Saturday, 6 June 2020

BBBS 13B 5.6.2020 - Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin.

Bicara Buku Santai 14, 13 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman:Menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin... 05.06.2020

Nota Perkongsian Hari 13 Syawal (05.06.2020)

Bicara Buku Santai 14
Tema: Menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai malam ini akan menyambung perbincangan tentang kandungan kitab "Dabib A-Naml" karangan Syeikh Muhammad Zain Al-Abidin.


Dabib adalah langkah atau gerak manakala a-naml ialah semut. Gerak langkah semut. Iaitu apabila semut bergerak kita tak dengar. Kita tak perasan. Berjalan begitu senyap dan tak terasa. Merupakan kiasan kepada penyakit hati yang ada pada manusia yang dinamakan riak. Ia sangat halus. Diungkapkan oleh Rasulullah saw dengan riak ini dengan syirik kafi. Tersembunyi. Dia masuk dalam amalan kita dan dia makan dan binasakan sehingga amalan kita itu sia sia. 


Dalam ilmu perubatan, menyedari kita sakit merupaakan separuh sembuh ,tak sedar kita sakit itu adalah kemalangan. Yang mana dah parah nanti baru kita perasan. Maka penulis mengatakan bahawasanya menyedari diri sakit merupakan separuh kesembuhan (Alhamdulillah). Maka untuk sedar kita riak ada ciri ciri yang bermasalah . Kenali enam symptom bahawa orang itu terjangkit oleh jangkitan riak ini. 

1. Simptom pertama ialah malas dan kurang semangat dalam melakukan ketaatan. Dalam surah An Nisa’ ayat 142 dan surah At Taubah ayat 54. Yang menceritakan orang munafik: Allah berfirman :

إِنَّ ٱلْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
(An Nisaa 4:142)


وَمَا مَنَعَهُمْ أَن تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقٰتُهُمْ إِلَّآ أَنَّهُمْ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَبِرَسُولِهِۦ وَلَا يَأْتُونَ ٱلصَّلَوٰةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ وَلَا يُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كٰرِهُونَ
Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.
(At Taubah 9:54)

2. Kedua, suka berdusta, suka berpura pura. Sabda Rasulullah saw dalam sahih Bukhari dan Muslim, “berdusta membawa kepada banyak perkara buruk.”Ulama mengatakan punca perkara buruk ialah berasal daripada dusta. Jenis seorang yang mereka reka cerita, berpura pura, suka berbohong. 


3. Ketiga, banyak berangan angan, sedikit berbuat dan kurang bertindak. Tanda seseorang itu beriman dia akan usahakan, cuba cari jalan untuk melaksanakan apa yang dicita citakan. Apa yang diinginkan tersebut. Dia nak khatam quran tapi tak bermula lagi. Jangan tunda, cepat bertindak. 


4.Keempat, suka mengungkit pemberian. Bantuan yang telah kita buat biarlah ia berlalu jangan riak. Itu dah ada dalam catatan Allah swt.Jangan diceritakan lagi biarlah ia jadi kenangan. 


5. Kelima, ujub iaitu bangga dengan apa yang dia buat. Mulai muncul ujub dan merupakan benih untuk munculnya penyakit riak. Kalau boleh buang awal awal perasaan itu. Bersifat tawadduklah dengan apa yang kita buat.


6. Keenam, merasa sedih dengan kekurangan dunia, tetapi tidak peduli dengan kekurangan akhirat. Contohnya merasa sedih sebab namanya tidak tersenarai sebagai salah satu penyumbang tetapi dia tidak kisah tentang kekurangan di akhirat kelak. Maka orang ini merupakan adanya penyakit riak di dalam hatinya. 


Apabila sudah terdapat symptom ini maka berusahalah mengubatinya dan mencari kesembuhannya. Mengubati penyakit batin ini penyakit hati ini lebih utama dan penting daripada zahir kita. Penulis juga ada membincangkan sebab kenapa orang ini terjerumus dalam riak ini. Jadi terdapat tujuh sebab manusia riak. 


Berdusta demi kemaslahatan diri sendiri. 

Hilang rasa takut pada azab Allah
Hubb Zatt atau ego dan fikir diri sendiri. 
Tamak dengan apa yang ada di tangan orang lain
Suka dipuji
Sombong dan angkuh
Kerana pergaulan yang salah 

Terdapat juga lima bentuk riak daripada kata Imam Al Ghazali yang perlu dikenali agar supaya berhati hati dalam setiap perbuatan kita iaitu antaranya ialah :-

Riyak badan iaitu berpura pura khusyuk dalam solat. Khusyuk itu dengan hati bukan dengan badan. 

Riyak Qaul atau riyak pada perkataan. Seperti berpura pura benci keburukan tetapi sebenarnya suka. Maka oleh itu jaga diri kita jangan talam dua muka. 

Riyak dengan amalan, seperti mencantikkan wuduk atau solat sebab dilihat orang.

Riyak dengan penampilan dan berpakaian. Jaga penampilan kita kerana ia boleh membawa kepada riak. 

Riyak dengan ilmu dan kawan kawan. Berkawan dengan yang berprestij sahaja. Maka berkawanlah dengan ikhlas dan tuntutlah ilmu dengan ikhlas. 

Diantara perkara-perkara yang orang keliru apakah dia riak ataupun tidak. Membincangkan perkara ini untuk semua tahu dan kenali supaya tidak keliru. 


Menzahirkan syiar Islam kerana memotivasi dan mengajarkannya.Syiar Islam ialah seperti solat berjemaah, azan, iqamat, memakai pakaian menutup aurat. Itu bukan riak. Antara syiar Islam yang lain ialah pergi haji dan memberitahu orang lain ia adalah untuk memotivasi dan mengajarkannya maka ia adalah harus. 


Menzahirkan ibadah tidak semestinya riak, seperti solat, puasa, haji dan sedekah.


Meninggalkan amalan kerana takut dilihat orang,adakah riyak? Menurut penulis,ia bukan riyak. Kerana riyak baru wujud, kalau dilihat orang. Orang belum melihat lagi maka ia bukan riyak.


Riyak dalam urusan dunia, seperti berpenampilan kemas, cantik dan menarik, maka ia bukan riak. Ia tidak salah,selagi tidak melampau dan ada unsur sombong.


Gembira dengan ketaatan yang berjaya dilakukan, adakah riyak? Ia bukan riyak. Rasa tenang, rasa seronok dalam melakukan kebaikan. Ia bukan riak. Secara asasnya gembira sahaja ia tidak menjadi isu. 


Yang sering orang keliru ialah:


Menafikan tuduhan dengan menzahirkan apa yang kita lakukan bukan riak. Orang tuduh kita lalu kita menjelaskan hal sebenar hingga terpaksa menzahirkan sesuatu yang kita sembunyikan. Contoh awak tak sembahyang. Maka kita mejelaskan ia. Lalu secara asasnya ia bukan riak untuk menjelaskan hal sebenar tapi tidak berlebihan. 


Muncul semangat kerana berjemaah, adakah riak? Ia tidak termasuk riak yang tercela. Melainkan kita mula semangat untuk berjemaah bila orang lihat kita maka itu terang terangan ia adalah riak.

Muncul riak semasa melakukan amalan, lalu berusaha menolaknya,adakah riak? Tidak.

Memperkenalkan diri, adakah riak? Memperkenalkan diri setakat untuk orang kenal saja, maka tak jadi masalah. Adapun memperkenalkan diri untuk berbangga bangga maka ia tercela. Kata ulama memperkenalkan diri secara zahir adalah harus.

Perkara yang membantu menghilangkan sifat riak:


Mengenali makna ikhlas itu dengan sebaik mungkin

Mengingati syurga dan neraka

Belajar menyembunyikan amal

Berusaha untuk memperbaiki amalan sewaktu bersendirian, sebagaimana ketika beramai ramai. 

Ingat akan hak hak pada diri kita sendiri

Tidak terpedaya dengan pujian makhluk

Berusaha membuang perasaan riyak apabila muncul

No comments:

Post a Comment

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...