Monday, 19 October 2020

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai

Zikir Akhir Zaman (bahagian 7)

Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zikir dalam Menghadapinya

Pada akhir zaman akan berlaku misteri besar nanti. Tahun-tahun kekeringan ekstrim. Kemarau panjang bukan setakat biasa-biasa tapi sangat hebat. Kemarau ini dikaitkan hadis Rasulullah dengan kemunculan Dajjal yang menawarkan kepada manusia solusi yang cepat dan pantas. Iaitu memberikan kepada mereka harapan kehidupan, yang pada waktu itu dikatakan saat susah mereka mendapatkan kehidupan. Boleh dikatakan pada waktu itu, nak mati sahaja. Tak ada lagi peluang dah sebab tahun demi tahun makin teruk dan makin parah . Dalam sejarah, kemarau dan kekeringan panjang pernah berlaku pada kehidupan manusia.

A. 2 Tahun Kekeringan: 13 Juta Mati Kelaparan

Pada tahun 1876-1878, pernah berlaku di China pada masa kerajaan Dinasti Manchu yang sangat luas pada waktu itu. Menyebabkan lebih kurang 13 juta orang mati disebabkan kelaparan. Lebih 12 ribu orang mati dalam satu hari. Bayangkan.

- Peristiwa yang kita hadapi hari ini, pandemik Covid-19. Ada macam-macam keadaan seperti itu juga. Berpuluh ribu orang meninggal dalam satu hari. Beratus ribu orang terjangkit dalam sehari. Ini wabak. Tapi yang berlaku di China ini adalah kemarau.

Dikatakan bahawasanya penyebab pada kelaparan itu adalah pada masa kekeringan yang membakar 4 provinsi dari China Utara dari tahun 1876 - 1878. Kekeringan yang begitu dahsyat. Tanaman-tanaman telah layu dan tidak tumbuh sama sekali. Para petani merintih kerana kenyataan bahawa hasil tuaian di provinsi China Selatan telah hancur dengan banjir pula. 

Bahagian Utara kemarau, bahagian Selatan banjir. Situasi tersebut menyebabkan pelbagai macam kejahatan berlaku. Orang bunuh diri dan ada yang menjual anak mereka kerana tidak mampu nak menanggung anak mereka. Jangankan nak menanggung anak, untuk makan sendiri pun susah. Maka oleh itu, ketika ada peluang, mereka jual anak mereka demi mendapatkan makanan. Ini dahsyatnya kemarau, kekeringan yang panjang berlaku di China hingga 13 juta orang meninggal dunia. 

Demikian juga pernah berlaku di India. Kemarau dan kekeringan berpanjangan daripada 1896 - 1901. Selama 5 tahun. Dalam 5 tahun itu, lebih kurang  250 000 orang mati. Dengan lebih 4700 kematian setiap hari. Bayangkan. Itu berlaku di India. Bahkan pernah juga berlaku di Ukraine, Ireland, Rusia. Berlaku hal yang sama. Jadi kemarau dan kekeringan yang panjang serta membawa kepada kelaparan dan kematian yang beratus ribu orang banyaknya. Agak-agaknya bolehkah kita selamat daripada perkara itu? Hal itu mungkin boleh berlaku lagi. Tidak mustahil bagi Allah SWT. 

B. Kekeringan Ekstrim 3 Tahun Sebelum Kemunculan Dajjal

Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah mengingatkan bahawasanya akan berlaku kemarau yang dahsyat, selama 3 tahun berturut-turut 

- Di China tadi 2 tahun, di India 5 tahun. Tapi itu berlaku di tempat atau kawasan tertentu.

Tapi sebelum Dajjal datang, kemarau panjang ini akan berlaku di seluruh dunia, bersifat global. Semua akan terkena kemarau dan kekeringan panjang ini. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

إنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ‏.‏ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ ‏التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ

“Sesungguhnya sebelum keluar Dajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. Allah akan memerintahkan langit menghentikan satu pertiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu pertiga tumbuhan. 

Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua pertiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua pertiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, Tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT. Sahabat bertanya, apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil, takbir, tasbih dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Akan berlaku kelaparan yang amat dahsyat. Di tahun pertama disebabkan tidak hujan, mati satu pertiga tanaman dan tumbuhan di bumi. Tahun kedua, dua pertiga hujan ditahan, maka dua pertiga tanaman dan tumbuhan tidak dapat hidup. Ini bukan satu hari, satu minggu atau tiga bulan tetapi dua tahun. Bayangkan bagaimana frustasi orang pada masa itu. Bagaimana dahsyatnya ujian manusia. Di tahun ketiga, langsung tak ada hujan turun. Kalau dah tak hujan langsung, matilah semua tumbuh-tumbuhan di muka bumi kerana air adalah sumber kehidupan. 

Manusia pada waktu itu tiada makanan. Mati bergelimpangan. Adakah ratusan orang? Ribuan orang? Tidak. Jutaan orang. Bagaimana manusia boleh hidup? Maka Rasulullah SAW memberi kepada kita satu penawar. Makanan yang perlu kita amalkan dari sekarang. Makanan orang beriman pada waktu itu ialah:

- tahlil (لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ), 

- takbir (الله أكبر), 

- tasbih (سبحان الله) dan 

- tahmid (الحمد لله). 

Empat perkara itu kedudukannya sama dengan makanan.

Bagi orang beriman, zikir dalam bentuk tahlil, takbir, tasbih dan tahmid menjadi makanan bagi mereka. Ini yang menguatkan badan dan menyihatkan mereka. Menjadikan mereka kuat menghadapi kelaparan yang dahsyat pada masa itu. Saat-saat yang begitu kritis. Tak dapat dibayangkan kemarau tersebut berlaku di seluruh dunia. 

Kita berlindung pada Allah agar tidak termasuk dalam golongan yang akan menghadapi saat-saat tersebut. Jelaslah saat-saat itu akan menduga iman. Keyakinan kita hilang disebabkan ujian yang begitu dahsyat. Sekarang pun dengan ujian yang dahsyat ini (Covid-19), tak seberapa lagi jika dibandingkan dengan peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman yang disebutkan Rasulullah ini. 

Peristiwa Covid-19 ini, cuma bunga-bunga ke arah melatih dan mendidik kita bagaimana kalau benar-benar berlaku seperti yang disabdakan Rasulullah. Mukmin bila membaca ini dia tahu bagaimana jalan keluar. Poin kita ialah kita ada solusi. Rasulullah tidak menyebut satu perkara yang susah melainkan diberi jalan keluarnya, solusinya. Insyaa Allah kita sudah tahu apa yang nak dibuat. Bayangkan orang yang tak tahu solusi ini. Masa itulah tergadai iman mereka, terlucut keIslaman mereka. 

Maka pada waktu itu Dajjal pun datang memberi solusinya. Memberi makanan, minuman, kesejahteraan untuk mereka. Tapi ia bukan percuma. Dia akan minta balasan. Jadikan Dajjal sebagai Tuhan. Sekutukan Allah. Nauzubillahiminzalik. Ujian yang dahsyat. Tapi orang yang beriman tahu hidup ini semuanya ujian. Maka apa pun yang berlaku nanti, kita bersedia. Menariknya Allah SWT tidak pernah mewujudkan satu keadaan melainkan Allah bagi jalan keluarnya. Inilah indahnya hidup orang beriman, orang berilmu.

Jadi apa solusi ketika berlakunya kemarau panjang, kekeringan yang dahsyat, ujian kelaparan, dan juga kematian, musibah yang begitu dahsyat. Solusinya ialah perkasakan diri kita dengan zikir. Inilah pentingnya buku ini, "Zikir Akhir Zaman". Mendedahkan kepada kita apakah yang perlu kita amalkan ketika di akhir zaman ini.

C. " Malaikat" Dalam Fizikal  Manusia

Kenapa Rasulullah berkata bahawa makanan kita adalah zikir? Makanan di akhir zaman bila sudah tiada makanan fizikal iaitu makanan, minuman, buah-buahan dan tanaman-tanaman. Maka makanan kita adalah tahlil, takbir, tasbih dan tahmid. Sebab dalam diri kita ada kekuatan. Bukan hanya kekuatan fizikal. Kita ada kekuatan bukan fizikal. Dalam buku ini diungkapkan dengan kekuatan "malaikat". Kekuatan fizikal dalam diri manusia dinamakan kekuatan "haiwan atau kebinatangan". Iaitu makan dan minum, syahwat, yang menjurus kepada duniawi. 

Maka semasa manusia hanya mementingkan itu sahaja (makan, minum, nafsu) kita sama dengan binatang. Tapi kita ada komponen penting yang sangat berguna bagi kita. Terutama di saat kita susah iaitu komponen "malaikat". Iaitu kecenderungan kita secara spiritual yang datang daripada doa, zikir, ilmu yang bermanfaat dan hubungan dengan Allah yang tidak terputus. 

Sama dengan malaikat yang selalu bertasbih, bertahmid, bertahlil, selalu beribadat kepada Allah, melaksanakan perintah Allah. Dan malaikat suka pada orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu. Ini adalah makanan roh kita. Jadi kita ada rohani dan unsur jasmani ini, kata sebahagian ulamak. Mengkategorikan ada unsur rohani. Ini yang dimaksudkan unsur "malaikat" dalam diri kita dan ada unsur jasmani yang membawa kita kepada kehaiwanan tadi.

Maka pada saat kritikal, kita perlu mempersiapkan unsur Rohani kita. Memperkasakan unsur Rohani dalam diri kita. Bagaimana caranya? Iaitu dengan zikrullah, dengan berdoa kepada Allah SWT, dengan menuntut ilmu. Kita tambahkan ilmu, kita berkongsi ilmu, untuk menambah ilmu, untuk memperkasakan diri. 

Saat begini (Covid-19) kita mudah untuk putus asa. Hari ini mungkin ada orang yang dipaksa berhenti kerja. Kerja yang dia sudah buat selalu. Tapi mahu tak mahu dia kena berhenti, sebab syarikat "shutdown". Maka kita akan mendengar nanti berita-berita yang menyedihkan kita. Yang menyebabkan jiwa kita terganggu. 

Hati kita nanti bermasalah. Jadi, apabila kita tak bersedia dengan kekuatan rohani, jiwa kita, berita-berita menyedihkan ini akan menjatuhkan semangat kita. Barangkali menyebabkan orang melucutkan imannya. Melepaskan pakaian ketakwaannya dan hilanglah Islam daripada kehidupannya. Nauzubillahiminzalik. 

Kita tak ingin berlaku seperti itu. Maka kuatkan diri kita. Perkasakan diri kita dengan ilmu yang bermanfaat, doa dan zikir, dan ibadah yang ikhlas kepada Allah SWT. Sekiranya makanan dan minuman merupakan makanan fizikal kita, zikir, doa dan ilmu bermanfaat merupakan makanan Rohani kita.

Rasulullah SAW pernah meminta kepada Allah supaya didatangkan kemarau panjang dan kekeringan kepada orang-orang Quraisy suatu masa dahulu. Seperti mana dalam hadis Riwayat Muslim dari Abdullah bin Mas'ud:

وَإِنَّ قُرَيْشًا أَبْطَئُوا عَنْ الْإِسْلَامِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسَبْعٍ كَسَبْعِ يُوسُفَ فَأَخَذَتْهُمْ سَنَةٌ حَتَّى هَلَكُوا فِيهَا وَأَكَلُوا الْمَيْتَةَ وَالْعِظَامَ وَيَرَى الرَّجُلُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَهَيْئَةِ الدُّخَانِ

"Dan sesungguhnya orang-orang Quraisy tatkala enggan menerima Islam, Nabi SAW mendoakan bagi mereka: Ya Allah, datangkan kepada mereka kemarau sebagaimana yang pernah Engkau datangkan pada zaman Nabi Yusuf. Maka mereka pun ditimpa tahun kelaparan hingga mereka binasa kerananya, mereka makan bangkai, tulang, dan mereka melihat antara bumi dan langit seperti ada asap."

Rasulullah SAW berkali-kali mengajak orang-orang Quraisy untuk masuk Islam. Tapi mereka enggan. Mereka tidak berkeinginan untuk masuk Islam. Maka Rasulullah SAW meminta kepada Allah SWT supaya didatangkan ujian kepada mereka. Disebabkan doa Rasulullah itu, memang berlaku pada orang-orang Quraisy, tahun-tahun mereka susah. Kering-kontang sehingga segala sesuatu tidak dapat digunakan lagi. Hingga orang Quraisy pernah makan bangkai dan kulit kulit haiwan yang sudah kering. 

Hingga kerana laparnya orang pada waktu itu, mereka melihat antara langit dan bumi itu, ada asap atau awan yang begitu tebal, yang menyebabkan mereka hilang harapan. Hadis ini menyatakan kepada kita bahawasanya, peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Yusuf, pernah berlaku pada zaman orang-orang Arab Quraisy. Maka apabila Nabi Yusuf dihadapkan Allah dengan peristiwa kemarau panjang, di mana peristiwa itu bukan hanya melanda Mesir, ia juga melanda negeri Arab yang lain, Syam, Yaman. Perkara ini pernah berlaku satu zaman dahulu dan Allah SWT sudah memberikan kita pengajaran dan pengajaran daripada peristiwa Nabi Yusuf AS. 

Nabi Yusuf diberi ilmu bagaimana menghadapi peristiwa itu dan diajarkan kepada pemimpin pada masa itu. Alhamdulillah mereka berjaya keluar daripada kemarau panjang tersebut. Kebijaksanaan Nabi Yusuf dalam menghadapi semua itu menyebabkan beliau diangkat menjadi Bendahara bagi Raja pada waktu itu. 

Maka, kita dalam situasi yang berat ini, kita perlu jalan keluar, perlunya solusi. Apabila pada zaman-zaman susah, kita jaga iman, amalan, zikir dan doa, itu akan menjadikan zikir dan doa kita ada kekuatan dan kehebatan nanti. Pada masa tersebut, seorang Muslim menyibukkan dirinya dengan solat, zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka menyiapkan diri sebaik-baik menghadapi kematian. 

Pada waktu akhir zaman tak ada lagi peluang-peluang lain. Bertahun-tahun terpaksa menghadapinya. Maka mereka terpaksa menganggap dia akan mati. Perasaan bahawa beribadat dengan rasa akan mati ini akan mengangkat kedudukan kita. Kita beribadah dengan ihsan pada masa itu. Ketika pertolongan dari luar tidak memberi manfaat kepada kita. Dan tak ada peluang lagi melainkan Allah. Masa itu hubungan kita dengan Allah SWT menjadi jelas. Bagi Mukmin dia ingat akan mati. Maka dia beribadah seolah-olah nak mati.

Ihsan adalah beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat Allah, akan bertemu Allah SWT. Kesusahan-kesusahan tersebut menyebabkan Mukmin makin yakin, makin hebat hubungannya dengan Allah. Kedudukannya makin tinggi sebab dia yakin dengan Allah SWT. Tahlil, takbir, tasbih, tahmid pada masa yang sukar,  pada masa tersebut, telah menghantar mereka kepada kemuncak Ibadah yang tertinggi.

Makam Ihsan lebih tinggi dari makam Islam dan makam Iman. Makam Ihsan tiada lagi tempat bagi nafsu dan pujuk rayu syaitan. Pada waktu sampai makam Ihsan kita tak pandang lagi dah dunia. Nafsu sudah tak penting bagi kita. Yang penting bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT. Bertemu dengan Allah dalam keadaan suci bersih.

Peristiwa tersebut menjadikan kita bersedia bertemu dengan Allah. Orang beriman pada masa itu makin sibuk dia dengan Allah. Ingat pada zaman ini, orang mungkin sibuk dengan macam-macam benda dia nak buat. Tapi ingat orang beriman berusaha dengan cara ibadah, cara hubungannya dengan Allah.

Imam Ibnu Qayyim pernah menyebut:

"Inti Roh dan sekaligus kesempurnaan Iman, kedudukan ini telah mengumpul seluruh tangga penghambaan diri kepada Allah, yang lain telah tercakup di dalamnya."

Ada sahabat-sahabat yang nak meniru Baginda dalam beribadah, dalam ketaatan. Ada yang nak bangun malam saja, tak nak tidur. Ada yang nak puasa saja. Rasulullah menegur mereka:

"Sesungguhnya keadaan fizikal aku tidak sama dengan keadaan fizikal kamu."

إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ إِنِّي أَبِيتُ يُطْعِمُنِي رَبِّي وَيَسْقِينِ

"Sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu semua. Sesungguhnya ketika aku tidur ada Tuhan yang memberi makan kepadaku serta memberi minum kepadaku."

Sesungguhnya ketika Nabi beribadah, berlapar dengan berpuasa, secara fizikal memang nabi tidak makan, kurang tidur. Tapi Allah SWT mencukupkan kepada Nabi, makanan dan minuman, mencukupkan tidurnya sehingga dia tidak terpengaruh oleh lapar tersebut. 

Rasulullah mengamalkan puasa wisol (puasa bersambung). Rasulullah boleh terus puasa 2-3 hari berturut. Puasa ini khas untuk Rasulullah sebab mempunyai keadaan fizikal yang berbeza. Boleh tahan. Bagaimana Rasulullah boleh tahan? Kerana hubungannya dengan Allah, kerana zikirnya yang tak berhenti, kerana ibadahnya yang tak putus dengan Allah, kerana hatinya yang tidak pernah jauh dari Allah SWT. Menyebabkan dia boleh puasa wisol. 

Kalau kita, tiga hari tak makan dan minum, habislah kita. Tetapi Rasulullah SAW boleh tahan. Rasulullah boleh tidur sedikit sahaja. Kita kalau tak tidur, siang itu dah flat. Kenapa keadaan fizikal Rasulullah tidak lagi seperti keadaan fizikal manusia biasa. Kerana unsur malaikat dalam diri Rasulullah lebih cerminan. Jadi ketika kita berada dalam keadaan kritikal di akhir zaman nanti dan kita asah diri kita dengan zikrullah dan hubungan ibadah dengan Allah SWT. Maka pada waktu itu tak jadi masalah. Sebagaimana Rasulullah tak makan, tak jadi masalah. 

Jadi kita kena sedia. Bila kita nak sedia? Dari sekarang. Amalkan zikir, amalkan ibadah dengan khusyuk, latihlah diri kita boleh berpuasa. Kalau tak latih kita akan cepat "down". Awal-awal puasa Ramadan, satu hari mesti pening-pening. Sebab kita tak bersedia. Tiba-tiba terus lemah. Insyaa Allah apabila kita dah sedia, kita akan merasa mudah hadapi sesuatu yang sukar.

D. Zikir Menumbuhkan Kesabaran dan Keyakinan

Kenapa kita perlu berzikir? Bukan hanya di akhir zaman, sebenarnya pada semua keadaan. Penulis mengatakan zikir menumbuhkan kesabaran dan keyakinan. Kalau rajin berzikir akan datang sabar nanti. Juga yakin. Tak goyang dengan ujian. Ini sangat penting. Hadis Rasulullah SAW:

"Jika engkau mampu beramal dengan disertai kesabaran dan keyakinan, lakukanlah. Kalau tak mampu kamu menggabungkan kesabaran dan keyakinan sekali, maka sabar."

Kalau boleh kita beramal dengan sabar dan yakin. Kalau zikir, kita lakukan dengan penuh kesabaran dan keyakinan, buatlah. Itu akan menjadi lebih baik, lebih hebat lagi kesannya. Kalau boleh macam tu, bila kita hadapi situasi-situasi yang berat, apabila kita ada kesabaran ada keyakinan, itu akan menjadi senang dan ringan. Kalau boleh dengan sabar dan yakin sekali. Yakin dengan janji dan pertolongan Allah. Yakin dengan ayat-ayat dan ketentuan Allah SWT. Itu lagi bagus.

Pada zaman kemarau panjang, kita sangat perlu sabar, perlu yakin. Dan Dajjal pada waktu itu memperdaya kita, keyakinan akan keyakinan kita. Dan biasanya keyakinan akan hilang apabila kita tak sabar. Dan sabar akan membantu kita untuk yakin, Insyaa Allah. Kata Rasulullah SAW: "Bahawasanya bersabar menghadapi perkara yang kamu tidak sukai di dalamnya terkandung kebaikan yang banyak. Bahawasanya pertolongan Allah itu mesti dibantu dengan kesabaran. Kemenangan itu, anugerah Allah SWT. Tak akan dapat melainkan kamu iringi dengan kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan tersebut hanya akan datang dengan ujian yang berat."

Kalau kita hadapi sesuatu yang kita tak suka tapi kena juga hadapi, ketahuilah, hadapi dengan sabar, di dalamnya terkandung banyak kebaikan. Baru nanti akan ada hasil yang baik dan membahagiakan kita. Hadapi kesusahan tersebut dengan sabar. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Yakinlah. Bersedialah menghadapi apapun kesusahan nanti, dengan keyakinan, dengan kesabaran.


E. Zikir Bukti Keistiqamahan Ibadah Kepada Allah

Nak tahu jika seseorang itu istiqamah maka dia akan jaga zikirnya. Sebab amal ibadat lain boleh terputus. Kalau sekiranya kita tidak suci, kita tak boleh solat, mengaji. Tapi masih boleh zikir. Puasa. Ada masa boleh buat, ada masa tak boleh buat. Perempuan bila datang haid, tak boleh puasa. Ada hari disunatkan puasa, ada hari diharamkan puasa. Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha tak boleh puasa. Tapi zikir boleh. 

Zakat / sedekah boleh terputus. Kalau tak ada duit, susah, miskin, tak boleh sedekah. Tapi kita ada zikir. Zikir boleh buat pada bila-bila keadaan. Dan tanda kita istiqamah, ketika kita tak mampu solat, tak mampu baca Quran, tak boleh pergi majlis ilmu, tak mampu bersedekah, tak mampu pergi haji, tak mampu berpuasa, tapi kita ada zikir. Kita usahakan berzikir. "Ya Allah, kalau ibadah yang lain aku tak boleh, paling kurang zikir ini aku amalkan. Jangan kita lupa untuk berzikir kerana zikir sangat penting untuk membantu kita.

Rasulullah pernah bersabda:

احفَظِ الله يَحْفَظْكَ ، احفَظِ الله تَجِدْهُ تجاهَكَ ، إذا سَأَلْت فاسألِ الله ، وإذا استَعنْتَ فاستَعِنْ باللهِ

"Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah."

Kenalilah Allah SWT pada waktu kamu lapang nescaya Dia akan kenal kamu pada masa susah. Jangan kita ingat Allah SWT waktu susah saja, masa lapang kita tak ingat Allah SWT. Ini bukti keistiqamahan kita kepada Allah SWT.

F. Zikir Bukti Kekukuhan Iman Kepada Takdir

Takdir akan terus berjalan, ketentuan Allah pasti akan berlaku. Ketentuan Allah ada dua saja: takdir baik, takdir buruk. Baik kita suka, buruk kita tak suka. Tapi itulah kehidupan kita, akan ada baik dan buruk. Apabila kita selalu mendampingi diri kita dengan zikir, insyaa Allah kita akan kuat dan menghadapi takdir apa pun juga. 

Dalam menghadapi takdir baik, kita bersyukur. Dalam menghadapi takdir buruk, kita akan bersabar. Dalam peristiwa akhir zaman, kita akan memghadapi perkara-perkara buruk nanti. Perkara-perkara kita secara peribadi, berat untuk menghadapinya. Insyaa Allah zikir akan meringankan kita dalam menghadapi ujian yang dahsyat, musibah akhir zaman. Rasulullah bersabda:

وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَك لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَك، وَمَا أَصَابَك لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَك, رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ. وَإِنْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوك بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْك

"Ketahuilah bahawasanya musibah yang menimpa kamu bukanlah untuk menyalahkan (menghinakan) kamu. Sebuah musibah yang ditakdirkan menimpamu pasti tidak akan meleset daripada kamu. Pena yang mencatat takdir itu telah kering. Ketahuilah apabila semua umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak bisa memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan seandainya mereka pun berkumpul untuk menimpakan bahaya kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak dapat membahayakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu."

Sesuatu yang ditakdirkan pasti akan menimpa kita dan kita tak boleh nak menghindar daripadanya. Apa yang ditetapkan Allah SWT sudah pasti. Iman kepada ketentuan Allah menyebabkan kita yakin dalam kehidupan ini. Maka segala yang berlaku kepada diri kita atas ketetapan Allah. Tak perlu risau. Ketetapan Allah itu didasarkan kepada ilmu dan hikmah Allah SWT. Allah tahu sesuatu itu terbaik bagi kita dan ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedialah menghadapinya dengan yakin. Dan zikir akan membantu kita untuk ringan dalam menghadapi takdir ini, insyaa Allah kita tak merasa kecewa dan putus asa.


G. Zikir Bukti Kejujuran Tawakkal

Ada orang mengatakan, "Saya tawakal kepada Allah." Adakah dengan mengatakan aku bertawakal setakat itu sudah cukup? Seorang penulis Abu Turab Al Nakhshabi mengatakan bahawasanya tawakkal yang benar mengandungi lima unsur:

1. Anggota badan berusaha melaksanakan ubudiyah kepada Allah SWT

- Zahir, fizikal kita beribadah kepada Allah SWT. Apabila seseorang bertawakkal tetapi tak beribadat, unsur penghambaannya kepada Allah jauh. Ini bukan tawakkal kerana tawakkal mesti diiringi dengan ibadah, hubungan dengan Allah SWT.

2. Kaitan nafsu dengan rububiyyah (dengan pengaturan Allah SWT)

- Kita yakin segala sesuatu diatur, dirancang dengan sebaik mungkin oleh Allah SWT. Dia tak akan pernah lari dari peraturan tersebut. Kalau berlaku pada aku ini adalah peraturan Allah. Kita bersedia menerimanya sebagai ketentuan Allah.

3. Hati yang tenteram kepada kecukupan daripadaNya

- Apa yang Allah beri kepada kita sudah cukup bagi kita. Itu adalah terbaik bagi kita. Hati kita tenang.

Maka Covid-19 merupakan solusi terbaik bagi kita sebenarnya. Sebab berdasarkan apa yang diperhatikan, sebelum Covid-19, manusia begitu jauh daripada Allah. Manusia begitu sombong, angkuh. Seolah-olah dia yang betul-betul berkuasa di muka bumi ini. Maka Allah hentam dengan Covid-19 supaya sedar kuasa segenap ada pada Allah. Orang bangga dengan kejayaan membina ekonomi hebat. Tapi tersungkur disebabkan satu makhluk Allah yang kecil sahaja iaitu virus Covid-19. Supaya tersedar Allah tu ada. Ia merupakan satu ujian tapi akan membawa kita keyakinan Allah yang satu.

4. Bersyukur ketika diberi nikmat

5. Bersyukur ketika diuji oleh Allah dengan perkara yang dia tidak suka

Jika ada lima unsur ini, benarlah tawakalnya kepada Allah. Kalau tidak, belum betul lagi. Dan zikir merupakan salah satu jalan membetulkan tawakkal kita. Supaya jangan lari daripada apa yang telah ditetapkan Allah SWT.

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai

Zikir Akhir Zaman (bahagian 6)

Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan)

5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah

Kejujuran mula ditinggalkan, amanah mula dipecah. Orang tidak lagi menjaga amanah. Dari yang kecil hingga ke besar. Dari menjaga keluarga hingga masyarakat dan umat. Orang hanya mementingkan kekayaan, kuasa dan jawatan. Ini yang berlaku pada akhir zaman. Dan mereka bergaduh dan berkelahi. Dah nampak fenomena ini sekarang. Kita berlindung kepada Allah SWT, supaya kita jangan termasuk di antara orang-orang yang sudah hilang kejujuran dan sudah tidak mementingkan amanah lagi.

6. Kaum Muslimin menjadi mangsa konspirasi kaum kafir

Muslim menjadi sasaran oleh musuh-musuh islam sehingga dipergunakan hanya untuk mencapai cita-cita mereka sahaja. Ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم، كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. فقال قائل: ومِن قلَّةٍ نحن يومئذ؟ قال: بل أنتم يومئذٍ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السَّيل، ولينزعنَّ الله مِن صدور عدوِّكم المهابة منكم، وليقذفنَّ الله في قلوبكم الوَهَن. فقال قائل: يا رسول الله، وما الوَهْن؟ قال: حبُّ الدُّنيا، وكراهية الموت

“Akan hampir seluruh manusia mengerumuni kamu sebagaimana mengerumuni makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit? Jawab Baginda: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai, tetapi kamu hanya seperti buih seumpama buih air banjir. Dan Allah akan cabut daripada sanubari musuh kamu perasaan gerun terhadap kehebatanmu, dan Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu? Lalu sabda Baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.”(Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)

Dihempas ke kiri ke kanan, dihentam ke depan ke belakang. Ini realiti umat Islam. Kita ditarik kekuatan Barat, sebahagiannya ditarik kekuatan Timur. Kita dilaga-lagakan sehingga bergaduh sesama kita. Yang membela dan menyokong kekuatan Barat, mempertahankan ideologi Barat. Begitu juga dengan yang Timur, berusaha mempergunakan kita untuk memperkasakan dan menyokong mereka yang jauh daripada Islam dan tidak memanfaatkan kita sendiri. 

Di antara sebabnya, pada waktu itu, Allah cabut perasaan takut musuh kita terhadap kita. Tak ada rasa gerun yang seharusnya ada pada musuh-musuh Islam kepada orang-orang Islam. Secara semulajadi ditakuti musuh-musuhnya. Tapi satu masa nanti akan hilang nikmat ini. Dan kita pada waktu itu, Allah akan campakkan ke dalam hati, penyakit Wahan - cinta dunia dan takut mati. 

Semua kita mengharapkan untuk dapat dunia yang hebat ini. Semua mengharapkan kekayaan, pujian manusia dan dipandang hebat. Dalam hati tidak diperuntukkan apa yang dibuat adalah untuk Allah dan akhirat. Tiada persiapan untuk mati. Persiapan kita bagai akan hidup lebih lama lagi. Ini yang berlaku pada umat akhir zaman. 

Nampak penyakit ini sudah ada pada ramai manusia hingga pertimbangan kita dunia sahaja. Sekiranya tidak memperoleh dunia kerana ikut akhirat, maka ditinggalkan. Padahal umat terdahulu, akhirat adalah keutamaannya. Jika sesuatu itu bermanfaat untuk akhirat dia akan buat walaupun dunia tidak berkenan, tidak menyokongnya. Tapi kerana Allah SWT suruh buat dan ia bermanfaat untuk akhirat, dia akan usahakan juga. Kita mohon berlindung dari penyakit Wahan ini. Kita pernah dengar ulamak dan salafussoleh dahulu mengatakan:

رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ حُبُّ الدُّنْيَا

"Punca segala kejahatan adalah ketika dunia ada dalam hati kita"

Muslim kalau mendahulukan dunia, lebih jahat dari orang bukan Islam. Semua jadi halal baginya. Buat kezaliman, tidak kisah sama ada memudaratkan keluarganya, agama dan bangsa. Dia akan khianat, demi dunia. Mari kita muhasabah diri supaya bukan dunia ini yang melekat dalam hati kita. Kata salafussoleh, dunia mesti diletak di tangan bukan di hati. Kita nak meraih redha Allah SWT dan bertemuNya di akhirat nanti dengan amalan yang cukup.

7. Angka Pembunuhan Melonjak Tinggi

Akan selalu berlaku pembunuhan-pembunuhan. Hari demi hari pembunuhan makin meningkat. Rasulullah bersabda:

‏ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَفِيضَ الْمَالُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الْقَتْلُ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ‏"‏ ‏.‏ ثَلاَثًا

"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah serta sering terjadi Al-Harj. Sahabat bertanya, ; ‘Apakah Al-Harj itu ya Rasulullah saw ?’. Nabi saw bersabda, ; ‘Pembunuhan, pembunuhan, pembunuhan, Baginda mengucapkannya tiga kali’” (Riwayat Abu Hurairah)

Sekarang ini banyak pembunuhan secara individu, secara jemaah. Seorang bunuh seorang lain, ahli keluarga sendiri. Anak bunuh bapa, bapa bunuh anak, suami bunuh isteri, isteri bunuh suami. Di mana kasih sayang yang menghalang perkara ini berlaku. Marilah kita kembali melahirkan kasih sayang sesama ahli keluarga kita. Terutamanya anak-anak kita, jiran-jiran kita. Kuatkan silaturrahim. Di akhir zaman, ketiadaan inilah menjadi punca permusuhan, punca pergaduhan. Rasulullah telah mengingatkan tentang ini:

إِنَّ بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ لأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ، وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ، وَيَكْثُرُ فِيهَا الْهَرْجُ، وَالْهَرْجُ الْقَتْلُ ‏

 (Riwayat Abdullah bin Mas'ud dan Abu Musa al-Asy'ari)

Al Jahlu bukan maksud bodoh tak ada ilmu. Al Jahlu ialah bodoh tak ada akhlak, tak ada sopan santun. Orang tidak lagi menghargai ibu bapa. Bercakap dengan ibubapa seumpama dengan kawan-kawan. Dahulu kita diajar menghormati guru. Tidak boleh meninggi suara bila bercakap. Orang pandai-pandai tapi tak ada adab, inilah al Jahlu. Kita perlu menjaga adab. 

Di dalam Islam, ilmu adalah kombinasi adab dan iman. Ini akan menjadikan seseorang benar-benar alim. Tapi ada yang banyak ilmu tiada iman dan adab. Ilmu tersebut tidak bermanfaat baginya. Jelas kelihatan menjadi-jadi sekarang. Anak-anak tak hormat ibu bapa, ibu bapa tak hormat guru. Diangkat ilmu yang bermanfaat, yang boleh memberi kepada orang tersebut meningkat iman dan amal solehnya, akhlak dan budi pekertinya. Dan pada masa itu berlakulah, orang tidak hormat satu sama lain. Hanya mengikut hawa nafsu sahaja. Berlaku pergaduhan sedikit, berlawan hingga mati. Banyak berlaku pembunuhan, ini disebut Rasulullah.

8. Kelaparan dan Kemiskinan

Salah satu kesan konspirasi orang-orang kafir yang cuba mempergunakan orang Islam. Maka akan banyak berlaku kemiskinan dan kelaparan di kalangan orang Islam. Bukan hanya orang Islam bahkan di seluruh dunia. Jika kita lihat Covid-19 sekarang antara yang menjurus kepada kelaparan dan kemiskinan ini. 

Di kala kes meningkat di Malaysia ini, jaga diri. Amalkan SOP yang disaran kerajaan. Kita taat kepada perkara baik. Salinglah sokong-menyokong, bantu-membantu, tolong-menolong. Sebab selepas ini pasti akan berlaku macam-macam kesan. 

Orang tak boleh bekerja dan tak ada pekerjaan. Kedai-kedai, kilang-kilang akan tutup. Ratusan ribu graduan masih belum ada kerja. Inilah realitinya. Orang berlumba-lumba mencari pekerjaan. Yang masih ada pekerjaan, bersyukurlah. Bersedialah mungkin lapangan kerja kita pula hilang. Tapi rezeki Allah tidak akan pernah hilang. 

Kita mesti selalu berusaha. Cuba cara yang lain asalkan halal. Insyaa Allah rezeki Allah banyak. Jangan takut. Biasanya kelaparan dan kemiskinan berpunca dari kejahilan itu, dan ilmu yang diangkat. Hilang keberkatan dan rahmat Allah SWT. Manusia akan buntu untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat baginya dan keluarganya. Jika kita jaga hubungan dengan Allah, iman dan amal, Allah akan tunjukkan jalan, sumber rezeki. Insyaa Allah ada jalan. Rasulullah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنَعَتِ الْعِرَاقُ دِرْهَمَهَا وَقَفِيزَهَا، وَمَنَعَتِ الشَّأْمُ مُدْيَهَا وَدِينَارَهَا، وَمَنَعَتْ مِصْرُ إِرْدَبَّهَا وَدِينَارَهَا، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ» شَهِدَ عَلَى ذَلِكَ لَحْمُ أَبِي هُرَيْرَةَ وَدَمُهُ.

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Iraq akan menahan dirham dan takaran makanannya, Syam juga akan menahan takaran makanan dan dinarnya, dan Mesir juga akan menahan takaran makanan dan dinarnya. Kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu, kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu, kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu." Abu Hurairah berkata: “Daging dan darah Abu Hurairah bersaksi atas yang demikian ini”. (Riwayat Muslim)

Duit mereka itu tidak bermanfaat bagi warganegaranya. Nilai duit jatuh. Dulu 1 Dinar = 1 Dollar. Sekarang 1 Dinar nilainya rendah. Dulu di Libya, satu Dinar Libya = 3 Dollar. Kemudian terbalik 1 Dollar = 3 Dinar. Dan sekarang lepas perang, lebih teruk jatuh hingga berlaku kemiskinan dan kelaparan di Libya. Ini juga yang berlaku di Iraq. 

Rasulullah sudah sampaikan tentang masalah ini. Secara spesifik Baginda juga menyebut Syam. Makanan yang perlu tiada, wang yang mereka ada tidak berguna. Maka rakan-rakan membuat "Syria Care" iaitu prihatin terhadap orang-orang di Syria, Iraq, Palestin dan lain-lain lagi. Ini satu usaha yang baik. Mudah-mudahan menjadi punca keberkatan bagi Malaysia dan negara-negara Nusantara ini. Kita tolong mereka di masa mereka susah. Semoga Allah membantu kita keluar daripada kesusahan-kesusahan yang kita hadapi. 

Pada waktu itu juga, di Mesir makanan yang diperlukan tiada dan nilai wang mereka juga jatuh. Berlaku kemiskinan dan kelaparan merata-rata. Hanya Allah yang tahu betapa kesiannya kita. Dan semua yang dibanggakan tiada gunanya. Kita akan kembali semula seperti permulaan dahulu. Dahulu sahabat-sahabat Nabi miskin. Ramai terpaksa meninggalkan kekayaan mereka di Mekah untuk berhijrah. Mula dari kosong. 

Akan berlaku satu zaman nanti di mana kita akan bermula dari kosong semula. Ingatlah Covid-19 ini di antara yang menyebabkan hilang semua punca. Mungkin kekayaan kita dah tak berguna, kita kembali kepada mengembala kambing, mengendara kuda, kereta dah tak guna, pesawat dah tak pakai. Sekarang ini, pesawat ada tapi tak boleh terbang sebab orang takut nak naik, tak berani keluar.

Sebelum Covid-19, ada terfikir, dahsyatnya manusia sekarang. Sekejap saja ke mana-mana. Seolah-olah tiada batas di antara satu negara dengan negara lain. Walaupun perlu pakai pasport tapi nyatanya begitu bebas kita ke merata dunia. Namun Allah tarik nikmat itu. Sekarang tidak lagi. Satu hari nanti mungkin kenderaan yang kita bawa pun dah tak berguna. Wallahu'alam. Yang penting Rasulullah dah gambarkan yang kita akan bermula daripada awal balik, dari kosong. Balik kepada kehidupan asas dahulu yang tak ada teknologi. Dan ini dipertegaskan lagi sabda Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ فَقَالَ: يُوشِكُ أَهْلُ الْعِرَاقِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ قَفِيزٌ وَلَا دِرْهَمٌ، قُلْنَا: مِنْ أَيْنَ ذَاكَ؟ قَالَ: مِنْ قِبَلِ الْعَجَمِ، يَمْنَعُونَ ذَاكَ، ثُمَّ قَالَ: يُوشِكُ أَهْلُ الشَّأْمِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ دِينَارٌ وَلَا مُدْيٌ، قُلْنَا: مِنْ أَيْنَ ذَاكَ؟ قَالَ: مِنْ قِبَلِ الرُّومِ، ثُمَّ سَكَتَ هُنَيَّةً، ثُمَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي خَلِيفَةٌ يَحْثِي الْمَالَ حَثْيًا، لَا يَعُدُّهُ عَدَدًا» قَالَ قُلْتُ لِأَبِي نَضْرَةَ وَأَبِي الْعَلَاءِ: أَتَرَيَانِ أَنَّهُ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ فَقَالَا: لَا.  

Dari Abu Nadhrah berkata: Kami berada di sisi Jabir bin Abdullah, ia berkata: Hampir sahaja penduduk Iraq tidak akan dibawa masuk kepada mereka sebarang takar makanan mahu pun sekeping dirham. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa ‘Ajam, merekalah yang menahannya. Setelah itu beliau berkata: Hampir sahaja penduduk Syam tidak akan dibawa masuk kepada mereka sekeping dinar mahu pun sebarang takar makanan. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa Rom. Kemudian beliau diam sejenak, lalu berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Akan ada di akhir umatku nanti seorang khalifah yang membahagi harta tanpa menghitungnya." Aku berkata kepada Abu Nadhrah dan Abu al-‘Ala`: Apakah kalian berpendapat dia ialah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz? Kedua-duanya menjawab: Tidak. (Riwayat Muslim)

Musuh-musuh Islam tak bagi kita hantar bantuan. Ini yang terjadi kepada sebahagian kawan-kawan. Nak bagi bantuan kepada Palestin tapi Israel tahan. Nak bagi bantuan kepada Iraq ditahan Amerika dan kuasa Barat. Sama juga kepada Syria. Ketika itu berlakulah kelaparan. Kalau kita rajin baca perkara ini berlaku di Iraq, Syria, Yaman. 

Maka seolah-olah hadis ini 'live' berlaku di zaman kita ini. Tapi kata Rasulullah perkara itu akan berubah. Allah SWT akan munculkan seorang yang menjadi pemimpin umat ini. Mengeluarkan manusia daripada kemiskinan dan kelaparan. Dia mendermakan, membelanjakan hartanya untuk kesejahteraan umat. Siapakah dia ini? Berdasarkan hadis-hadis lain, yang dimaksudkan Khalifah itu adalah Al Mahdi. Di zaman itu juga akan muncul kembali Nabi Isa a.s.

9. Pertikaian Demi Memperebutkan Harta

Ini yang menjadi punca perbalahan manusia. Sebab pembunuhan-pembunuhan. Punca banyak masalah umat akhir zaman ialah berebut harta. Ini penyakit yang membarah di kalangan umat akhir zaman. Bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh adik beradik, jiran, kawan. Sebab harta. Berhati-hati supaya harta bukan menjadi punca pergaduhan, berpecah-belah. Rasulullah pernah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ، تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي أَنْجُو 

“Kiamat tidak akan terjadi sampai al-Furat mengering sehingga muncullah gunung emas. Manusia pun saling bunuh untuk memperebutkannya. Dari setiap seratus orang (yang memperebutkannya), terbunuhlah sembilan puluh sembilan orang. Setiap orang dari mereka mengatakan, ‘Mudah-mudahan akulah orang yang selamat.” (Riwayat Muslim).

Iraq memang menjadi tempat pergaduhan, perebutan, peperangan. Sudah digambarkan Rasulullah. Sungai Eufrat di Iraq yang ternyata menyimpan harta kekayaan yang besar, yang banyak. Di bawahnya ada gunung emas. Adakah dimaksudkan betul-betul emas atau kinayah / kiasan kepada perkara berharga, bernilai yang ada di negeri Iraq ini Wallahualam. 

Yang pastinya disebabkan harta kekayaan, emas dan perak tersebut, manusia akan berperang, bertempur satu sama lain. Adakah ini punca peperangan di Iraq sekarang? Sebahagian pengkaji mengatakan memang inilah puncanya. Amerika mempunyai satelit yang boleh nampak apa yang tersembunyi di dalam tanah Iraq tersebut. Maka mereka menjadikan Iraq sasaran untuk dikuasai. 

Walaupun sekarang ini sudah tiada perang di Iraq, tapi mereka bergaduh sesama mereka. Untuk memudahkan mereka mengaut kekayaan tersebut dan mengambil harta-harta yang ada di Iraq. Rasulullah sudah menyebut hingga nanti 100 orang berperang, satu saja yang selamat. 99 lagi mati. Hingga yang ikut dalam peperangan itu harap dialah yang akan selamat. Ini menunjukkan banyak kematian yang berlaku pada masa itu. Orang akan perang bermati-matian satu sama lain. Untuk apa? Untuk harta kekayaan itu. Untuk emas itu tadi. Di dalam riwayat lain:

عن أبي بن كعب قال: "لا يزال الناس مختلفة أعناقهم في طلب الدنيا سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: يوشك أن ينحسر الفرات عن جبل من ذهب فإذا سمع به الناس ساروا إليه فيقول من عنده لئن تركنا الناس يأخذون منه ليذهبن به كله قال: فيقتتلون عليه فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون

“Dari Ubai bin Ka’ab berkata: Orang-orang terus sibuk mencari dunia. “Hampir saja Furat terbuka dan banyak simpanan emas. Saat mendengarnya, orang-orang menghampirinya lalu orang yang di dekatnya berkata: ‘Bila kita biarkan orang-orang mengambilnya, mereka akan menghabiskan semuanya.” Rasul bersabda: “Mereka berperang kerananya, dari setiap seratus orang, sembilan puluh sembilannya terbunuh.” (Riwayat Muslim)

Orang di Iraq pada masa itu berfikir kalau biar orang ambil, orang akan ambil semua. Jadi apa nak buat? Mereka akhirnya berperang. Sehingga dari 100 orang akan terbunuh 99 orang. Sebab orang yang datang ke Iraq nanti untuk mengambil kekayaan tersebut. Orang Iraq pula akan cuba untuk mempertahankannya. Dia tak nak harta kekayaan Itu hilang. Hadis lain menyatakan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقِيءُ الْأَرْضُ أَفْلَاذَ كَبِدِهَا أَمْثَالَ الْأُس

ْطُوَانِ مِنْ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ فَيَجِيءُ الْقَاتِلُ فَيَقُولُ فِي هَذَا قَتَلْتُ وَيَجِيءُ الْقَاطِعُ فَيَقُولُ فِي هَذَا قَطَعْتُ رَحِمِي وَيَجِيءُ السَّارِقُ فَيَقُولُ فِي هَذَا قُطِعَتْ يَدِي ثُمَّ يَدَعُونَهُ فَلَا يَأْخُذُونَ مِنْهُ شَيْئًا

“Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Kelak bumi akan mamuntahkan kekayaannya yang terpendam seperti gulungan dari emas dan perak lalu akan datang seorang pembunuh lalu berkata, 'Kerana benda inilah aku membunuh.'  Lalu datang pula seorang pencuri lalu berkata, 'Kerana benda inilah tanganku dipotong.' Lalu datang pula orang yang memutuskan tali silaturrahim lalu berkata, 'Kerana benda inilah aku memutuskan tali silaturrahim.' Kemudian mereka semua meninggalkannya begitu saja dan tidak mengambilnya sedikitpun."

Jadi orang memang berlumba-lumba, berkejar-kejar untuk mendapatkannya. Sehingga peperangan begitu dahsyat nanti. Untuk apa? Untuk kekayaan duniawi. Kalau sekiranya kita selamatkan hati kita daripada duniawi, insyaa Allah kita tidak tergoda dengan perkara itu. Biarlah orang berkejar untuk mendapat itu dan ini. 

Kita berkejarlah untuk akhirat. Di akhir zaman ini memang orang berlumba untuk kaya. Tapi ingatlah. Bukan itu sasaran kita. Sasaran kita adalah bahagia akhirat nanti. Dunia ini kita ambil sekadarnya. Apa yang kita perlu, kita dapatkan, kita usahakan. Jangan kita tidak berusaha.


10. Kesan Kerosakan Suasana Akhir Zaman

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita, fitnah-fitnah akan banyak berlaku di akhir zaman nanti. Maka Rasulullah mengingatkan bagaimana kita nak mematahkan fitnah tersebut:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ؛ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

"Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat potongan-potongan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kafir pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia."

Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881)

Maknanya terlalu banyak fitnah hingga kita tak nampak mana yang mana fitnah, mana hakikat benar. Sebab dahsyatnya fitnah itu hingga menyebabkan terjual iman kita. Maka apa caranya pada zaman kita yang fitnah belum begitu dahsyat? Kita jaga dan pertingkatkan amal soleh. Jangan sampai kita leka dan lalai. Mari sama-sama kita memperbaiki diri kita. Hadis lain:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِـي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، اَلْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ وَالْقَائِِمُ خَيْـرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي

"Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan muncul banyak fitnah besar bagaikan malam yang gelap gelita, pada pagi hari seseorang dalam keadaan beriman, dan menjadi kafir di petang hari, di petang hari seseorang dalam keadaan beriman, dan menjadi kafir pada pagi hari. Orang yang duduk saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri saat itu lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan saat itu lebih baik daripada orang yang berlari." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, dan al-Hakim).

Maka berhati-hatilah dalam zaman teknologi yang hebat dan canggih. Boleh terjual iman kita. Kita dapat berita, tapis-tapislah dahulu bolehkah dikongsi. Jangan cepat saja 'share'.

يدرُسُ الإسلامُ كما يدرُسُ وَشيُ الثَّوبِ حتَّى لا يُدرَى ما صيامٌ، ولا صلاةٌ، ولا نسُكٌ، ولا صدَقةٌ، ولَيُسرى على كتابِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ في ليلَةٍ، فلا يبقى في الأرضِ منهُ آيةٌ، وتبقَى طوائفُ منَ النَّاسِ الشَّيخُ الكبيرُ والعجوزُ، يقولونَ: أدرَكْنا آباءَنا على هذِهِ الكلمةِ، لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، فنحنُ نقولُها فقالَ لَهُ صِلةُ: ما تُغني عنهم: لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، وَهُم لا يَدرونَ ما صلاةٌ، ولا صيامٌ، ولا نسُكٌ، ولا صدقةٌ

“Akan hilang warna Islam itu seperti hilangnya warna baju.

Sehingga satu masa orang tak ketahui apa itu puasa, apa itu solat, apa itu ibadat, apa itu sedeqah dan seperti itu juga hilang ayat-ayat Allah sehingga tidak tinggal di muka bumi ini satu ayat pun. Hanya tinggallah beberapa golongan manusia yang dah tua, lelaki dan perempuan. Ketika itu mereka berkata: Kami menemui bapa-bapa kami di atas kalimat “Tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah”, maka kami pun mengucapkannya. Shilah berkata kepadanya: kalimat “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” tidak cukup mereka. Ini kerana, mereka tidak tahu apa itu solat, apa itu puasa, apa itu ibadah dan apa itu sedekah."

Mereka tak faham apa itu " لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ". Tak faham mengapa mereka Islam. Mengapa perlu mengucapkan Syahadah. Ini yang berlaku pada akhir zaman. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita terlindung daripada perkara ini. Antara perkara yang boleh membantu kita adalah dengan mengamalkan Zikir Akhir Zaman ini.

Sunday, 4 October 2020

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Karya: Abu Fatiah Al Adnani - 21.9.2020

Bicara Buku Bicara Santai
Zikir Akhir Zaman (bahagian 5)

Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW

Bahagian ini membincangkan apa yang dikatakan Nabi mengenai akhir zaman. Secara tidak langsung kita telah berada di akhir zaman. Dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW, kita menjadi umat akhir zaman. Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan tiada lagi nabi atau Rasul selepasnya. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.” (Riwayat Muslim)

Pada zaman tabiin, bila mereka memberi kesaksian, ianya sahih dan benar. Jika mereka bersumpah, ianya wujud daripada kebenaran yang disampaikan. 

Tapi akan ada generasi selepas itu, mereka bersumpah tapi sumpahnya bohong. Ada yang mendatangkan saksi tapi saksi itu tipu. Tak dapat pegang sesuatu daripada mereka. Inilah generasi yang sumpah dan kesaksiannya tidak dapat dipegang. 

Generasi sekarang, macam-macam jenis sumpah dibuat tetapi sumpah yang tidak benar. Sumpah yang tidak bersumber keyakinan kepada Allah dan tidak takut dengan sumpah. 

Dahulu sumpah adalah pilihan terakhir seseorang kerana menggunakan nama Allah. Rasulullah sebutkan hilang nilai kesaksian dan sumpah di kalangan manusia.
Dan kata Rasulullah lagi di dalam hadis lain:
اصْبِرُوا، فَإِنَّهُ لاَ يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلَّا الَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ، حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ. سَمِعْتُهُ مِنْ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Bersabarlah, sesungguhnya tidak akan tiba satu masa melainkan masa yang tiba selepas itu lebih teruk, sehinggalah kamu bertemu Tuhanmu. Aku mendengar hal ini daripada Nabi kamu, S.A.W.” (Riwayat Bukhari)

Keadaan makin lebih teruk daripada sebelumnya. Semakin tidak mengikut panduan Allah dan RasulNya, Al Quran dan Sunnah. Semakin jauh. Yang betul-betul berpegang kepada Al Quran dan Sunnah semakin lama semakin sedikit. Kita berharap kita menjadi orang yang sedikit tersebut. 

Yang menghargai kesaksian dan sumpah. Tidak akan memberi kesaksian palsu dan tidak menyampaikan sumpah bohong. Semoga kita selamat sehingga bertemu Allah SWT.

Keadaan akan berterusan makin teruk dan parah hinggalah Zaman Kenabian Kedua. Kembalinya manhaj kenabian yang dibawa Rasulullah SAW. Iaitu zaman kemunculan Imam Mahadi. Menurut hadis-hadis Rasulullah, akan lahir / muncul Al Mahdi dan diikuti kemunculan semula Nabi Isa a.s hingga dunia kembali berada di atas ajaran Rasulullah SAW. Islam dilaksanakan dengan baik pada masa itu. 

Namun selepas itu, akan kembali teruk dan parah hingga tiada orang beriman dan pada masa itu akan berlaku Kiamat Al Kubra (Kiamat yang sebenarnya).

Lagi keadaan akhir zaman yang telah disebutkan Rasulullah SAW:
1. Pudarnya Ilmu Syariat
Mulai hilangnya ilmu agama (syariat). Pada zaman ini akan muncul bermacam-macam ilmu baru: komunikasi, psikologi, IT. Banyak-banyaknya yang tersebar dan berkembang pesat di dunia. 

Tetapi ironinya, ilmu syariat makin lama makin ditinggalkan. Ramai yang tidak peduli. Ia adalah bagai pilihan terakhir, bukan pilihan utama. Dulu yang menjadi alim ulamak adalah orang-orang yang pandai dan cerdik. Sehingga mereka menggabungkan ilmu agama dengan ilmu sains dan melahirkan penemuan-penemuan hebat. 

Sekarang yang dihantar ke sekolah agama, mereka yang dah tak boleh maju di sekolah biasa. Maka yang menjadi alim ulamak ini adalah yang " kelas kedua". Tapi kini nampak orang lebih cenderung ke arah agama terutama di kawasan bandar. Yang menghantar anak ke Tahfiz, dari golongan profesional yang berjaya. 

Yang telah melalui masa menguasai ilmu dunia tetapi kosong dengan ilmu akhirat. Mempunyai perasaan belum cukup lengkap. Cuma sayang tak ada "follow-up" yang menjadikan mereka ini bukan hanya Hafiz dan Hafizah tetapi kalau boleh menjadi alim ulamak, tokoh-tokoh hebat yang menghasilkan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran yang berguna bagi umat manusia. 

Kekurangan ini kita nampak, sistem Sekolah Tahfiz di Malaysia tidak lengkap dan komprehensif. Seharusnya Sekolah Tahfiz dapat melahirkan orang-orang yang bukan hanya menghafal tetapi faham apa yang dihafal dan mempraktisnya.

Sabda Rasulullah lagi:
إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَظْهَرَ الْجَهْلُ وَيَفْشُوَ الزِّنَا وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَذْهَبَ الرِّجَالُ وَتَبْقَى النِّسَاءُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً قَيِّمٌ وَاحِدٌ 
“Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

Di antara tanda akhir zaman adalah akan menjadi sedikit ilmu syariat (ilmu agama, ilmu kenal Allah, ilmu Al Quran, ilmu hukum hakam). Tapi alhamdulillah, kita belum lagi sampai tahap ini. 

Masih ada yang antara kita masih berusaha menutupi kekurangan dan kelemahan ini dengan mendidik anak-anak dan cucu-cucu cintakan ilmu syariat, ilmu Al Quran dan Hadis, Tauhid, Aqidah. Mereka berusaha menjadi orang yang mengetahui dengan baik perkara-perkara ini.

Dan akan berkembang pesat kejahilan (kebodohan dalam bab beragama).
يَعْلَمُوْنَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۖ وَهُمْ عَنِ الْاٰ خِرَةِ هُمْ غٰفِلُوْنَ
"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat."
(Ar-Rum: 7)

Bab dunia - kereta, rumah, semua mereka tahu tetapi mereka tidak ada ilmu akhirat.

Selain itu Rasulullah juga menyebut:
- akan banyak berlaku perzinaan 
- lebih ramai perempuan daripada lelaki sehingga seorang lelaki menguruskan 50 orang perempuan.
Sekarang tiada lagi alasan untuk tidak belajar ilmu agama. Selain sekolah agama dan Tahfiz, banyak program-program mengaji dan kelas-kelas online juga dianjurkan oleh ustaz dan ustazah.

2. Banyaknya berlaku kesyirikan, bida'ah dan aliran sesat
Kesyirikan moden berlaku bukan seperti zaman dahulu: menyembah berhala, membuat sajian untuk pokok, laut dan sungai. Di zaman moden berlaku kesyirikan membesar-besarkan dan mengagungkan tokoh-tokoh manusia.

Mengamalkan perkara-perkara yang bercanggah dan menyebabkan mereka jauh daripada Allah. Menyebabkan mereka tidak merasakan kebesaran Allah, hanya merasakan kebesaran makhluk, kehebatan alam (New Age Movement - usaha membina pemikiran baru yang alam ini yang menjadikan kita kaya, perlu minta pada alam).

Berhati-hati dengan program-program motivasi moden yang digerakkan dengan semangat-semangat berkobar-kobar tetapi tidak mendekatkan kita dengan Allah. Yang kita besarkan dan agungkan ialah diri kita. "Aku boleh!" "Aku hebat!" "Aku berkeupayaan!" Ini syirik moden yang menyebabkan orang tidak yakin pada kebesaran Allah. Dia yakin kebesaran dirinya dan kehebatan usahanya.

Muncul juga bida'ah-bida'ah baru seperti cara berdoa. Aliran-aliran sesat juga makin banyak muncul. Generasi berusia tidak dapat memahami pemikiran generasi muda kerana mereka bercakap dengan bahasa tersendiri. 

Cara komunikasi sesama mereka yang generasi tua tak faham. Dan di sebalik itu ada ajaran-ajaran sesat, pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan agama yang menyebabkan mereka makin jauh daripada Allah. Dunia makin dipentingkan dan akhirat diabaikan.

Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَلْحَقَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي بِالْمُشْرِكِينَ، وَحَتَّى يَعْبُدُوا اْلأَوْثَانَ، وَإِنَّهُ سَيَكُونُ فِي أُمَّتِيْ ثَلاَثُوْنَ كَذَّابُونَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ، وَأَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّيْنَ، لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ.
"Kiamat tidak akan terjadi hingga suku-suku dari umatku bergabung dengan orang-orang musyrik dan hingga mereka menyembah berhala. Di tengah umatku kelak akan ada 30 pendusta, masing-masing mengaku sebagai nabi, padahal aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi sesudahku.” (HR.Abu Dawud dan Tirmidzi)

Dengan terang dan jelas Rasulullah SAW telah mengatakan dia adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah SWT. Tetapi munculnya "nabi-nabi" palsu yang ramai pengikutnya yang percaya kepadanya. Ini fitnah dan ujian akhir zaman. 

Maka belajarlah agama elok-elok. Jangan rasa berat belajar ilmu agama. Kuncinya bahasa Arab. Jika tidak faham bahasa Arab kita hanya mengikut sahaja. Semoga generasi muda juga masih berminat mempelajari dan mendalami ilmu agama.

Hadis Rasulullah SAW lagi:
لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلاَثِينَ، كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللهِ. “
Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan ‘dajjal-dajjal’ (para pendusta) yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahawa mereka adalah utusan Allah.”

3. Kemungkaran Bermaharajalela
Hadis Rasulullah:
سَيَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ خَسْفٌ ، وَقَذْفٌ ، وَمَسْخٌ ” ، قِيلَ : وَمَتَى ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” إِذَا ظَهَرَتِ الْمَعَازِفُ وَالْقَيْنَاتُ ، وَاسْتُحِلَّتِ الْخَمْرُ
“Pada umat ini akan terjadi (di akhir zaman) penenggelaman bumi, hujan batu dan pengubahan rupa. Ada seorang dari kaum muslimin yang bertanya, bilakah peristiwa itu akan terjadi? Beliau menjawab, ” Apabila muzik dan biduanita telah maharajalela dan khamr (arak) telah dianggap halal. (Riwayat Bukhari)

Penenggelaman ke dalam bumi ini mungkin disebabkan gempa besar yang berlaku lalu runtuh. Seperti berlakunya tsunami yang menenggelamkan satu kampung.

Hujan batu mungkin bermaksud berlaku bencana besar dari langit.
Pengubahan wajah, sekarang ni banyak orang yang cucuk Botox untuk tampak lebih cantik. 
Ia akan berlaku apabila orang lebih cenderung menjadi penyanyi dan pemuzik daripada belajar ilmu agama atau sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Dan apabila arak telah diminum secara meluas.

Ini menjadi asbab berlakunya bencana besar ke atas umat. Ini petanda-petanda akan dekatnya berlaku penenggelaman, hujan batu dan pengubahan wajah manusia itu.

Hadis Rasulullah dari Abu Malik Al Asy'ari RA:
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ، وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ، يَأْتِيهِمْ يَعْنِي -الْفَقِيرَ- لِحَاجَةٍ فَيَقُولُونَ: ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا، فَيُبَيِّتُهُمُ اللهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ وَيَمْسَخُ آخَرِيْـنَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. 
“Akan datang pada umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr (minuman keras) dan alat muzik, dan sungguh akan menetap beberapa kaum di sisi gunung, di mana (para pengembala) akan datang kepada mereka dengan membawa gembalaannya, datang kepada mereka -yakni si fakir- untuk sebuah keperluan, lalu mereka berkata, ‘Kembalilah kepada kami esok hari.’ Kemudian Allah menghancurkan mereka pada malam hari, menghancurkan gunung dan merubah sebagian mereka menjadi kera dan babi sampai hari Kiamat.”

Muzik pada asasnya adalah haram kecuali jenis-jenis tertentu.
Membuat rumah di sisi gunung susah tapi disukai kerana nampak pemandangan cantik. Tetapi kemewahan dan keseronokan hidup itu tidak diiringi rasa kesyukuran dan amal soleh.

Kekayaan dan kemewahan tersebut menyebabkan mereka bakhil dan kedekut. Bila ada orang meminta sedekah, bantuan atau pertolongan, mereka tunda. Ini tanda akhir zaman. Dan Allah SWT menghancurkan mereka malam itu juga. Jangan menunda-nunda sedekah, memberi bantuan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau malam nanti. Mungkin Allah datangkan musibah, musnah semua. 

Kita tak dapat memberi manfaat kepada orang-orang sekeliling kita dan kita juga tak dapat manfaat daripada harta kita itu. Maka, segerakanlah dalam memberi bantuan dan sedekah.
Hadis Rasulullah SAW:
والذي نفسي بيده ، لا تفنى هذه الأمة حتى يقوم الرجل على المرأة فيفترشها في الطريق ، فيكون خيارهم يومئذ من يقول : لو واريتها خلف هذا الحائط
”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak akan hancur umat ini hingga kaum lelaki mendatangi kaum wanita, lalu dia menyetubuhinya di jalan. Orang yang paling baik di antara mereka saat itu berkata, ’Seandainya engkau melakukannya di belakang tembok ini.’”

Itulah iman yang paling kuat pada waktu itu. Majoriti yang lain tidak kisah, buatlah apa yang nak buat asalkan bukan pada keluargaku. Mungkin dia juga buat perkara yang sama hingga dah tak kisah. Tak mau menegur kemungkaran dan kabatilan yang ada di depan mereka. Mereka redha seperti itu saja. 

Pada akhir zaman, maksiat bermaharajalela.
Rasulullah mengingatkan kita: 
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ 
"Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman." (Riwayat Muslim) 

4. Amal Soleh Merosot Tajam
Makin lama, makin berkurang, makin teruk. Sekarang juga sudah terasa. Kita lebih sibuk dengan telefon, gajet dan lupa untuk beribadah, membaca Al Quran, berzikir, bersolat fardu dan sunat. Nauzubillahi min zalik.
Bagi yang mendengar perkara ini, mari kita perbaiki diri kita sama-sama. Agar meluangkan masa untuk beramal soleh dan beribadah kepada Allah SWT, bantu dan tolong orang lain.
Rasulullah bersabda:
يتقارب الزمان، ويُقْبَضُ العِلمُ، وتظهر الفتنُ، ويُلْقَى الشُّحُّ، ويَكثُرُ الهَرْجُ))، قالوا: وما الهَرْجُ؟ قال: القتل

“Waktu akan menjadi dekat, ilmu dicabut, aneka fitnah bermunculan, kekikiran merebak dan al-harju kian banyak.” Mereka berkata, “Apa yang dimaksud dengan al-harju?” beliau bersabda, “Pembunuhan.” (HR. Al-Bukhari Muslim)

Fenomena akhir zaman, dirasakan waktu cepat berlalu. Baru pagi dah petang. Baru petang dah tengah malam. Baru hari ini dah esok. Baru minggu ini dah minggu depan. Baru bulan ini dah bulan depan. Dah habis tahun.

Amal soleh orang pada waktu ini, makin berkurang. Sebenarnya masa dirasa berlalu pantas kerana kita buat perkara lagha. Kalau mengaji 15 minit dibandingkan dengan menonton TV 15 minit, yang mana rasa lama, yang mana yang cepat? Pasti mengaji 15 minit itu rasa lama. Menonton 15 minit rasa cepat. Masa tidak isi dengan amal soleh. Isilah masa dengan amal soleh bermula dari bangun Subuh, mengaji, zikir, solat Dhuha, majlis ilmu, bantu orang. Isilah, barulah rasa masa berjalan perlahan.

Waktu itu juga akan ramai orang kedekut, bakhil, tidak menderma ke jalan Allah. Simpan untuk diri sendiri dan perkara lagha. Dan akan banyak berlaku pembunuhan. Dalam riwayat lain Rasulullah berkata:
إِنَّ أَمَامَ الدَّجَّالِ سِنِينَ خَدَّاعَةً يُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيَتَكَلَّمُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ الْفُوَيْسِقُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Sesungguhnya sebelum datangnya Dajjal akan ada tahun-tahun penuh tipu daya, dimana orang-orang jujur didustakan dan para pendusta dibenarkan, orang-orang yang dapat dipercaya dikhianati, orang-orang yang berkhianat dipercaya, dan berbicaralah pada saat itu Ar-Ruwaibidhah. Dikatakan “apa itu Ar-Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab “orang-orang fasiq yang berbicara tentang urusan orang banyak.” (HR: Ahmad).

Zaman terbalik. Orang buat kerja dengan baik dan amanah, dikatakan pengkhianat. Dan akan ramai orang bercakap tentang urusan orang awam - politik, pendidikan, ekonomi, agama, hukum-hakam. Sedangkan mereka tidak ada ilmu mengenai perkara tersebut. 

Ruwaibidah. Ini penyakit umat akhir zaman terutama dengan teknologi media sosial sekarang. Makin terzahir apa yang dinyatakan Rasulullah. Ramainya orang bercakap tentang Islam sedangkan bukan bidang mereka. Berhati-hatilah. Serahkan kepada yang arif dalam bidang mereka. 

Ia boleh menyebabkan mudharat. Bergaduh sesama kita, tuduh-menuduh, kutuk-mengutuk. Ini bukan cara yang diajar Rasulullah.
Di dalam hadis lain, Rasulullah berkata:
"Hampir datang satu zaman, di mana manusia disaring dengan ketat hingga hanya menyisakan manusia sampah."

Orang baik, Allah SWT matikan cepat. Meninggal orang-orang alim, soleh, dermawan. Hingga tinggal orang-orang yang bodoh dan jahil sahaja. Semoga kita terhindar dari golongan yang tinggal (dianggap sampah manusia). 

Masyarakat yang tidak menunaikan amanah, banyak berselisih, bergaduh, berpecah, bertengkar sesama mereka. Sekarang ini ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak juga demikian. Tidak boleh duduk sama-sama. Ukhwah yang mahal itu semakin hilang di kalangan masyarakat.

Percayalah dengan yakin, kita sudah di akhir zaman. Perkasakan zikir kita. Perkasakan amal soleh kita. Perkasakan doa kita. Itulah senjata yang paling dahsyat dan hebat daripada senjata nuklear.

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

 Bicara Buku Bicara Santai

Zikir Akhir Zaman (bahagian 4)

Karya: Abu Fatiah Al Adnani


Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa dahsyatnya kuasa zikir dan doa dalam menghadapi wabak, bala bencana dan musibah. Hendaklah seorang mukmin yakin doa itu satu senjata yang ampuh, kuat dan mujarab untuk menghadapi apa pun masalah dalam kehidupan. Jangan lupa, Allah datangkan masalah atau ujian untuk kita berdoa. 

Dengan doa, kita akan dekat dengan Allah SWT. Allah amat suka melihat hamba-hambanya meminta dan memohon kepadanya. Jangan segan atau takut untuk berdoa kepada Allah SWT sebab doa itu merupakan sesuatu yang penting dalam hidup kita dan ia sendiri adalah ibadah. Maka jangan abaikan doa. Buku ini mengajak kita menghayati kesan-kesan dan kehebatan doa.

Perbincangan selanjutnya mengenai dahsyatnya zikir dan doa dalam menghadapi bencana dengan mengambil pengajaran dari kisah Nabi Yunus as. Nabi Yunus antara nabi yang mulia di sisi Allah SWT. Tetapi dia juga menghadapi perkara-perkara yang tidak disangka. Nyata Allah SWT mengujinya dengan ujian-ujian yang menyebabkan dia rasa tidak mampu dihadapi lalu melarikan diri.

A. Negeri mukmin yang unik dan langka (jarang jumpa)

Pada asasnya manusia sejak Nabi Adam as, bermula dengan iman dahulu. Maksudnya mereka sama-sama mempertuhankan Allah yang satu. Mereka mempunyai Tauhid yang jelas dan nyata pada Allah SWT. Namun daripada Tauhid yang murni tersebut, mereka dipengaruhi oleh Syaitan dan Iblis. Sehingga mereka menyimpang daripada Tauhid itu. Mereka jauh daripada panduan agama yang sahih dan benar yang dibawa oleh Nabi Adam. Maka berlakulah penyelewengan hingga zaman Nabi Nuh a.s.

Nabi Nuh a.s berdakwah kepada kaumnya yang mana kaumnya itu majoritinya kafir kecuali Nabi Nuh dan beberapa pengikutnya. Jumlah mereka lebih kurang 83 orang sahaja. Ini sahaja orang yang beriman pada masa itu. Nabi Nuh berdakwah bertahun-tahun kepada kaumnya. Lebih kurang 950 tahun. Usia Nabi Nuh lebih dari seribu tahun menurut ulamak. Hingga ke satu tahap, Nabi Nuh telah tidak mampu berdakwah kepada kaumnya dan mereka semakin teruk dan dahsyat. Hingga Nabi Nuh berdoa kepada Allah: 

وَ قَا لَ نُوْحٌ رَّبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْاَ رْضِ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ دَيَّا رًا

"Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!"(Nuh: 26)

اِنَّكَ اِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوْا عِبَا دَكَ وَلَا يَلِدُوْۤا اِلَّا فَا جِرًا كَفَّا رًا

"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar." (Nuh: 27)

Nabi Nuh as meminta Allah lenyapkan semua orang kafir dari muka bumi pada masa itu. Dan Nabi Nuh berdoa lagi:

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِـوَا لِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَّلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَا لْمُؤْمِنٰتِ ۗ وَلَا تَزِدِ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا تَبَا رًا

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" (Nuh: 28)

Kerana dia sedar dia juga ada kelemahan, maka dia memohon ampun kepada Allah. Kerana isteri dan anaknya sendiri juga tidak beriman maka dia mensyaratkan hanya kepada orang yang beriman. Inilah kemuncak apa yang ada dalam hati Nabi Nuh menghadapi kaumnya yang begitu teruk dan parah. Jadi sampai pada satu tahap, Allah binasakan semua orang kafir. Maka tinggallah Nabi Nuh dan kaumnya yang beriman sahaja.

Dalam sejarah manusia ada dua fasa di mana tiada orang kafir:

1. Zaman awal Nabi Adam as

2. Selepas banjir besar yang melanda bumi. Ini satu-satunya banjir yang meliputi seluruh dunia pada waktu itu.

Zaman selepas banjir besar, majoritinya orang Islam. Menurut penulis, untuk mendapatkan bumi ini kosong daripada orang kafir adalah susah dan untuk mendapatkan satu kaum yang semuanya beriman juga susah. Pasti akan ada yang beriman dan yang kafir. Itu sudah Sunatullah. 

Tapi ada berlaku perkara yang unik dan langka iaitu satu kaum yang semuanya kafir berubah semuanya beriman. Kaum manakah? Itulah kaum Nabi Yunus a.s. Awalnya mereka kufur dan ingkar kepada dakwah Nabi Yunus a.s tetapi Allah datangkan musibah dan tanda-tanda azab kepada mereka. Pada ketika itu mereka teringat kepada Nabi Yunus dan mereka sedar lalu bertaubat akhirnya Allah SWT angkat azab daripada mereka:

فَلَوْلَا كَا نَتْ قَرْيَةٌ اٰمَنَتْ فَنَفَعَهَاۤ اِيْمَا نُهَاۤ اِلَّا قَوْمَ يُوْنُسَ ۗ لَمَّاۤ اٰمَنُوْا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَا بَ الْخِزْيِ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنٰهُمْ اِلٰى حِيْنٍ

"(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan)." (Yunus: 98)

Ini perkara jarang ditemui. Namun di sebalik peristiwa ini ada peristiwa yang sedih. Bagaimana peristiwa mereka ini berubah? Ketika Nabi Yunus a.s putus asa dengan dakwah kepada kaumnya. Sudah puas disampaikan agama Allah kepada mereka tetapi mereka masih lagi cenderung kepada kekafiran. Mereka masih lagi menyekutukan Allah. Mereka menyembah berhala-berhala dan lebih meyakini kekuatan yang lain selain Allah sendiri. 

Sehingga Nabi Yunus putus asa. Nabi Yunus marah dan geram dengan sambutan mereka sehingga Nabi Yunus meninggalkan negerinya dengan menaiki sebuah kapal yang sarat.

وَاِ نَّ يُوْنُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ ۗ 

"Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus."

(As-Saffat: 139)


اِذْ اَبَقَ اِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُوْنِ ۙ 

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat."

(As-Saffat: 140)


فَسَاهَمَ فَكَا نَ مِنَ الْمُدْحَضِيْنَ ۚ 

"(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut)."

(As-Saffat: 141)


فَا لْتَقَمَهُ الْحُوْتُ وَهُوَ مُلِيْمٌ

"Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak."

(As-Saffat: 142)

Sebelum meninggalkan mereka, Nabi Yunus berpesan kepada kaumnya, "Kalau kamu tidak berubah juga dalam tiga hari, selepas itu kamu akan didatangi azab Allah SWT." Mereka tidak mempercayai kata-kata Nabi Yunus a.s. Maka selama 3 hari tersebut, mereka berpesta, berseronok sesuka hati. Pada hari keempat, nampak perubahan di negeri mereka. Dari jauh kelihatan awan yang gelap dan hitam menyelubungi dari pelbagai penjuru. Ia mula menyelimuti negeri mereka itu. Matahari mulai tertutup. Pada hari kelima, datang angin yang kuat. Pada ketika itu mereka ke kuil-kuil dan rumah-rumah ibadat mereka menyajikan makanan kepada "tuhan-tuhan" mereka supaya dapat menolong mereka. Tetapi keadaan tidak berubah. Mereka berkata, "Inilah yang dikatakan Yunus. Nampaknya apa yang disampaikan Yunus itu betul. Azab yang akan datang, nampak betul." Masuk hari keenam, keadaan makin parah. 

Maka mereka bermesyuarat, berkumpul sesama mereka. Ketika itu mereka merasa apa yang dibawa Nabi Yunus a.s adalah benar dan sepakat untuk bertaubat kepada Allah SWT. Sepakat meninggalkan sembahan-sembahan mereka sebelum ini. Lalu mereka ikut apa yang dibawa Nabi Yunus a.s. Mereka bertaubat, beristighfar, memohon Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan mereka yakin dengan Allah sahaja pada waktu itu. Pada hari ketujuh, selepas bertaubat sedikit demi sedikit, tanda-tanda azab itu diangkat oleh Allah SWT. Angin kencang semakin perlahan. Awan hitam mulai hilang. Cahaya matahari kembali. Ketika itu mereka sangat bersyukur bahawa azab yang hendak didatangkan Allah kepada mereka diangkat dan mereka sangat berharap dapat berjumpa Nabi Yunus a.s. Mereka mencari Nabi Yunus tetapi baginda telah menaiki kapal dan pergi berlayar.

Nabi Yunus a.s ketika dalam pelayaran pada mulanya, tiada apa yang berlaku. Tetapi apabila semakin jauh dari daratan, datang ombak besar. Matahari terang tetapi ombak sangat besar hingga menggoncangkan kapal. Kebetulan kapal itu penuh dengan penumpang dan barang-barang. Kapten kapal itu bermesyuarat dengan krunya. Maka kata mereka, buatlah undian. Mungkin ada sebahagian dari kita yang perlu dibuang sama ada barang ataupun orang. Jika tidak semuanya akan tenggelam. Maka dibuatlah undian.

Nabi Yunus turut di dalam undian tersebut. Nama Nabi Yunus yang keluar di dalam undian itu. Orang-orang di atas kapal itu berasa segan dengan Nabi Yunus kerana dia kelihatan seorang yang berakhlak, warak, tidak pernah kacau orang, sentiasa bertasbih menyebut nama Allah. 

Takkanlah dia yang nak dicampak ke laut? Maka akhirnya mereka bersetuju untuk mengundi lagi. "Kasihan lelaki ini (Nabi Yunus a.s) jika dia yang dicampak kerana dia orang yang baik." Tetapi nama Nabi Yunus juga yang naik. Hingga kali ketiga namanya keluar, Nabi Yunus akur, "Inilah ketentuan Allah buat saya. Maka campaklah saya ke laut ini." Pada ketika itu Nabi Yunus sudah merasakan ada sesuatu perkara yang Allah SWT tidak suka dan tidak redha. 

Maka Nabi Yunus pun dicampak ke laut. Ketika itu, ombak kembali tenang, kapal kembali berlayar dengan mudah. Dan Nabi Yunus disambut oleh ikan Nun (Nabi Yunus digelar Dzun Nun). Maka, Nabi Yunus masuk ke dalam perut ikan tersebut tetapi Allah SWT, mentakdirkan ikan itu tidak memakannya atau menghancurkan badannya. Ia hanya menjadi penjara kepada Nabi Yunus. Pada ketika itu, Nabi Yunus bersujud di dalam perut ikan itu dan memohon keampunan Allah SWT. 

Berapa lama Nabi Yunus di dalam perut ikan Nun itu? Pandangan ulamak berbeza-beza. Ada pendapat yang mengatakan:

1. 40 hari (Anas bin Malik, Ka'ab bin Malik, Ibnu Juraij)

2. 20 hari (ulamak tafsir Adh Dhahhak)

3. 7 hari (Said bin Jubair)

4. 3 hari (Mujahid dan Qatadah)

5. 1 hari - ditelan waktu pagi, petang dikeluarkan (As Sya'bi)

Majoritinya berpendapat Nabi Yunus berada dalam perut ikan selama 40 hari.


B. Tasbih dari Kedalaman Samudera

Bagaimana Nabi Yunus a.s boleh bertahan 40 hari, 40 malam di dalam perut ikan? Inilah takdir Allah dan rahsia yang menyebabkan Nabi Yunus boleh bertahan adalah pada zikir. Allah SWT memberi ilham kepada Nabi Yunus untuk bertasbih di kedalaman samudera. Dalam perut ikan Nun itu, dia bertasbih, bersolat. Ungkapan tasbih ini terkenal:

لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

Allah merakamkannya dalam Al Quran:

وَ ذَا النُّوْنِ اِذْ ذَّهَبَ مُغَا ضِبًا فَظَنَّ اَنْ لَّنْ نَّـقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَا دٰى فِى الظُّلُمٰتِ اَنْ لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ ۚ 

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." (Al-Anbiya: 87)

Nabi Yunus a.s marah terhadap kaumnya yang tidak seorang pun sudi menyahut dakwahnya. Sedangkan dia telah berdakwah bertahun-tahun. Lalu dia tinggalkan kaumnya tersebut. 

Pada waktu itu, Nabi Yunus menyangka Allah tidak akan menghukumnya. Dia tidak berdoa memberitahu Allah yang dia sudah tiada daya menghadapi kaumnya, memohon kebenaran meninggalkan kaumnya. 

Tapi dia tinggalkan begitu sahaja hinggalah Allah menghukumnya dengan memasukkannya ke dalam perut ikan itu. Maka Nabi Yunus a.s menyeru Allah SWT dalam kegelapan.

- Majoriti ulamak tafsir menjelaskan berdoa dalam kegelapan ini maksudnya:

1. Kegelapan perut ikan tersebut

2. Kegelapan dasar lautan yang dalam

3. Kegelapan malam

Ini pendapat Said bin Jubair, Qatadah dan majoriti ulamak tafsir.

Ada pendapat mengatakan kegelapan itu maksudnya Nabi Yunus di dalam perut ikan dan ikan itu pula ditelan ikan yang lebih besar di dasar laut yang gelap. Ini pendapat Salim bin Abi Ja'at.

Dan ada pendapat menyatakan Nabi Yunus berdoa dari usus besar ikan tersebut dalam perut ikan yang gelap di dalam lautan yang gelap. Ini pendapat Ibnu Said.

Nabi Yunus a.s tetap berzikir seperti lazimnya dia berzikir sebelum itu:

لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

Yakinnya Nabi Yunus, Allah Maha Suci. Dia tidak meletakkan berlakunya kekafiran kaumnya itu melainkan ada kebaikan dan hikmah. Semuanya di atas kelemahannya.

- Menurut ulamak, doa Nabi Yunus itu ada tiga elemen penting:

1. Kalimah toyyiba - tahlil لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ

2. Tasbih - سُبْحٰنَكَ

3. Istighfar memohon ampun dengan menyebut - اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

Pada awalnya taubat adalah menyedari kekurangan dan kesalahan kita. Maka dalam zikir Nabi Yunus ada 3 perkara hebat ini.

Apa yang berlaku ketika Nabi Yunus berzikir dengan doa ini? Riwayat (Imam Ibnu Jarir Ath Thabari, Ibnu Abi Hatim dan Al Bazzar) menyatakan, doa Nabi Yunus di perut ikan ini naik ke langit. Terdengar ke langit hingga mencapai 'Arasy. 

Para malaikat bertanya-tanya "Wahai Allah, ini ada satu suara doa yang lemah tapi seperti biasa didengar, tapi bukan dari tempat biasa, dari negeri yang sangat asing dan jauh sekali. Tidak dapat mengecam dari mana."

- Jika kita selalu berdoa, para malaikat turut mengaminkan doanya. Siapa yang malas berdoa, malaikat juga tidak perasan dirinya.

Allah bertanya kepada malaikat, "Tidakkah kamu tahu pemilik suara ini? Tidakkah kamu ingat suara yang sering kamu dengar ini?"

"Suara siapakah ini, Ya Allah?"

Allah berkata, "HambaKu Yunus. Dia telah melakukan satu dosa pada Aku. Maka Aku menahannya dalam perut ikan paus di dalam lautan."

Satu dosa dilakukan Nabi Yunus akibatnya dia dihumban dalam perut ikan. Bagaimana manusia lain? Kita perlu ingat, jika kita berdosa dan langsung Allah tunjukkan kesan dosa kita, Allah tegur kita dengan berlakunya sesuatu, itu tandanya Allah sayang kita. Dengan syarat dengan teguran itu kita ingat lalu kita insaf. 

Jangan sampai kita buat banyak dosa tapi Allah tak tunjukkan kesannya. Dengan dosa kita itu, kita semakin senang, buat seperti tak ada apa-apa dalam hidup kita, itu tanda Allah tidak sayang pada kita. Nabi Yunus orang yang paling baik pada zamannya, yang dikasihi Allah SWT, bila dia buat silap, lari dari tugas dan tanggungjawab, Allah langsung hukumnya. 

Ketika malaikat diberitahu itu Nabi Yunus yang dihukum Allah disebabkan dosanya. Para malaikat berkata, "Oh hambaMu Ya Allah. Yang siang dan malam sentiasa terangkat kehadratMu amal solehnya dan doanya mustajab. Dia kan seorang yang rajin berdoa, orang yang rajin solat dan beramal soleh. Kenapa Engkau biarkan dia dihukum sebegitu?"

Para malaikat berkata, "Ya Allah, tidakkah Engkau menyelamatkannya dari bencana ini dengan perantaraan amal soleh yang biasa dilakukan saat dia dalam lapang?" 

Ini menunjukkan beramal di masa senang menjadi asbab untuk kita dibantu oleh malaikat dan diangkat Allah dari kesusahan melalui amal soleh kita semasa senang. Jadi semasa sihat, tak ada apa-apa, rajin-rajinlah berzikir, baca Quran, hadir majlis ilmu, memgamal amal kebaikan, bersedekah. Sebagai persediaan zaman susah. Agar boleh disebut kepada Allah nanti. Bertawassul dengan amal soleh adalah antara tawassul syar'ie, yang dibenarkan Allah SWT.

Allah SWT berkata kepada malaikat, "Tentu Aku akan selamatkan dia. Aku akan keluarkan dia dari kesusahan ini. Tapi takdir Aku menyatakan dia perlu masuk perut ikan ini dahulu. Biar dia tahu kesalahan dan kelemahannya dulu."

Maka berdoalah Nabi Yunus a.s selama dia berada di dalam perut ikan, tidak berhenti-henti. Doa dan zikir inilah yang menjadi makanan Nabi Yunus a.s pada waktu itu. Yang menyebabkan dia bertenaga dan mempunyai kekuatan.

- Zikir dan doa ini sangat bagus untuk menguatkan tubuh badan dan kesihatan kita. Di akhir zaman, akan datang satu masa di mana Bumi ini akan berada dalam kegelapan. Pada waktu berlakunya satu letupan besar yang menyebabkan asap tebal meliputi Bumi nanti. Pada masa itu kita tidak ada kemampuan mencari makanan, tidak ada kekuatan sebab keadaan gelap gelita (فِى الظُّلُمٰتِ). Sebagai panduan, apabila berlaku perkara itu, zikir apa yang perlu diamalkan? Zikir Nabi Yunus a.s: 

لَّاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Berkat zikir dan doa Nabi Yunus itu, Allah SWT selamatkan Nabi Yunus. Ikan itu rasa tidak selesa dengan adanya sesuatu di dalam perutnya, yang tak lagi dia mampu lumatkan dan makan hingga habis. Ini menyebabkan ikan itu hendak muntahkannya. Ditakdirkan Allah ikan paus ini merapatkan diri ke pantai lalu ia muntahkan Nabi Yunus a.s, yang berada dalam keadaan lemah selepas beberapa hari tidak makan dan minum. Pantai itu pula kering-kontang, tak ada apa-apa. Ketika itu Allah SWT dengan kuasanya tumbuhkan dekat dengan Nabi Yunus sejenis tumbuhan yang menjalar.

فَنَبَذْنٰهُ بِا لْعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيْمٌ ۚ 

"Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit."

(As-Saffat: 145)

وَاَ نْۢبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّنْ يَّقْطِيْنٍ ۚ 

"Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar." (As-Saffat: 146)

وَاَ رْسَلْنٰهُ اِلٰى مِائَةِ اَلْفٍ اَوْ يَزِيْدُوْنَ ۚ 

"Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih."

(As-Saffat: 147)

فَاٰ مَنُوْا فَمَتَّعْنٰهُمْ اِلٰى حِيْنٍ ۗ 

"(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing)." (As-Saffat: 148)

Kaumnya yang tidak mahu beriman sudah berubah bahkan berganda. Jadi ujian yang dilalui Nabi Yunus adalah untuk Allah beri dia sesuatu yang hebat selepas itu. Jangan lupa Allah tidak datangkan kepada kita ujian yang dahsyat melainkan Allah nak bagi sesuatu yang hebat. 

Nabi Yunus dicampak ke dalam perut ikan Nun itu untuk diutus kembali kepada kaumnya yang ketika itu sudah ramai. 100 ribu orang pada zaman itu jumlah yang sangat ramai. Ke manakah Nabi Yunus diutus itu? Majoriti ulamak mengatakan dia diutus kembali kepada kaumnya. Kembali ke negerinya semula iaitu negeri Ninawa yang terletak di Mosul, Syria. 

Pada awalnya negeri itu kufur tapi Allah SWT jadikan mereka beriman. Tetapi, setelah drama yang amat dahsyat, proses keimanan mereka tersebut. Kita perlu yakin jika Allah berkehendak itulah jadinya. Jangan putus asa dalam berdakwah, dalam perjuangan. 

Kehebatan doa dan zikir. Ini yang ditekankan dalam kelas ini. Bahawasanya kalau Nabi Yunus diselamatkan Allah daripada situasi yang sangat kritikal, sangat hebat dan dahsyat, rahsianya pada zikir dan doa tadi. Dalam Surah Al Anbiya, selepas disebut kisah Nabi Yunus yang diselamatkan Allah SWT itu, Allah berkata:

فَا سْتَجَبْنَا لَهٗ ۙ وَنَجَّيْنٰهُ مِنَ الْـغَمِّ ۗ وَكَذٰلِكَ نُـنْجِى الْمُؤْمِنِيْنَ

"Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)." (Al-Anbiya: 88)

Seorang ulamak mengulas ayat ini, katanya ini kaedah, undang-undang yang perlu diikuti. Sekiranya Allah makbulkan doa Nabi Yunus a.s dan dikeluarkan dari kesusahan, demikian juga bagi orang-orang beriman. Allah akan selamatkannya, keluarkannya dari kesusahan tersebut. Ini dipertegaskan dalam hadis Rasulullah SAW tentang kehebatan zikir dan doa yang diamalkan Nabi Yunus ini: Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)]. Juga diriwayatkan oleh Nasaie, Imam Ahmad dan Hakim Baihaqi.

Kalau berada dalam kesusahan dan dibaca doa ini, insyaa Allah, Allah angkat dari kesusahan itu. Allah akan selamatkan. Ini jaminan Rasulullah.

Di dalam hadis Rasulullah yang lain:

الا أخبركم بشىء إذا نزل برجل منكم كرب، أو بلاء من بلايا الدنيا دعا به يفرج عنه؟ فقيل له: بلى، فقال: "دعاء ذي النون: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين.

“Tak mahukah kamu aku beritahu tentang satu doa yang apabila kamu ditimpa kesusahan atau apa-apa bencana dunia, lalu kamu berdoa dengannya, kamu terus terlepas dari kesusahan dan bencana yang menimpamu itu?” Jawab para sahabat. “Tentulah (kami) mahu.” Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Itulah doa Dzun Nun (Nabi Yunus a.s.): 

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالين."

Umat akhir zaman mesti tahu doa ini dan beramal dengannya. Jangan tinggalkannya. Jadikanlah ia wirid.

Wirid Zikir Akhir Zaman

 Wirid Zikir Akhir Zaman


أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ حْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ، ‏‏‏‏‏‏وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي، ‏‏‏‏‏‏وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرِيقِ، ‏‏‏‏‏‏وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ، ‏‏‏‏‏‏وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا، ‏‏‏‏‏‏وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

 لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, الَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

اَللّٰهُمَّ إنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ

بِسْمِ اللَّهِ (3x) ,أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ (7x)

أعوذ بعزة الله وقدرته وسلطانه من شر ما أجد وَأُحَاذِرُ

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ و أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

إنِّي عَبْدُكَ ، ابْنُ عَبْدِكَ ، ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضِ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَاَبِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ، وَ نُورَ صَدْرِي ، وَ جَلاءَ حُزْنِي ، وَ ذَهَابَ هَمِّي , يَا اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

اللهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرّ

اللهم إني أسألك الهدى، والتقى، والعفاف، والغنى‏

‏‏اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك‏ 

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ , وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا ، قَابِلِيهَا ، وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا, يَا اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ

اللَّهُمَّ اكْفَْنَا بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ ْوَأَغْنِْنَا بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكْ

اللهم إني أسألك الهدى، والتقى، والعفاف، والغنى‏

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا، وَأَبْصَارِنَا، وَقُوَّاتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا

اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي اللَّهُمَّ وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لاَ يَنْفَدُ وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لاَ تَنْقَطِعُ وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بَعْدَ الْقَضَاءِ وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ‏

وَصَلَّى اللهَُ عَلَى سَيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ وعلى آله وصحبه أجمعين


BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...