Tuesday, 2 June 2020

BBBS 10 - 27.05.2020 Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim Dr. Yasin Muhammad Yahya

Bicara Buku Santai 10, 4 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya 27.05.2020

Nota Perkongsian Hari 4 Syawal (27.05.2020)
Bicara Buku Santai 
Tema: Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Muhammad saw. Mengetengahkan sebuah buku bertajuk "Al-Hubb Fi Al-Quran Al-Karim" Atau Cinta Dalam Al-Quran Al-Karim. Buku ini ditulis oleh Dr. Yasin Muhammad Yahya. Cinta adalah perasaan fitrah. Ia merupakan instinct semulajadi yang Allah swt titipkan letakkan pada hati setiap manusia semenjak dia mula hidup semenjak pada kanak kanak. Apabila dia membesar sedikit dapat membezakan orang iaitu ayah dan ibunya maka cintanya makin bertambah. Berkembang lagi semakin kenal dunia semakin bertambah kasih sayangnya pada orang orang lain yang dia kenal. 

Secara asasnya, semakin bertambah cintanya tidak berkurang cintanya pada ibu dan bapanya. Cinta boleh bertambah dan mula berkembang. Lepas itu kenal kawan kawan dan mula bertambah kasih saying melabuhkan cintanya selain yang dia kenal sebelum ini. Dan selepas itu kahwin pula diluaskan pada suaminya dan anaknya. Cinta manusia terus berkembang. 

Semakin kita kenal maka semakin bertambah cinta kita. Dari mata jatuh ke hati. Tak kenal maka tak sayang. Diantara banyak cinta cinta tersebut jangan lupa cinta Allah dan Rasulnya adalah tahap tinggi. 

Kita tak akan sampai darjat cinta yang sebenarnya apabila kita tak kenal Allah dan Rasul. Makrifatullah makrifahRasul. Mengajak kita untuk sampai kepada cinta tahap yang tinggi ini. 

Cinta Allah perlu diusahakan perlu ikhtiar. Secara asasnya kita sendiri manusia diberi juga ilham fitriah yang menyakini adanya kekuatan hebat diluar sana yang perlu kita labuhkan kasihnya cinta kita kepadanya. Melabuhkan cinta kepada Allah dan rasulnya merupakan satu peringkat yang sangat tinggi. Jelaslah untuk mendapatkan cinta yang sangat tinggi ini kita perlu usaha. Sebagaimana kita baca kisah kisah romantis ini Kisah kisah percintaan diantara manusia. 

Cinta kepada Allah dan Rasul ini menyebabkan kita berusaha untuk mencintaiNya. Cintailah Allah kerana nikmat yang diberikan kepadamu. Mati kita ibadah kita puasa kita hanya layak pada Allah sahaja. 

Mukmin yang sejati yang merasakan limpah ruah nikmat Allah kepadanya. Rasa syukur yang menyebabkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul. Kita perlu rasa cinta kepada Allah kerana dia memberi kita kehidupan, ibubapa, dunia, langit dan segalanya. Cinta kepada Allah dengan mengenal nikmatnya. Allah hadirkan /zahirkan kita kebumi merupakan lambang cinta Allah kepada kita. 

Cinta Allah dan RasulNya adalah cinta tahap tinggi. Rasulullah saw bersabda sayangnya aku sebab engkau sayang Allah. Sayanglah keluarga ku kerana cintamu kepadaku. Jangan salah mencintai Rasulullah seperti orang syiah pula. Ahli Sunnah wal Jemaah ada cara tersendiri untuk mengungkapkan cinta kasih kepada baginda Rasulullah dan ahli keluarganya.

Diantara yang perlu diketahui apabila kita ingin meraih cinta Allah swt adalah iaitu mengenal siapa yang dicintai oleh Allah. Dengan berusaha menjadi ornag orang yang dicintai oleh Allah swt  maka in shaa Allah kita akan termasuk orang orang yang akan mendapat cinta Allah swt. 

Didalam al Quran ada 8 golongan yang dicintai Allah dan disebutkan dengan jelas dengan terang. Landasan kita pada cinta Allah sebab kita kenal Allah. Maka semakin kita mengenal Allah semakin kita rasa hidup kita ini hanya kepada Allah swt.Maka Ulama mengajar kita awaluddin makrifatullah. Perkara pertama yang menjadi asas ialah mengenal Allah. Maka ulama mengatakan mengenal Allah dengan dua cara. 

Mengenal Allah melalui Asma Ul Husna melalui nama namanya yang indah. Siapa yang menghafal dan memahaminya dan menggunakannya dalam doa itu akan menjadi asbab untuk menjadi ahli syurga. 

Kenal Allah melalui ayat ayatnya. Iaitu ayat Quraniah dan ayat Qawniah. Ayat quraniah ayat dalam Al Quran. 

Orang orang yang dicintai oleh Allah perlu kita kenal dan kita cuba untuk menjadi diantara salah seorang daripadanya dan mereka itu ialah 

8 golongan yang dicintai Allah Allah mencintai al muhsinin. Orang orang yang berbuat baik dalam keadaan yang terbaik. Maka dalam solat dia mencuba yang terbaik. 

Allah itu menyukai orang orang bertaubat dan orang orang yang berusaha mensucikannya. Dan bersihkan dirinya. Kata ulama tawabin ialah mensucikan diri daripada dosa. 

Allah mencintai orang orang yang bertaqwa. Orang yang berusaha semaksima mungkin melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan semaksima mungkin menghindarkan perkara perkara yang membawa kepada melanggar larangan perintah Allah swt. 

Allah menyukai orang orang yang sabar. Orang yang teguh bila menghadapi ujian. 

Allah mencintai orang orang yang bertawakal. Orang yang menggantungkan harapan dan keinginnannya pada Allah swt. 

Allah menyukai orang yang berlaku adil. Kata Rasulullah saw berlaku adillah kepada bukan hanya kepada bawahan kita tetapi pada anak anak kita.

Allah suka orang yang mensucikan diri. 

Allah mencintai orang orang yang berperang dan berjuang di jalan Allah. 


Allah menyebutkan 10 golongan yang dibenci Allah dalam al Quran. Kita perlu mengenal agar kita jangan sampai temasuk dalam golongan ini. Dan untuk menghindar dan meraih cinta Allah . Apa yang dilarang jangan buat. 

Orang orang mu’tadeen. Allah tak suka orang orang yang melampaui batas. Kalau marah marah berlebihan kalau benci benci berlebihan.Jangan. Kita kena tahu had dia. 

Orang orang mufsideen. Allah membenci orang orang yang membuat kerosakan. Orang yang mencari masalah. Jadilah orang orangyang memperbaiki. Dan bukan kerosakan. 

Orang kafir.Allah membenci orang orang kafir. 

Orang zalim. Allah benci orang orang zalim. 

Orang qhainiin. Allah tidak menyukai orang orang khianat /pecah amanah/salahguna.

Allah tidak menyukai orang yang menzahirkan kata kata buruk dan ulama mempunyai beberapa pendapat di anataranya ialah orang orang yang doanya doa buruk yang dia minta pada Allah swt,.ataupun hebahkan perkara yang tidak baik. 

Orang musrifin. Allah membenci orang orang yang berlebihan. Berlebih dari apa yang patutnya berfoya foya makan lebih tidur lebih belanja lebih. 

Orang mutakibirin. Allah tidak menyukai orang orang sombong/angkuh. 

Allah benci orang orang farihin. Gembira yang negative yang menyebabkan orang berdosa. Menyebabkan lupa diri. 

Orang orang yang mukhtaleen fa qhur. 

‘Allah tidak menyukai orang bangga diri. Dari segi cara pergerakan , merasa hebat. 

Cinta dalam kisah Nabi Yusuf AS. Ada dua jenis cinta. Pertama ialah cinta abawi. Iaitu cinta ibubapa. Cinta ayah terhadap anaknya. Nabi Yaacob kepada Nabi Yusuf. Allah menjelaskan cinta abawi ni cintanya yang kerap yang tak disedari. Cuba kawal jangan saampai ketara sangat. Jangan tonjolkan sangat. Kata Rasulullah berlaku adillah pada anak anak kamu. 

Yang kedua ialah hub atifi iaitu cinta romantis. Iaitu cinta Nabi Yusuf dengan Imraatul Aziz.Imraatul Aziz jatuh cinta kepada Nabi Yusuf AS. Cinta perempuan ini tidak terkawal sehingga membawa banyak kerosakan. Kerosakan pada Yusuf sendiri dan kerosakan pada dirinya sendiri. Sampai menyusahkan orang.Sifat kemanisan iman iaitu lebih mencintai Allah danrasulNya lebih dari yang lain.

No comments:

Post a Comment

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...