Bicara Buku Santai 6, 22 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Fiqh Tarbiyah Al-Awlad Wa Ta'ifah Min Nasa'ih Al-Atibba', karya Syeikh Mustafa Ibn Al-Adawi 15.05.2020
Nota Perkongsian Hari 22 Ramadhan (15.05.2020)
Bicara Buku Santai 6
Tema: Kitab Fiqh Tarbiyah Al-Awlad Wa Ta'ifah Min Nasa'ih Al-Atibba', karya Syeikh Mustafa Ibn Al-Adawi
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Kitab ini adalah kitab yang bagus membincangkan tentang pendidikan atau tarbiah anak.
Anak-anak adalah aset ibu bapa yang amat berharga. Mereka adalah salah satu sumber kebahagian mereka. Anak-anak yang dididik dengan tarbiah yang baik, akan menjadi "Quratu ain" ibu bapa atau penyejuk hati mereka.
Oleh itu topik tarbiah merupakan topik yang penting diambil perhatian oleh ibu bapa, termasuk saya. Saya ada mengumpulkan beberapa buku yang membincangkan tentang tarbiah anak, dengan harapan saya mendapat panduan yang cukup dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai bapa bagi ana-anak saya.
Antara kitab saya itu adalah kitab Fiqh Tarbiyah al-Awlad karangan Mustafa Ibn Al-Adawi ini. Ia merupakan kitab yang ringkas dan padat, menyentuh pelbagai aspek mengenai tarbiah anak. Bahkan ia disertai dengan nasihat dokter-dokter pakar berkaitan dengan kesihatan fizikal kanak-kanak.
Penulis di awal kitabnya menekankan prinsip asas tarbiah dalam Islam, iaitu hidayah Allah dan kita sebagai ibu bapa hanya pemegang amanah yang ditugaskan menjadi asbab kepada kebaikan dan kesolehan anak-anak kita.
Beliau juga menyebutkan bahawa kesolehan ibu bapa mempunyai pengaruh hebat kepada anak-anak mereka, sebagaimana ketolehan atau keburukan ibu bapa juga mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak.
Oleh itu sebahagian salaf ada berkata: “Wahai anakku, kerana kamu aku perlu menambah solatku.
Menurutnya lagi, tarbiah anak-anak bermula sebelum anak lahir lagi, iaitu dengan menjaga adab-adab ketika bersama isteri, menjaga makan dan minum sehingga yang masuk perut kita hanya daripada yang halal dan menghindarkan yang syubuhat dan haram.
Penulis juga menyentuh tentang adab bergurau dan bermain dengan anak-anak. kita boleh bergurau dan bermain dengan anak-anak, tetapi ada batas dan adab-adabnya. Ada permainan yang boleh dan ada permainan yang makruh dan haram. Mana yang boleh, jangan berlebihan. Yang makruh dan haram hindarkan. Sebagaimana permainan itu hendaklah dijaga waktu dan tempohnya. Jangan sampai melalaikan.
Banyak lagi yang dibincangkan oleh penulis. Dan setiap penulisannya cuba disandarkan kepada al-Quran, hadis nabi dan amalan salaussoleh dahulu.
Oleh itu, alangkah baiknya ibu bapa membaca kitab ini dan menjadikannya sebagai panduan dalam mentarbiah anak-anak. Semoga kita semua menjadi insan-insan yang soleh dan dianugarahkan dengan anak-anak yang soleh dan solehah juga.
Aamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment