allah swt di dalam surah Maryam “amalan yang baqi as salihat yang kekal adalah yang terbaik pahalanya balasannya disisi Allah swt dan juga khairun maradda yang baik kesudahannya.

 Dalam surah kahfi Allah swt berfirman amalan yang berbentuk baqi assalihat yang kekal bila kita meninggal maka ia lebih baik pahalanya disisi Allah dan juga yang paling baik untuk jadikan harapan kita.

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبٰقِيٰتُ ٱلصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.
(Al Kahfi 18:46)


وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهْتَدَوْاْ هُدًى ۗ وَٱلْبٰقِيٰتُ ٱلصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَّرَدًّا
Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal saleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
(Maryam 19:76)

Buku ini meringkaskan amalan amalan baik dan berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan didunia yang singkat ini. Dan terhad ini maka kerana hidup didunia ini singkat dan terhad kita perlu pandai dalam memilih amalan yang perlu kita amalkan.

Maka apabila kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang amalan amalan yang baik untuk kita maka ia memudahkan kita untuk mendapatkan kesudahan terbaik dan pahala yang besar disisi Allah swt.

Maka selain kitab ini menceritakan amalam amalan soleh, maka ia menunjukkan kepada kita contoh teladan daripada Rasulullah saw ,sahabat sahabat nabi, tabi’ tabiin yang berjaya menggunakam kehidupan dunia ini untuk mengumpul baqi as salihat banyak banyak.

Mari kita berusaha untuk memperbanyak amalan baqiyat as salihat. Ia amalan terbaik. Bagi seorang yang ingin meraih akhirat yang lebih baik.

BBBS 13B 5.6.2020 - Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin.

Bicara Buku Santai 14, 13 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman:Menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin... 05.06.2020

Nota Perkongsian Hari 13 Syawal (05.06.2020)

Bicara Buku Santai 14
Tema: Menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai malam ini akan menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin.


Dabib adalah langkah atau gerak manakala a-naml ialah semut. Gerak langkah semut. Iaitu apabila semut bergerak kita tak dengar. Kita tak perasan. Berjalan begitu senyap dan tak terasa. Merupakan kiasan kepada penyakit hati yang ada pada manusia yang dinamakan riak. Ia sangat halus. Diungkapkan oleh Rasulullah saw dengan riak ini dengan syirik kafi. Tersembunyi. Dia masuk dalam amalan kita dan dia makan dan binasakan sehingga amalan kita itu sia sia. 


Dalam ilmu perubatan, menyedari kita sakit merupaakan separuh sembuh ,tak sedar kita sakit itu adalah kemalangan. Yang mana dah parah nanti baru kita perasan. Maka penulis mengatakan bahawasanya menyedari diri sakit merupakan separuh kesembuhan (Alhamdulillah). Maka untuk sedar kita riak ada ciri ciri yang bermasalah . Kenali enam symptom bahawa orang itu terjangkit oleh jangkitan riak ini. 

1. Simptom pertama ialah malas dan kurang semangat dalam melakukan ketaatan. Dalam surah An Nisa’ ayat 142 dan surah At Taubah ayat 54. Yang menceritakan orang munafik: Allah berfirman :

إِنَّ ٱلْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(An Nisaa 4:142)


وَمَا مَنَعَهُمْ أَن تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقٰتُهُمْ إِلَّآ أَنَّهُمْ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَبِرَسُولِهِۦ وَلَا يَأْتُونَ ٱلصَّلَوٰةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ وَلَا يُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كٰرِهُونَ
Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.
(At Taubah 9:54)

2. Kedua, suka berdusta, suka berpura pura. Sabda Rasulullah saw dalam sahih Bukhari dan Muslim, “berdusta membawa kepada banyak perkara buruk.”Ulama mengatakan punca perkara buruk ialah berasal daripada dusta. Jenis seorang yang mereka reka cerita, berpura pura, suka berbohong. 


3. Ketiga, banyak berangan angan, sedikit berbuat dan kurang bertindak. Tanda seseorang itu beriman dia akan usahakan, cuba cari jalan untuk melaksanakan apa yang dicita citakan. Apa yang diinginkan tersebut. Dia nak khatam quran tapi tak bermula lagi. Jangan tunda, cepat bertindak. 


4.Keempat, suka mengungkit pemberian. Bantuan yang telah kita buat biarlah ia berlalu jangan riak. Itu dah ada dalam catatan Allah swt.Jangan diceritakan lagi biarlah ia jadi kenangan. 


5. Kelima, ujub iaitu bangga dengan apa yang dia buat. Mulai muncul ujub dan merupakan benih untuk munculnya penyakit riak. Kalau boleh buang awal awal perasaan itu. Bersifat tawadduklah dengan apa yang kita buat.


6. Keenam, merasa sedih dengan kekurangan dunia, tetapi tidak peduli dengan kekurangan akhirat. Contohnya merasa sedih sebab namanya tidak tersenarai sebagai salah satu penyumbang tetapi dia tidak kisah tentang kekurangan di akhirat kelak. Maka orang ini merupakan adanya penyakit riak di dalam hatinya. 


Apabila sudah terdapat symptom ini maka berusahalah mengubatinya dan mencari kesembuhannya. Mengubati penyakit batin ini penyakit hati ini lebih utama dan penting daripada zahir kita. Penulis juga ada membincangkan sebab kenapa orang ini terjerumus dalam riak ini. Jadi terdapat tujuh sebab manusia riak. 


Berdusta demi kemaslahatan diri sendiri. 

Hilang rasa takut pada azab Allah
Hubb Zatt atau ego dan fikir diri sendiri. 
Tamak dengan apa yang ada di tangan orang lain
Suka dipuji
Sombong dan angkuh
Kerana pergaulan yang salah 

Terdapat juga lima bentuk riak daripada kata Imam Al Ghazali yang perlu dikenali agar supaya berhati hati dalam setiap perbuatan kita iaitu antaranya ialah :-

Riyak badan iaitu berpura pura khusyuk dalam solat. Khusyuk itu dengan hati bukan dengan badan. 

Riyak Qaul atau riyak pada perkataan. Seperti berpura pura benci keburukan tetapi sebenarnya suka. Maka oleh itu jaga diri kita jangan talam dua muka. 

Riyak dengan amalan, seperti mencantikkan wuduk atau solat sebab dilihat orang.

Riyak dengan penampilan dan berpakaian. Jaga penampilan kita kerana ia boleh membawa kepada riak. 

Riyak dengan ilmu dan kawan kawan. Berkawan dengan yang berprestij sahaja. Maka berkawanlah dengan ikhlas dan tuntutlah ilmu dengan ikhlas. 

Diantara perkara-perkara yang orang keliru apakah dia riak ataupun tidak. Membincangkan perkara ini untuk semua tahu dan kenali supaya tidak keliru. 


Menzahirkan syiar Islam kerana memotivasi dan mengajarkannya.Syiar Islam ialah seperti solat berjemaah, azan, iqamat, memakai pakaian menutup aurat. Itu bukan riak. Antara syiar Islam yang lain ialah pergi haji dan memberitahu orang lain ia adalah untuk memotivasi dan mengajarkannya maka ia adalah harus. 


Menzahirkan ibadah tidak semestinya riak, seperti solat, puasa, haji dan sedekah.


Meninggalkan amalan kerana takut dilihat orang,adakah riyak? Menurut penulis,ia bukan riyak. Kerana riyak baru wujud, kalau dilihat orang. Orang belum melihat lagi maka ia bukan riyak.


Riyak dalam urusan dunia, seperti berpenampilan kemas, cantik dan menarik, maka ia bukan riak. Ia tidak salah,selagi tidak melampau dan ada unsur sombong.


Gembira dengan ketaatan yang berjaya dilakukan, adakah riyak? Ia bukan riyak. Rasa tenang, rasa seronok dalam melakukan kebaikan. Ia bukan riak. Secara asasnya gembira sahaja ia tidak menjadi isu. 


Yang sering orang keliru ialah:


Menafikan tuduhan dengan menzahirkan apa yang kita lakukan bukan riak. Orang tuduh kita lalu kita menjelaskan hal sebenar hingga terpaksa menzahirkan sesuatu yang kita sembunyikan. Contoh awak tak sembahyang. Maka kita mejelaskan ia. Lalu secara asasnya ia bukan riak untuk menjelaskan hal sebenar tapi tidak berlebihan. 


Muncul semangat kerana berjemaah, adakah riak? Ia tidak termasuk riak yang tercela. Melainkan kita mula semangat untuk berjemaah bila orang lihat kita maka itu terang terangan ia adalah riak.

Muncul riak semasa melakukan amalan, lalu berusaha menolaknya,adakah riak? Tidak.

Memperkenalkan diri, adakah riak? Memperkenalkan diri setakat untuk orang kenal saja, maka tak jadi masalah. Adapun memperkenalkan diri untuk berbangga bangga maka ia tercela. Kata ulama memperkenalkan diri secara zahir adalah harus.

Perkara yang membantu menghilangkan sifat riak:


Mengenali makna ikhlas itu dengan sebaik mungkin

Mengingati syurga dan neraka

Belajar menyembunyikan amal

Berusaha untuk memperbaiki amalan sewaktu bersendirian, sebagaimana ketika beramai ramai. 

Ingat akan hak hak pada diri kita sendiri

Tidak terpedaya dengan pujian makhluk

Berusaha membuang perasaan riyak apabila muncul

Thursday, 4 June 2020

BBBS 13A 3.6.2020 - Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin.

Bicara Buku Santai 13, 11 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin. 03.06.2020

Nota Perkongsian Hari 11 Syawal (03.06.2020)
Bicara Buku Santai 13
Tema: Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai malam ini akan membincangkan kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin. 

Dabib An-Naml bermakna jalan semut. Ia merupakan kiasan pada sifat syirik dan riyak yang ia amat halus dan lembut berjalan dalam amalan seseorang. Kadang-kadang wujudnya tidak disedari, seperti jalan semut. Ungkapan ini berdasarkan hadis nabi SAW. 

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ

"Wahai manusia, berhati-hatilah kamu dengan syirik. Sesungguhnya ia lebih halus daripada langkah semut." Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Kitab ini membincangkan tentang penyakit yang paling berbahaya iaitu riyak dan lawannya iaitu ikhlas. Riak adalah salah satu penyakit hati. Amrodulkuluk. Penyakit hati. Penyakit hati ini berpunca daripada kefahaman yang tak faham tentang apa penyakit ini dan apa bahayanya. Rasulullah saw menganggap riyak sebagai salah satu bentuk daripada syirik Asghar (kecil). 

Maka dalam kitab ini penulis menyebutkan beberapa hadis Rasulullah saw yang mengingatkan kita kepada penyakit ini yang merupakan syirik kecil ini seperti sabda Baginda dalam sebuah riwayat mengatakan “perkara yang paling aku takutkan kepada kamu adalah iaitu kamu terlibat dalam syirik kecil. Mereka bertanya iaitu sahabat sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah saw apa itu syirik kecil? Maka Rasulullah berkata adalah Ar-Riyak.”

Syirik besar adalah menyekutukan Allah swt. Penulis ada menyebutkan tentang beberapa bentuk perbezaan antara syirik kecil dan syirik besar. Contoh syirik akbar iaitu syirik besar adalah ketika kita menyekutukan Allah swt menyakini bahawa ada kuasa selain Allah swt yang boleh memberi manfaat dan menghindarkan mudarat daripada kita.

 Perbezaannya dengan syirik kecil adalah 

pertama -
syirik akbar(besar) menyebabkan orang yang terlibat dalam syirik akbar ini yang menyekutukan Allah ini. Dia tidak akan diampunkan dosanya sedangkan syirik kecil Allah swt mengampunkannya jika Dia hendak. Maka dia bergantung pada kehendak Allah swt. Kalau Allah nak ampunkan maka Dia ampunkan. Ini syirik kecil iaitu riyak

kedua
Jika syirik akbar menyebabkan semua amal kebaikannya itu hancur, binasa dan tidak bernilai. Kalau syirik kecil hanya rosak yang mana dia yang mana amalan yang dia riak itu sahaja yang lain tidak. 

ketiga
syirik akbar menyebabkan seseorang itu keluar daripada Islam. Kiranya dia murtad. Sedangkan syirik kecil ini maka dia tidak akan mengeluarkan orang daripada agama Islam. Dia masih agama Islam lagi cuma dia melakukan perkara perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah swt. 

Keempat
dari segi akhiratnya berlaku syirik besar kekal dalam api neraka sedangkan syirik kecil seperti dosa yang lain tidak menjadikan orang itu kekal dalam api neraka. Ini perbezaan syirik kecil dan syirik besar. 

Dalam riwayat lagi, Syadad bin Aws ra berkata: Kami pada zaman Rasulullah saw menganggap riyak ini sebagai syirik kecil. (Sahih menurut Al-Hakim). Dalam riwayat lain sahabat nabi pernah duduk bersama sama diantara kawan kawannya. Mereka berbincang tentang dajjal . Tentang fitnah dajjal. Jadi mereka ketakutan ketika itu. Maka Rasulullah saw ketika menyaksikan mereka berbincang tentang fitnah dajjal ini. 

Maka Rasulullah bersabda : Mahu tak aku beritahu kamu tentang satu perkara yang lebih aku takutkan pada kamu daripada fitnah dajjal ini. Maka sahabat nabi berkata : jelaskan Ya Rasulullah, tunjukkan pada kami apa dia. Maka Rasulullah saw jawab: Syirik tersembunyi. Seorang lelaki seseorang dia solat. Lalu dia cuba mencantikkan solatnya  mengindahkan solatnya disebabkan ada orang melihat kepadanya. Memperbaiki solat sebab orang lihat maka ia adalah dinamakan riak. 

Riyak menurut Imam Al Qurtubi, takrif riyak ialah menzahir kebaikan agar orang lihat bukan untuk mengikuti perintah Allah. Jadi ketika dia lakukan ketika bukan kerana Allah tadi maka ia terjerumus kepada riak. 

Ada orang menzahirkan kebaikan kerana merasa itu perintah Allah swt. Perintah Allah itu seperti mengajak orang kepada kebaikan. Maka ia tidak termasuk riak. Atau Allah menyuruh menzahirkan syiar Islam. Disyariatkan ada azan. Ada solat berjemaah. Ketika kita pergi solat berjemaah itu adalah perintah Allah. Perintah Rasulullah saw. Maka kita cuba untuk laksanakan. 

Menurut Imam Al Haithami iaitu riyak ada dua jenis iaitu riyak Muharram dan riyak Mubah. Riyak muharram iaitu riyak yang memang haram. Pembahagian dua jenis riyak ini diungkapkan oleh dua ulama besar. Iaitu Imam Al Haithami dan Imam Al Ghazali serta beberapa pendapat yang lain. 

Riyak muharram ialah ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah. Ketika melakukan ibadah tidak mengharapkan redha Allah swt tetapi mengharapkan pujian makhluk. Maka ini adalah haram dan berdosa orang yang melakukannya. Seperti dalam solat, puasa, zakat, haji, sedekah,mengaji, berzikir. 

Riyak mubah ialah riyak pada perkara yang tidak berkaitan ibadah seperti bekerja kuat demi mencari rezeki. Pakai baju rasmi bukanlah riyak mubah, ketika memberi ucapan secara suara lantang bukanlah riyak mubah. Bersihkan hati, betulkan niat.

Ada 10 bahaya riyak: 
Menjadikan azab berganda
Dihimpun bersama munafik
Mendapat kemurkaan Allah
Kesudahan tidak baik iaitu dipermalukan di dunia
Dipermalukan di padang Mahsyar
Membatalkan nilai amalan. 
Orang paling awal dimasukkan ke neraka- 3 golongan yang paling awal masuk neraka iaitu orang yang diberi Quran dia membacanya mengindahkan bacaannya demi dipuji orang. Kedua, orang yang diberi harta. Lalu dia belanjakan di jalan Allah memang orang nampak dia bagi di jalan Allah tapi sebenarnya riak. Bukan kerana Allah swt. Ketiga, orang yang dulu berperang di jalan Allah swt. Mati syahid. Orang didunia menganggapnya pahlawan. Berperang kerana agar orang anggap dia seorang pemberani. Maka dia buat seperti itu.  
Mendapat kemarahan manusia
Senang berpenyakit hati dan susah menghindarkannya 
Ditimpa kemiskinan, ketakutan/resah/tidak aman dan lain lain

Lawan kepada riyak iaitu ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan kebaikan hanya mengharapkan balasan dan pujian Allah swt. Kita harapkan daripada Allah dan tidak melihat kepada pujian manusia. 

Ikhlas sangat berkait rapat dengan niat. Ia amalan hati, Abu Musa berkata: “Niat mukmin lebih baik daripada amalannya”. Niatnya nilai lebih baik daripada amalan. Ibnu Mubarak pernah berkata: “Betapa banyak amalan sedikit menjadi besar disebabkan niat. Amalan besar menjadi kecil disebabkan niat.”

Salaf berkata: “Niat adalah ibadah yang berdiri sendiri yang tidak memerlukan kepada yang lain. Sedangkan ibadah lain sentiasa memerlukannya.”memperbetulkan niat adalah satu amalan soleh yang satu ibadah sendiri yang mana niat ini tidak perlukan yang lain tetapi ibadah ibadah yang lain perlukan pada niat. 

6 manfaat daripada ikhlas iaitu 
Sebab makbulnya doa
Penyelamat daripada kebinasaan
Disukai manusia
Diliputi dan dilindungi oleh malaikat. 
Memperoleh syafaat Nabi saw
Memperoleh naungan Allah.

Adanya 8 kategori amalan manusia dari segi riak dan ikhlas. Memerlukan pendetailan supaya dapat menilai sendiri amalan. 

Amalan Kholisanlillah. Amalan ikhlas murni kepada Allah swt. Sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya. Tidak bercanggah.Amalan yang tinggi disisi Allah.

Amalan Makanariya’an mahdon. Fully riak. Dari awal memang dah riak. Tak ada mengharapkan redha Allah swt. Kata Hafiz Ibnu Rajab, yang riak betul betul ini tidak akan keluar dari hati seorang mukmin. Tidak ada ikhlas langsung ini jarang berlaku kepada mukmin. Kalaupun ada  itu adalah amalan amalan yang orang nampak. Pada waktu sedekah, waktu haji, maka waktu ini boleh diselubungi oleh riak yang daripada Awal sampai akhir bukan kerana Allah swt. Tetapi kebiasaannya, orang mukmin dia masuk dalam kategori amalan berikut ini, iaitu bercampur awalnya ikhlas lepas itu entah apa sebab ada yang menyebabkan hilang keikhlasan tersebut dan begitu sebaliknya pada awal tidak ikhlas dan akhir ikhlas. Amalan ini tidak ada manfaat langsung. 

Amalan itu pada asalnya untuk Allah swt memang untuk mencari redha Allah swt akan tetapi disebalik niat ikhlas tadi tu terselit di dalam hatinya dia nak harapkan sesuatu yang bersifat duniawi. Maka Rasulullah saw dalam perkara ini pernah bersabda berkaitan dengan orang perang terutamanya, “tiada orang berperang di jalan Allah lalu ia mendapatkan harta rampasan, orang yang seperti ini tercampur niatnya yang ikhlas dengan kepentingan duniawi maka 2/3 daripada pahala yang sepatutnya dia dapat hilang maka yang tinggal 1/3 je lagi yang akan dijumpa di akhirat.”Hadis soheh diriwayatkan Imam Muslim “siapa yang mencampuradukkan antara niat ikhlas dengan kepentingan dunia maka amalannya itu diterima tapi pahalanya berkurang tetapi apabila dia berperang ternyata dia tak dapat harta tersebut atau balasan seperti gaji maka dia dapat pahala lengkap.”

Amalannya ikhlas dari awal dan tidak pernah terfikir untuk dapatkan manfaat duniawi. Tetapi ketika dia lakukan tersebut dia dapat manfaat duniawinya orang bagi. Iaitu manfaat datang tanpa dia niatkan. Sesuatu kebetulan. Hukumnya harus, kata ulama disini Abdullah bin Amru bin Asr, : “Apabila seseorang melakukan peperangan dijalan Allah swt lalu Allah bagi dia rezeki daripada peperangan tersebut. Tak apa dia ambil itu adalah rezeki yang Allah bagi.”

Amalan kerana Allah pada peringkat pertama lalu datang riak. Ketika dia melakukan tersebut dia tidak ingin orang puji dia/ Ingin orang lihat apa yang dia lakukan. Ketika dalam proses membuat muncul perasaan riak. Dan pada waktu itu berlakunya untuk cuba buang riak itu. Maka amalan ini diumpamakan amalan yang diganggu syaitan-kata ulama. Hukumnya seperti orang yang dibisikkan oleh syaitan. Ulama mengatakan bahwa perkara ini tidak menganggu nilai amalannya selagi dia tidak melakukan beberapa perkara. Jangan sampai orang tersebut 
-satu adalah apabila dia melayan perasaan riak dia tersebut maka rosak amalannya. Kalau sekiranya muncul perasaan riak tersebut lalu dia tolak maka inshaa Allah ia tidak akan masalah. Dan dikira ikhlas. 
-Kedua ialah dia tidak membiarkan perasaan itu selesa,dia kena beistighfar. Hukumnya amalannya masih selamat.
-ketiga  Dia tidak menceritakan kepada orang. 

Amalan yang pertamanya kerana Allah swt ikhlas lalu datang riak pada waktu melakukannya kemudian bercampur amalannya yang tadi ikhlas dengna riak ini. Datang riak lalu dia layan.
 Ulama ada 4 pendapat. Tetapi hampir semua berpendapat bahawasanya amalan ini menjadi rosak. 

Pendapat pertama, maka amalan ini sah kerana dinilai berdasarkan niat yang pertama. Pendapat Hassan Basri. Ini satu satunya ulama yang berpendapat dan juga Imam Ahmad dan beberapa orang ulama dan dia kata adalah kalau niat yang pertama betul lalu datang perasaan riak dalam perjalanan tersebut. Maka perasaan riak tidak mengganggu nilai drpd amal soleh tadi tu. Masih dapat pahala. Amalannya sah. Menurut sebahagian ulama. 

Tapi pendapat kedua, yang sah amalan yang tadi dia buat sebelum dtg riak tersebut. Yang dapat pahala ketika yang 50%  yang awal sebelum datangnya riak. Sedangkan yang selepasitu yang bercampurnya riak maka batal pahalanya. 

Ketiga, kebalikan pendapat pertama,kerana dia dah ada unsur riak lepas itu maka hanguslah semua amalannya dari awal sampai akhir. Batal semua pahalanya. 

Keempat, berpendapat kita tengok amalannya, kebaikan dia buat untuk apa. Ada dua jenis kebaikan atau dua jenis amal pertama adalah ada amalan tersebut masing masing bahagian daripada rukunnya itu bersambung sekaligus tak terpisah. Masuk sama lain. Seperti orang solat. Ketika bersolat baca surah pendek lalu datang orang ramai dia panjangkan surah jadi satu rakaat satu minit  jadi lima minit. Maka dalam hal ini bacaan itu tidak boleh dipisahkan dan sambung maka semua solatnya ini rosak dari awal sampai akhir. Amalannya rukunnya tidak bersatu iaitu seperti orang biasa bersedekah dengan satu dinar. Diadah lazimi seperti itu. Lalu ketika satu hari ada orang maka padahari itu dia tambahkan lagi sedekah menjadi 5 dinar disebabkan orang ada maka amal nya yang lepas okay.dan juga amalannya yang biasa diasedekah satu dinar itu tetap diterima oleh Allah dan yang baki selebihnya itu yang rosak kata ulama sebab satu dinar dan 5 dinar yang lain terpisah. 

Amalan dari awal sampai akhir ikhlas dan habis selesai amalan itu dengan penuh keikhlasan dan tidak ada riak. Lepas dah habis amalannya dia cerita dekat orang. Supaya dia dikenal dengan kebaikan tersebut. Dari segi takrifan, dia tak masuk riak. Tetapi masuk dalam perbuatan tercela. Iaitu berkaitan sum’ah. Lepas tu orang puji, dia nak orang puji. Mungkin kategori ujub. Maka orang ini dicela bukan sebab tak ikhlas tapi dicela sebab keburukan nak amalan dia diingat orang disebut orang. Boleh jadi kemungkinan perbuatan menyebut nyebut kembali kebaikan itu menyebabkan habis pahala ibadah yang dia buat. 

Nak jaga amalan. Ikhlas sebelum beramal, ikhlas masa beramal, pasca beramal. 

Amalan yang mulanya tidak ikhlas riak kemudian muncul dalam hati kesedaran lalu dia merubah kerana Allah  swt. Niat dia yang salah diawal tadi tu tidak dikira. Maka dia dikira ketika dia niat ikhlas. Betulkan sahaja niat dan teruskan amalan tersebut.

akan bersambung

Tuesday, 2 June 2020

BBBS 6 15.5.2020 - Kitab Fiqh Tarbiyah Al-Awlad Wa Ta'ifah Min Nasa'ih Al-Atibba', karya Syeikh Mustafa Ibn Al-Adawi

Bicara Buku Santai 6, 22 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Fiqh Tarbiyah Al-Awlad Wa Ta'ifah Min Nasa'ih Al-Atibba', karya Syeikh Mustafa Ibn Al-Adawi 15.05.2020

Nota Perkongsian Hari 22 Ramadhan (15.05.2020)
Bicara Buku Santai 6
Tema: Kitab Fiqh Tarbiyah Al-Awlad Wa Ta'ifah Min Nasa'ih Al-Atibba', karya Syeikh Mustafa Ibn Al-Adawi
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Kitab ini adalah kitab yang bagus membincangkan tentang pendidikan atau tarbiah anak.
Anak-anak adalah aset ibu bapa yang amat berharga. Mereka adalah salah satu sumber kebahagian mereka. Anak-anak yang dididik dengan tarbiah yang baik, akan menjadi "Quratu ain" ibu bapa atau penyejuk hati mereka.

Oleh itu topik tarbiah merupakan topik yang penting diambil perhatian oleh ibu bapa, termasuk saya. Saya ada mengumpulkan beberapa buku yang membincangkan tentang tarbiah anak, dengan harapan saya mendapat panduan yang cukup dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai bapa bagi ana-anak saya.

Antara kitab saya itu adalah kitab Fiqh Tarbiyah al-Awlad karangan Mustafa Ibn Al-Adawi ini. Ia merupakan kitab yang ringkas dan padat, menyentuh pelbagai aspek mengenai tarbiah anak. Bahkan ia disertai dengan nasihat dokter-dokter pakar berkaitan dengan kesihatan fizikal kanak-kanak.

Penulis di awal kitabnya menekankan prinsip asas tarbiah dalam Islam, iaitu hidayah Allah dan kita sebagai ibu bapa hanya pemegang amanah yang ditugaskan menjadi asbab kepada kebaikan dan kesolehan anak-anak kita.

Beliau juga menyebutkan bahawa kesolehan ibu bapa mempunyai pengaruh hebat kepada anak-anak mereka, sebagaimana ketolehan atau keburukan ibu bapa juga mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak.

Oleh itu sebahagian salaf ada berkata: “Wahai anakku, kerana kamu aku perlu menambah solatku.

Menurutnya lagi, tarbiah anak-anak bermula sebelum anak lahir lagi, iaitu dengan menjaga adab-adab ketika bersama isteri, menjaga makan dan minum sehingga yang masuk perut kita hanya daripada yang halal dan menghindarkan yang syubuhat dan haram.

Penulis juga menyentuh tentang adab bergurau dan bermain dengan anak-anak. kita boleh bergurau dan bermain dengan anak-anak, tetapi ada batas dan adab-adabnya. Ada permainan yang boleh dan ada permainan yang makruh dan haram. Mana yang boleh, jangan berlebihan. Yang makruh dan haram hindarkan. Sebagaimana permainan itu hendaklah dijaga waktu dan tempohnya. Jangan sampai melalaikan.

Banyak lagi yang dibincangkan oleh penulis. Dan setiap penulisannya cuba disandarkan kepada al-Quran, hadis nabi dan amalan salaussoleh dahulu.

Oleh itu, alangkah baiknya ibu bapa membaca kitab ini dan menjadikannya sebagai panduan dalam mentarbiah anak-anak. Semoga kita semua menjadi insan-insan yang soleh dan dianugarahkan dengan anak-anak yang soleh dan solehah juga.
Aamin..

BBBS 7 16.05.2020 - Kitab Raw'ah At-Tawazun Fi Al-Islam (Keindahan Keseimbangan Dalam Islam) karya Dr. Sa'id Abd Al-Majid Al-Barghuthi.

Bicara Buku Santai 7, 23 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Raw'ah At-Tawazun Fi Al-Islam (Keindahan Keseimbangan Dalam Islam) karya Dr. Sa'id Abd Al-Majid Al-Barghuthi.16.05.2020

Nota Perkongsian Hari 23 Ramadhan (16.05.2020)
Bicara Buku Santai 7
Tema: Kitab Raw'ah At-Tawazun Fi Al-Islam (Keindahan Keseimbangan Dalam Islam) karya Dr. Sa'id Abd Al-Majid Al-Barghuthi.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Islam adalah agama yang mementingkan keseimbangan dalam segala hal. Kerana keseimbangan adalah ciri khas Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Al-Madkhal Ila Dirasat al-Islamiyah.

Bicara buku bicara santai hari ini mengetengahkan sebuah buku yang menjelaskan tentang keseimbangan dalam Islam secara lebih luas. Kitab ini bertajuk “Raw’ah At-Tawazun Fi Al-Islam, buah karya Dr. Sa’id ‘Abd al-Majid Al-Barghuthi.

Menurut beliau, keseimbangan yang ditawarkan Islam adalah keseimbangan yang kulli dan syamil. Kulli bermaksud menyeluruh dan syamil bemaksud konprehensif.

Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan di sini? Ia bermaksud menjaga kesetaraan antara dua perkara yang berlawanan sehingga tidak berlaku dominasi antara satu dengan yang lain. Atau ia juga bermaksud menjaga kesamaan antara dua neraca sehingga salah satunya tidak berlebih.

Menurut beliau, keseimbangan ini terlihat jelas dalam al-Quran. Al-Quran apabila menyebut nama Allah, selalu menyeimbangankan antara nama Allah yang mengandungi rahmah dengan azab, atau sebaliknya. Apabila menyebutkan al-Ghaffar, maka disebutlah selepas itu al-Qahhar, al-Qabid dan al-Basit, dll. 

Demikian tentang fenomena alam, apabila disebut siang, akan disebut juga malam, matahari disebut bersamanya bulan, langit disebut pula bumi, dll. Bahkan berdasarkan kajian I’jaz adadi dalam al-Quran, mendapati bahaha Allah telah menyebut dunia dan akhirat dalam al-Quran dengan jumlah yang sama, iaitu 108 kali. Maka dalam al-Quran terkandung, keseimbangan lughawi dan keseimbangan fikri.

Keseimbangan bukan hanya berlaku pada ayat Allah al-Maqruah, iaitu al-Quran, akan tetapi ia juga berlaku pada ayat Allah al-Kauniyyah, iaitu yang terdapat di alam semesta. Maka buku ini membincangkan tentang keseimbangan secara lebih luas.

Lebih lanjut buku ini menyentuh tentang keseimbangan madddi dan ruhhi dengan lebih detail; keseimbangan yang nampak pada alam, keseimbangan zihni nafsi, iaitu keseimbangan akal dan jiwa, keseimbangan Badani Sihhi, iaitu badan fizikal dan kesihatan, keseimbangan social, keseimbangan ekonomi, keseimbangan bi’i atau ekosistem.

Keseimbangan ruhhi mencakup keseimbangan yang terdapat amal ibandah dalam Islam, seperti wuduk, solat, puasa dan haji, dll. Keseimbangan ini mengarah pada kesempurnaan Islam dan kesesuainnya dengan tabiat semula jadi manusia. Keseimbangan juga berlaku pada thawab wa iqab, iaitu pada balasan dan hukuman.

BBBS 10 - 27.05.2020 Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim Dr. Yasin Muhammad Yahya

Bicara Buku Santai 10, 4 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya 27.05.2020

Nota Perkongsian Hari 4 Syawal (27.05.2020)
Bicara Buku Santai 
Tema: Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Muhammad saw. Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya. Cinta adalah perasaan fitrah. Ia merupakan instinct semulajadi yang Allah swt titipkan letakkan pada hati setiap manusia semenjak dia mula hidup semenjak pada kanak kanak. Apabila dia membesar sedikit dapat membezakan orang iaitu ayah dan ibunya maka cintanya makin bertambah. Berkembang lagi semakin kenal dunia semakin bertambah kasih sayangnya pada orang orang lain yang dia kenal. 

Secara asasnya, semakin bertambah cintanya tidak berkurang cintanya pada ibu dan bapanya. Cinta boleh bertambah dan mula berkembang. Lepas itu kenal kawan kawan dan mula bertambah kasih saying melabuhkan cintanya selain yang dia kenal sebelum ini. Dan selepas itu kahwin pula diluaskan pada suaminya dan anaknya. Cinta manusia terus berkembang. 

Semakin kita kenal maka semakin bertambah cinta kita. Dari mata jatuh ke hati. Tak kenal maka tak sayang. Diantara banyak cinta cinta tersebut jangan lupa cinta Allah dan Rasulnya adalah tahap tinggi. 

Kita tak akan sampai darjat cinta yang sebenarnya apabila kita tak kenal Allah dan Rasul. Makrifatullah makrifahRasul. Mengajak kita untuk sampai kepada cinta tahap yang tinggi ini. 

Cinta Allah perlu diusahakan perlu ikhtiar. Secara asasnya kita sendiri manusia diberi juga ilham fitriah yang menyakini adanya kekuatan hebat diluar sana yang perlu kita labuhkan kasihnya cinta kita kepadanya. Melabuhkan cinta kepada Allah dan rasulnya merupakan satu peringkat yang sangat tinggi. Jelaslah untuk mendapatkan cinta yang sangat tinggi ini kita perlu usaha. Sebagaimana kita baca kisah kisah romantis ini Kisah kisah percintaan diantara manusia. 

Cinta kepada Allah dan Rasul ini menyebabkan kita berusaha untuk mencintaiNya. Cintailah Allah kerana nikmat yang diberikan kepadamu. Mati kita ibadah kita puasa kita hanya layak pada Allah sahaja. 

Mukmin yang sejati yang merasakan limpah ruah nikmat Allah kepadanya. Rasa syukur yang menyebabkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul. Kita perlu rasa cinta kepada Allah kerana dia memberi kita kehidupan, ibubapa, dunia, langit dan segalanya. Cinta kepada Allah dengan mengenal nikmatnya. Allah hadirkan /zahirkan kita kebumi merupakan lambang cinta Allah kepada kita. 

Cinta Allah dan RasulNya adalah cinta tahap tinggi. Rasulullah saw bersabda sayangnya aku sebab engkau sayang Allah. Sayanglah keluarga ku kerana cintamu kepadaku. Jangan salah mencintai Rasulullah seperti orang syiah pula. Ahli Sunnah wal Jemaah ada cara tersendiri untuk mengungkapkan cinta kasih kepada baginda Rasulullah dan ahli keluarganya.

Diantara yang perlu diketahui apabila kita ingin meraih cinta Allah swt adalah iaitu mengenal siapa yang dicintai oleh Allah. Dengan berusaha menjadi ornag orang yang dicintai oleh Allah swt  maka in shaa Allah kita akan termasuk orang orang yang akan mendapat cinta Allah swt. 

Didalam al Quran ada 8 golongan yang dicintai Allah dan disebutkan dengan jelas dengan terang. Landasan kita pada cinta Allah sebab kita kenal Allah. Maka semakin kita mengenal Allah semakin kita rasa hidup kita ini hanya kepada Allah swt.Maka Ulama mengajar kita awaluddin makrifatullah. Perkara pertama yang menjadi asas ialah mengenal Allah. Maka ulama mengatakan mengenal Allah dengan dua cara. 

Mengenal Allah melalui Asma Ul Husna melalui nama namanya yang indah. Siapa yang menghafal dan memahaminya dan menggunakannya dalam doa itu akan menjadi asbab untuk menjadi ahli syurga. 

Kenal Allah melalui ayat ayatnya. Iaitu ayat Quraniah dan ayat Qawniah. Ayat quraniah ayat dalam Al Quran. 

Orang orang yang dicintai oleh Allah perlu kita kenal dan kita cuba untuk menjadi diantara salah seorang daripadanya dan mereka itu ialah 

8 golongan yang dicintai Allah Allah mencintai al muhsinin. Orang orang yang berbuat baik dalam keadaan yang terbaik. Maka dalam solat dia mencuba yang terbaik. 

Allah itu menyukai orang orang bertaubat dan orang orang yang berusaha mensucikannya. Dan bersihkan dirinya. Kata ulama tawabin ialah mensucikan diri daripada dosa. 

Allah mencintai orang orang yang bertaqwa. Orang yang berusaha semaksima mungkin melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan semaksima mungkin menghindarkan perkara perkara yang membawa kepada melanggar larangan perintah Allah swt. 

Allah menyukai orang orang yang sabar. Orang yang teguh bila menghadapi ujian. 

Allah mencintai orang orang yang bertawakal. Orang yang menggantungkan harapan dan keinginnannya pada Allah swt. 

Allah menyukai orang yang berlaku adil. Kata Rasulullah saw berlaku adillah kepada bukan hanya kepada bawahan kita tetapi pada anak anak kita.

Allah suka orang yang mensucikan diri. 

Allah mencintai orang orang yang berperang dan berjuang di jalan Allah. 


Allah menyebutkan 10 golongan yang dibenci Allah dalam al Quran. Kita perlu mengenal agar kita jangan sampai temasuk dalam golongan ini. Dan untuk menghindar dan meraih cinta Allah . Apa yang dilarang jangan buat. 

Orang orang mu’tadeen. Allah tak suka orang orang yang melampaui batas. Kalau marah marah berlebihan kalau benci benci berlebihan.Jangan. Kita kena tahu had dia. 

Orang orang mufsideen. Allah membenci orang orang yang membuat kerosakan. Orang yang mencari masalah. Jadilah orang orangyang memperbaiki. Dan bukan kerosakan. 

Orang kafir.Allah membenci orang orang kafir. 

Orang zalim. Allah benci orang orang zalim. 

Orang qhainiin. Allah tidak menyukai orang orang khianat /pecah amanah/salahguna.

Allah tidak menyukai orang yang menzahirkan kata kata buruk dan ulama mempunyai beberapa pendapat di anataranya ialah orang orang yang doanya doa buruk yang dia minta pada Allah swt,.ataupun hebahkan perkara yang tidak baik. 

Orang musrifin. Allah membenci orang orang yang berlebihan. Berlebih dari apa yang patutnya berfoya foya makan lebih tidur lebih belanja lebih. 

Orang mutakibirin. Allah tidak menyukai orang orang sombong/angkuh. 

Allah benci orang orang farihin. Gembira yang negative yang menyebabkan orang berdosa. Menyebabkan lupa diri. 

Orang orang yang mukhtaleen fa qhur. 

‘Allah tidak menyukai orang bangga diri. Dari segi cara pergerakan , merasa hebat. 

Cinta dalam kisah Nabi Yusuf AS. Ada dua jenis cinta. Pertama ialah cinta abawi. Iaitu cinta ibubapa. Cinta ayah terhadap anaknya. Nabi Yaacob kepada Nabi Yusuf. Allah menjelaskan cinta abawi ni cintanya yang kerap yang tak disedari. Cuba kawal jangan saampai ketara sangat. Jangan tonjolkan sangat. Kata Rasulullah berlaku adillah pada anak anak kamu. 

Yang kedua ialah hub atifi iaitu cinta romantis. Iaitu cinta Nabi Yusuf dengan Imraatul Aziz.Imraatul Aziz jatuh cinta kepada Nabi Yusuf AS. Cinta perempuan ini tidak terkawal sehingga membawa banyak kerosakan. Kerosakan pada Yusuf sendiri dan kerosakan pada dirinya sendiri. Sampai menyusahkan orang.Sifat kemanisan iman iaitu lebih mencintai Allah danrasulNya lebih dari yang lain.

BBBS 9 -26.5.2020 Buku -Sahabat yang soleh sahabat yang buruk oleh Sheikh Abu Abdillah Mustafa bin Adawi.

Bicara Buku Santai 9 , 3 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Membincangkan tentang buku-buku yang dimiliki. 26.05.2020

Nota Perkongsian Hari 3 Syawal (26.05.2020)
Bicara Buku Santai 9
Tema: Membincangkan tentang buku-buku yang dimiliki.(Sahabat yang soleh sahabat yang buruk)karangan Sheikh Abu Abdillah Mustafa bin Adawi. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Buku ini membincangkan pentingnya al Jalis as soleh dan perlu nya kita menghindar daripada Al Jalis su suk. Al Jalis maksudnya teman. Ada dua kategori Al Jalis su soleh dan Jalis su suq. Iaitu sahabat yang baik dan sahabat yang buruk. Berhati hati dalam memilih kawan dan sahabat.. kesan dan pengaruh sahabat. Terutama dalam berkongsi dan meluahkan rasa hati.

Riwayat hadis soheh Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa An-Anshaari Rasulullah pernah bersabda perumpamaan sahabat yang baik dan buruk itu seperti sahabat yang menjual minyak wangi. Sahabat buruk itu seperti tukang besi maka sahabat yang menjual minyak wangi tadi sama ada sahabat ini paling kurang dia beri kepada kita, bagi sikit wangian. Ataupun awak beli wangian itu dan bertahan bebulan. 

Dan boleh juga kalau tak diberi atau dibeli dapat bau wangi dari dia dah cukup dah. Kalau tak dapat ilmu dari dia tapi dengan memandang dia sahaja itu ada kesan pada kita untuk semangat lebih melakukan ibadat. Sebaliknya sahabat buruk seperti tukang besi samada awak duduk dengan dia boleh terbakar. Kalau takpun awak terbau bau besi melekat dibaju. Ada kesan pada diri kita. 

Kesan daripada sahabat yang buruk. Iaitu sepeti yang terdapat dalam kitab tahzibul kamal yang mana Yahya bin Ma’in. saya mendengar daripada Razak satu kata kata yang dalil untuk pendapat aku. Jadi kebanyakan guru daripada yahya ma’in adalah Sunnah wal jamaah. Tiba2 ada satu pendapat yang berbeza. Maka aku pernah berjumpa dengan Jaafar Sulaiman yang merupakan syiah. Aaka aku melihatnya bagus. Maka aku mengambil pendapat ini . pentingnya kawan kawan kita dari orang yang soleh dan berlandaskan Sunnah dan al Quran. 

Kata penulis kesan sahabat soleh itu adalah Allah swt sendiri memerintahkan kita untuk memilih sahabat yang baik ini berdasarkan firman Allah .Surah kahfi ayat 28. Dan juga surah al anaam ayat 52 dan 53. 

وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

(Al Kahfi 18:28)

وَلَا تَطْرُدِ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَىْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِم مِّن شَىْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ ٱلظّٰلِمِينَ
Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim).

(Al An'am 6:52)

وَكَذٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوٓاْ أَهٓؤُلَآءِ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنۢ بَيْنِنَآ ۗ أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَعْلَمَ بِٱلشّٰكِرِينَ
Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?"

(Al An'am 6:53)

Allah mengingatkan Rasulullah untuk sentiasa bersabar ketika bersama sahabat sahabat baginda. Jangan jauh daripada sahabat yang soleh ini. Sahabat nabi seperti Bilal bin Rabah. Antara sahabat yang daif. Tidak ada kasta dalam Islam semua adalah sama. 

Rasulullah saw pernah bersabda ketika ada seorang sahabat yang bertanya tentang bila kiamat maka Rasulullah bertanya padanya apa yang sudah kamu sediakan untuk hadapi hari kiamat.? Tidak ada Cuma ku begitu menyayangi dirimu ya Rasulullah. Maka Rasulullah berkata engkau bersama dengan engkau sayangi. Sahabat yabg baik sahabat yang lama berada disisi kita. Kita suka dengan dia sebab kita sayang dengan dia. Carilah orang orang yang taat dan soleh dan disukai oleh Allah SWT. 

Kata Rasulullah saw dalam hadis sohehnya bahawa diantara keutamaan kita menyukai orang orang soleh dan duduk bersama dengannya. Yang mana mereka ini orang yang duduk dengannya pun akan terhindar daripada kesusahan dan kehinaan. Akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah. Antara manfaat yang akan dapat iaitu kawan soleh ini ada dua kemungkinan satu adalah dia soleh dan dia alim. Yang kedua ialah dia soleh dan rajin berzikir dan beribadah. Kita akan dapat kesolehan dan ilmunya. Jika soleh dan suka beribadah. Kita akan dapat zikiir yang bertambah dan semakin kuat beribadah. Kesan dari sahabat yang soleh. 

Antara kesan yang lain ialah dia akan doakan kita. Dia akan mohon kepada kita untuk keampunan pada diri kita. Doa sahabat dari belakang yang dia tak dengar adalah diantara yang disukai oleh Allah swt. 

Yang ketiga ialah kesan nya juga ialah mengingatkan sahabatnya kepada Allah swt. Sahabat yang soleh akan mengingatkan kamu dengan ayat ayat Allah iaitu al Quran. Dapat ilmu dapat faham al Quran. Sahabat yang soleh akan memotivasikan kamu untuk melakukan amalan kebajikan. Sahabat buruk sebaliknya iaitu dia bangkitkan keraguan kepada diri kita.

 Sahabat yang soleh juga mendoakan kita ketika kita tiada dan pada waktu berhadapan dia akan memberi nasihat ketika bersama dengan dia. 

Kesan positif daripada sahabat soleh ialah dia akan menghalang kamu daripada mengata orang. Dan dia akan halang kita daripada cerita aib orang. Mengata mengumpat dan mencela. Dia akan ingatkan. 

Bila kita focus pada hal baik kita tidak akan sempat nak focus pada hal yang tidak baik seperti mengata orang. Sahabat yang baik dia akan merasa rindu ketika berpisah dan akan bertanya khabar dan mengetahui macam mana kita dan Rasulullah pon sendiri ada sahabat dalam bentuk tunggul pokok kurma yang mana apabila Rasulullah berkhutbah ketika waktu itu dia akan letakkan tangannya pada tunggul tersebut. Maka Rasulullah waktu itu mahu besarkan masjid beliau terpaksala tunggul itu dibuang. Lalu Rasulullah mendengar seperti ada suara orang menangis dan tahu itu adalah daripada tunggul itu. Lalu Rasulullah berkata jangan sedih wahai tunggul sesungguhnya kita akan bersama di akhirat kelak. 

Sahabat yang baik adalah menolong kawannya untuk mengingati Allah dan juga melakukan ketaatan. Sahabat yang soleh menyebabkan kita mampu melakukan amalan amalan soleh yang kita amalkan. Kita usaha lakukan. Sehingga kita berjaya melakukannya. Kesan sahabat soleh juga ialah dia akan kenalkan kita pada orang orang soleh yang lain dan akan membantu kita meluaskan circle kita. Meluaskan hubungan kita. Menyebabkan kita berasa seronok berada di kalangan orang orang soleh. 

Diantara kesan sahabat yang soleh adalah mendatangkan harapan. Membuat kita ada harapan. Dan menjelaskan kita tentang pahala pahala yang akan kita dapat sekiranya melakukan kebaikan kebaikan tersebut. Sahabat yang baik akan menjadikan kita berlumba lumba dalam melakukan kebaikan. 

Rasa semangat dan berusaha untuk buat kebaikan. Ketahuilah orang orang soleh ini ada majlis majlis dia dan ada pertemuan pertemuan kalau boleh berusaha la untuk bergabung dengan orang orang soleh untuk majlisnya Seringla pergi. Cari majlis ilmu orang soleh dan duduk bersama. In Shaa Allah kita akan jadi soleh juga.

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...