Bicara Buku Santai 7, 23 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Raw'ah At-Tawazun Fi Al-Islam (Keindahan Keseimbangan Dalam Islam) karya Dr. Sa'id Abd Al-Majid Al-Barghuthi.16.05.2020
Nota Perkongsian Hari 23 Ramadhan (16.05.2020)
Bicara Buku Santai 7
Tema: Kitab Raw'ah At-Tawazun Fi Al-Islam (Keindahan Keseimbangan Dalam Islam) karya Dr. Sa'id Abd Al-Majid Al-Barghuthi.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Islam adalah agama yang mementingkan keseimbangan dalam segala hal. Kerana keseimbangan adalah ciri khas Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Al-Madkhal Ila Dirasat al-Islamiyah.
Bicara buku bicara santai hari ini mengetengahkan sebuah buku yang menjelaskan tentang keseimbangan dalam Islam secara lebih luas. Kitab ini bertajuk “Raw’ah At-Tawazun Fi Al-Islam, buah karya Dr. Sa’id ‘Abd al-Majid Al-Barghuthi.
Menurut beliau, keseimbangan yang ditawarkan Islam adalah keseimbangan yang kulli dan syamil. Kulli bermaksud menyeluruh dan syamil bemaksud konprehensif.
Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan di sini? Ia bermaksud menjaga kesetaraan antara dua perkara yang berlawanan sehingga tidak berlaku dominasi antara satu dengan yang lain. Atau ia juga bermaksud menjaga kesamaan antara dua neraca sehingga salah satunya tidak berlebih.
Menurut beliau, keseimbangan ini terlihat jelas dalam al-Quran. Al-Quran apabila menyebut nama Allah, selalu menyeimbangankan antara nama Allah yang mengandungi rahmah dengan azab, atau sebaliknya. Apabila menyebutkan al-Ghaffar, maka disebutlah selepas itu al-Qahhar, al-Qabid dan al-Basit, dll.
Demikian tentang fenomena alam, apabila disebut siang, akan disebut juga malam, matahari disebut bersamanya bulan, langit disebut pula bumi, dll. Bahkan berdasarkan kajian I’jaz adadi dalam al-Quran, mendapati bahaha Allah telah menyebut dunia dan akhirat dalam al-Quran dengan jumlah yang sama, iaitu 108 kali. Maka dalam al-Quran terkandung, keseimbangan lughawi dan keseimbangan fikri.
Keseimbangan bukan hanya berlaku pada ayat Allah al-Maqruah, iaitu al-Quran, akan tetapi ia juga berlaku pada ayat Allah al-Kauniyyah, iaitu yang terdapat di alam semesta. Maka buku ini membincangkan tentang keseimbangan secara lebih luas.
Lebih lanjut buku ini menyentuh tentang keseimbangan madddi dan ruhhi dengan lebih detail; keseimbangan yang nampak pada alam, keseimbangan zihni nafsi, iaitu keseimbangan akal dan jiwa, keseimbangan Badani Sihhi, iaitu badan fizikal dan kesihatan, keseimbangan social, keseimbangan ekonomi, keseimbangan bi’i atau ekosistem.
Keseimbangan ruhhi mencakup keseimbangan yang terdapat amal ibandah dalam Islam, seperti wuduk, solat, puasa dan haji, dll. Keseimbangan ini mengarah pada kesempurnaan Islam dan kesesuainnya dengan tabiat semula jadi manusia. Keseimbangan juga berlaku pada thawab wa iqab, iaitu pada balasan dan hukuman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment