Bicara Buku Santai 13, 11 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin. 03.06.2020
Nota Perkongsian Hari 11 Syawal (03.06.2020)
Bicara Buku Santai 13
Tema: Kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai malam ini akan membincangkan kitab hebat yang bertajuk "Dabib An-Naml" karangan Syeikh Muhammad Bin Zain AL-Abidin.
Dabib An-Naml bermakna jalan semut. Ia merupakan kiasan pada sifat syirik dan riyak yang ia amat halus dan lembut berjalan dalam amalan seseorang. Kadang-kadang wujudnya tidak disedari, seperti jalan semut. Ungkapan ini berdasarkan hadis nabi SAW.
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ
"Wahai manusia, berhati-hatilah kamu dengan syirik. Sesungguhnya ia lebih halus daripada langkah semut." Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Kitab ini membincangkan tentang penyakit yang paling berbahaya iaitu riyak dan lawannya iaitu ikhlas. Riak adalah salah satu penyakit hati. Amrodulkuluk. Penyakit hati. Penyakit hati ini berpunca daripada kefahaman yang tak faham tentang apa penyakit ini dan apa bahayanya. Rasulullah saw menganggap riyak sebagai salah satu bentuk daripada syirik Asghar (kecil).
Maka dalam kitab ini penulis menyebutkan beberapa hadis Rasulullah saw yang mengingatkan kita kepada penyakit ini yang merupakan syirik kecil ini seperti sabda Baginda dalam sebuah riwayat mengatakan “perkara yang paling aku takutkan kepada kamu adalah iaitu kamu terlibat dalam syirik kecil. Mereka bertanya iaitu sahabat sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah saw apa itu syirik kecil? Maka Rasulullah berkata adalah Ar-Riyak.”
Syirik besar adalah menyekutukan Allah swt. Penulis ada menyebutkan tentang beberapa bentuk perbezaan antara syirik kecil dan syirik besar. Contoh syirik akbar iaitu syirik besar adalah ketika kita menyekutukan Allah swt menyakini bahawa ada kuasa selain Allah swt yang boleh memberi manfaat dan menghindarkan mudarat daripada kita.
Perbezaannya dengan syirik kecil adalah
pertama -
syirik akbar(besar) menyebabkan orang yang terlibat dalam syirik akbar ini yang menyekutukan Allah ini. Dia tidak akan diampunkan dosanya sedangkan syirik kecil Allah swt mengampunkannya jika Dia hendak. Maka dia bergantung pada kehendak Allah swt. Kalau Allah nak ampunkan maka Dia ampunkan. Ini syirik kecil iaitu riyak
kedua
Jika syirik akbar menyebabkan semua amal kebaikannya itu hancur, binasa dan tidak bernilai. Kalau syirik kecil hanya rosak yang mana dia yang mana amalan yang dia riak itu sahaja yang lain tidak.
ketiga
syirik akbar menyebabkan seseorang itu keluar daripada Islam. Kiranya dia murtad. Sedangkan syirik kecil ini maka dia tidak akan mengeluarkan orang daripada agama Islam. Dia masih agama Islam lagi cuma dia melakukan perkara perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah swt.
Keempat
dari segi akhiratnya berlaku syirik besar kekal dalam api neraka sedangkan syirik kecil seperti dosa yang lain tidak menjadikan orang itu kekal dalam api neraka. Ini perbezaan syirik kecil dan syirik besar.
Dalam riwayat lagi, Syadad bin Aws ra berkata: Kami pada zaman Rasulullah saw menganggap riyak ini sebagai syirik kecil. (Sahih menurut Al-Hakim). Dalam riwayat lain sahabat nabi pernah duduk bersama sama diantara kawan kawannya. Mereka berbincang tentang dajjal . Tentang fitnah dajjal. Jadi mereka ketakutan ketika itu. Maka Rasulullah saw ketika menyaksikan mereka berbincang tentang fitnah dajjal ini.
Maka Rasulullah bersabda : Mahu tak aku beritahu kamu tentang satu perkara yang lebih aku takutkan pada kamu daripada fitnah dajjal ini. Maka sahabat nabi berkata : jelaskan Ya Rasulullah, tunjukkan pada kami apa dia. Maka Rasulullah saw jawab: Syirik tersembunyi. Seorang lelaki seseorang dia solat. Lalu dia cuba mencantikkan solatnya mengindahkan solatnya disebabkan ada orang melihat kepadanya. Memperbaiki solat sebab orang lihat maka ia adalah dinamakan riak.
Riyak menurut Imam Al Qurtubi, takrif riyak ialah menzahir kebaikan agar orang lihat bukan untuk mengikuti perintah Allah. Jadi ketika dia lakukan ketika bukan kerana Allah tadi maka ia terjerumus kepada riak.
Ada orang menzahirkan kebaikan kerana merasa itu perintah Allah swt. Perintah Allah itu seperti mengajak orang kepada kebaikan. Maka ia tidak termasuk riak. Atau Allah menyuruh menzahirkan syiar Islam. Disyariatkan ada azan. Ada solat berjemaah. Ketika kita pergi solat berjemaah itu adalah perintah Allah. Perintah Rasulullah saw. Maka kita cuba untuk laksanakan.
Menurut Imam Al Haithami iaitu riyak ada dua jenis iaitu riyak Muharram dan riyak Mubah. Riyak muharram iaitu riyak yang memang haram. Pembahagian dua jenis riyak ini diungkapkan oleh dua ulama besar. Iaitu Imam Al Haithami dan Imam Al Ghazali serta beberapa pendapat yang lain.
Riyak muharram ialah ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah. Ketika melakukan ibadah tidak mengharapkan redha Allah swt tetapi mengharapkan pujian makhluk. Maka ini adalah haram dan berdosa orang yang melakukannya. Seperti dalam solat, puasa, zakat, haji, sedekah,mengaji, berzikir.
Riyak mubah ialah riyak pada perkara yang tidak berkaitan ibadah seperti bekerja kuat demi mencari rezeki. Pakai baju rasmi bukanlah riyak mubah, ketika memberi ucapan secara suara lantang bukanlah riyak mubah. Bersihkan hati, betulkan niat.
Ada 10 bahaya riyak:
• Menjadikan azab berganda
• Dihimpun bersama munafik
• Mendapat kemurkaan Allah
• Kesudahan tidak baik iaitu dipermalukan di dunia
• Dipermalukan di padang Mahsyar
• Membatalkan nilai amalan.
• Orang paling awal dimasukkan ke neraka- 3 golongan yang paling awal masuk neraka iaitu orang yang diberi Quran dia membacanya mengindahkan bacaannya demi dipuji orang. Kedua, orang yang diberi harta. Lalu dia belanjakan di jalan Allah memang orang nampak dia bagi di jalan Allah tapi sebenarnya riak. Bukan kerana Allah swt. Ketiga, orang yang dulu berperang di jalan Allah swt. Mati syahid. Orang didunia menganggapnya pahlawan. Berperang kerana agar orang anggap dia seorang pemberani. Maka dia buat seperti itu.
• Mendapat kemarahan manusia
• Senang berpenyakit hati dan susah menghindarkannya
• Ditimpa kemiskinan, ketakutan/resah/tidak aman dan lain lain
Lawan kepada riyak iaitu ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan kebaikan hanya mengharapkan balasan dan pujian Allah swt. Kita harapkan daripada Allah dan tidak melihat kepada pujian manusia.
Ikhlas sangat berkait rapat dengan niat. Ia amalan hati, Abu Musa berkata: “Niat mukmin lebih baik daripada amalannya”. Niatnya nilai lebih baik daripada amalan. Ibnu Mubarak pernah berkata: “Betapa banyak amalan sedikit menjadi besar disebabkan niat. Amalan besar menjadi kecil disebabkan niat.”
Salaf berkata: “Niat adalah ibadah yang berdiri sendiri yang tidak memerlukan kepada yang lain. Sedangkan ibadah lain sentiasa memerlukannya.”memperbetulkan niat adalah satu amalan soleh yang satu ibadah sendiri yang mana niat ini tidak perlukan yang lain tetapi ibadah ibadah yang lain perlukan pada niat.
6 manfaat daripada ikhlas iaitu
• Sebab makbulnya doa
• Penyelamat daripada kebinasaan
• Disukai manusia
• Diliputi dan dilindungi oleh malaikat.
• Memperoleh syafaat Nabi saw
• Memperoleh naungan Allah.
Adanya 8 kategori amalan manusia dari segi riak dan ikhlas. Memerlukan pendetailan supaya dapat menilai sendiri amalan.
• Amalan Kholisanlillah. Amalan ikhlas murni kepada Allah swt. Sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya. Tidak bercanggah.Amalan yang tinggi disisi Allah.
• Amalan Makanariya’an mahdon. Fully riak. Dari awal memang dah riak. Tak ada mengharapkan redha Allah swt. Kata Hafiz Ibnu Rajab, yang riak betul betul ini tidak akan keluar dari hati seorang mukmin. Tidak ada ikhlas langsung ini jarang berlaku kepada mukmin. Kalaupun ada itu adalah amalan amalan yang orang nampak. Pada waktu sedekah, waktu haji, maka waktu ini boleh diselubungi oleh riak yang daripada Awal sampai akhir bukan kerana Allah swt. Tetapi kebiasaannya, orang mukmin dia masuk dalam kategori amalan berikut ini, iaitu bercampur awalnya ikhlas lepas itu entah apa sebab ada yang menyebabkan hilang keikhlasan tersebut dan begitu sebaliknya pada awal tidak ikhlas dan akhir ikhlas. Amalan ini tidak ada manfaat langsung.
• Amalan itu pada asalnya untuk Allah swt memang untuk mencari redha Allah swt akan tetapi disebalik niat ikhlas tadi tu terselit di dalam hatinya dia nak harapkan sesuatu yang bersifat duniawi. Maka Rasulullah saw dalam perkara ini pernah bersabda berkaitan dengan orang perang terutamanya, “tiada orang berperang di jalan Allah lalu ia mendapatkan harta rampasan, orang yang seperti ini tercampur niatnya yang ikhlas dengan kepentingan duniawi maka 2/3 daripada pahala yang sepatutnya dia dapat hilang maka yang tinggal 1/3 je lagi yang akan dijumpa di akhirat.”Hadis soheh diriwayatkan Imam Muslim “siapa yang mencampuradukkan antara niat ikhlas dengan kepentingan dunia maka amalannya itu diterima tapi pahalanya berkurang tetapi apabila dia berperang ternyata dia tak dapat harta tersebut atau balasan seperti gaji maka dia dapat pahala lengkap.”
• Amalannya ikhlas dari awal dan tidak pernah terfikir untuk dapatkan manfaat duniawi. Tetapi ketika dia lakukan tersebut dia dapat manfaat duniawinya orang bagi. Iaitu manfaat datang tanpa dia niatkan. Sesuatu kebetulan. Hukumnya harus, kata ulama disini Abdullah bin Amru bin Asr, : “Apabila seseorang melakukan peperangan dijalan Allah swt lalu Allah bagi dia rezeki daripada peperangan tersebut. Tak apa dia ambil itu adalah rezeki yang Allah bagi.”
• Amalan kerana Allah pada peringkat pertama lalu datang riak. Ketika dia melakukan tersebut dia tidak ingin orang puji dia/ Ingin orang lihat apa yang dia lakukan. Ketika dalam proses membuat muncul perasaan riak. Dan pada waktu itu berlakunya untuk cuba buang riak itu. Maka amalan ini diumpamakan amalan yang diganggu syaitan-kata ulama. Hukumnya seperti orang yang dibisikkan oleh syaitan. Ulama mengatakan bahwa perkara ini tidak menganggu nilai amalannya selagi dia tidak melakukan beberapa perkara. Jangan sampai orang tersebut
-satu adalah apabila dia melayan perasaan riak dia tersebut maka rosak amalannya. Kalau sekiranya muncul perasaan riak tersebut lalu dia tolak maka inshaa Allah ia tidak akan masalah. Dan dikira ikhlas.
-Kedua ialah dia tidak membiarkan perasaan itu selesa,dia kena beistighfar. Hukumnya amalannya masih selamat.
-ketiga Dia tidak menceritakan kepada orang.
• Amalan yang pertamanya kerana Allah swt ikhlas lalu datang riak pada waktu melakukannya kemudian bercampur amalannya yang tadi ikhlas dengna riak ini. Datang riak lalu dia layan.
Ulama ada 4 pendapat. Tetapi hampir semua berpendapat bahawasanya amalan ini menjadi rosak.
Pendapat pertama, maka amalan ini sah kerana dinilai berdasarkan niat yang pertama. Pendapat Hassan Basri. Ini satu satunya ulama yang berpendapat dan juga Imam Ahmad dan beberapa orang ulama dan dia kata adalah kalau niat yang pertama betul lalu datang perasaan riak dalam perjalanan tersebut. Maka perasaan riak tidak mengganggu nilai drpd amal soleh tadi tu. Masih dapat pahala. Amalannya sah. Menurut sebahagian ulama.
Tapi pendapat kedua, yang sah amalan yang tadi dia buat sebelum dtg riak tersebut. Yang dapat pahala ketika yang 50% yang awal sebelum datangnya riak. Sedangkan yang selepasitu yang bercampurnya riak maka batal pahalanya.
Ketiga, kebalikan pendapat pertama,kerana dia dah ada unsur riak lepas itu maka hanguslah semua amalannya dari awal sampai akhir. Batal semua pahalanya.
Keempat, berpendapat kita tengok amalannya, kebaikan dia buat untuk apa. Ada dua jenis kebaikan atau dua jenis amal pertama adalah ada amalan tersebut masing masing bahagian daripada rukunnya itu bersambung sekaligus tak terpisah. Masuk sama lain. Seperti orang solat. Ketika bersolat baca surah pendek lalu datang orang ramai dia panjangkan surah jadi satu rakaat satu minit jadi lima minit. Maka dalam hal ini bacaan itu tidak boleh dipisahkan dan sambung maka semua solatnya ini rosak dari awal sampai akhir. Amalannya rukunnya tidak bersatu iaitu seperti orang biasa bersedekah dengan satu dinar. Diadah lazimi seperti itu. Lalu ketika satu hari ada orang maka padahari itu dia tambahkan lagi sedekah menjadi 5 dinar disebabkan orang ada maka amal nya yang lepas okay.dan juga amalannya yang biasa diasedekah satu dinar itu tetap diterima oleh Allah dan yang baki selebihnya itu yang rosak kata ulama sebab satu dinar dan 5 dinar yang lain terpisah.
• Amalan dari awal sampai akhir ikhlas dan habis selesai amalan itu dengan penuh keikhlasan dan tidak ada riak. Lepas dah habis amalannya dia cerita dekat orang. Supaya dia dikenal dengan kebaikan tersebut. Dari segi takrifan, dia tak masuk riak. Tetapi masuk dalam perbuatan tercela. Iaitu berkaitan sum’ah. Lepas tu orang puji, dia nak orang puji. Mungkin kategori ujub. Maka orang ini dicela bukan sebab tak ikhlas tapi dicela sebab keburukan nak amalan dia diingat orang disebut orang. Boleh jadi kemungkinan perbuatan menyebut nyebut kembali kebaikan itu menyebabkan habis pahala ibadah yang dia buat.
Nak jaga amalan. Ikhlas sebelum beramal, ikhlas masa beramal, pasca beramal.
• Amalan yang mulanya tidak ikhlas riak kemudian muncul dalam hati kesedaran lalu dia merubah kerana Allah swt. Niat dia yang salah diawal tadi tu tidak dikira. Maka dia dikira ketika dia niat ikhlas. Betulkan sahaja niat dan teruskan amalan tersebut.
akan bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment