Bicara Buku Santai 9 , 3 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Membincangkan tentang buku-buku yang dimiliki. 26.05.2020
Nota Perkongsian Hari 3 Syawal (26.05.2020)
Bicara Buku Santai 9
Tema: Membincangkan tentang buku-buku yang dimiliki.(Sahabat yang soleh sahabat yang buruk)karangan Sheikh Abu Abdillah Mustafa bin Adawi.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Buku ini membincangkan pentingnya al Jalis as soleh dan perlu nya kita menghindar daripada Al Jalis su suk. Al Jalis maksudnya teman. Ada dua kategori Al Jalis su soleh dan Jalis su suq. Iaitu sahabat yang baik dan sahabat yang buruk. Berhati hati dalam memilih kawan dan sahabat.. kesan dan pengaruh sahabat. Terutama dalam berkongsi dan meluahkan rasa hati.
Riwayat hadis soheh Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa An-Anshaari Rasulullah pernah bersabda perumpamaan sahabat yang baik dan buruk itu seperti sahabat yang menjual minyak wangi. Sahabat buruk itu seperti tukang besi maka sahabat yang menjual minyak wangi tadi sama ada sahabat ini paling kurang dia beri kepada kita, bagi sikit wangian. Ataupun awak beli wangian itu dan bertahan bebulan.
Dan boleh juga kalau tak diberi atau dibeli dapat bau wangi dari dia dah cukup dah. Kalau tak dapat ilmu dari dia tapi dengan memandang dia sahaja itu ada kesan pada kita untuk semangat lebih melakukan ibadat. Sebaliknya sahabat buruk seperti tukang besi samada awak duduk dengan dia boleh terbakar. Kalau takpun awak terbau bau besi melekat dibaju. Ada kesan pada diri kita.
Kesan daripada sahabat yang buruk. Iaitu sepeti yang terdapat dalam kitab tahzibul kamal yang mana Yahya bin Ma’in. saya mendengar daripada Razak satu kata kata yang dalil untuk pendapat aku. Jadi kebanyakan guru daripada yahya ma’in adalah Sunnah wal jamaah. Tiba2 ada satu pendapat yang berbeza. Maka aku pernah berjumpa dengan Jaafar Sulaiman yang merupakan syiah. Aaka aku melihatnya bagus. Maka aku mengambil pendapat ini . pentingnya kawan kawan kita dari orang yang soleh dan berlandaskan Sunnah dan al Quran.
Kata penulis kesan sahabat soleh itu adalah Allah swt sendiri memerintahkan kita untuk memilih sahabat yang baik ini berdasarkan firman Allah .Surah kahfi ayat 28. Dan juga surah al anaam ayat 52 dan 53.
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Al Kahfi 18:28)
وَلَا تَطْرُدِ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَىْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِم مِّن شَىْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ ٱلظّٰلِمِينَ
Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim).
(Al An'am 6:52)
وَكَذٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوٓاْ أَهٓؤُلَآءِ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنۢ بَيْنِنَآ ۗ أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَعْلَمَ بِٱلشّٰكِرِينَ
Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?"
(Al An'am 6:53)
Allah mengingatkan Rasulullah untuk sentiasa bersabar ketika bersama sahabat sahabat baginda. Jangan jauh daripada sahabat yang soleh ini. Sahabat nabi seperti Bilal bin Rabah. Antara sahabat yang daif. Tidak ada kasta dalam Islam semua adalah sama.
Rasulullah saw pernah bersabda ketika ada seorang sahabat yang bertanya tentang bila kiamat maka Rasulullah bertanya padanya apa yang sudah kamu sediakan untuk hadapi hari kiamat.? Tidak ada Cuma ku begitu menyayangi dirimu ya Rasulullah. Maka Rasulullah berkata engkau bersama dengan engkau sayangi. Sahabat yabg baik sahabat yang lama berada disisi kita. Kita suka dengan dia sebab kita sayang dengan dia. Carilah orang orang yang taat dan soleh dan disukai oleh Allah SWT.
Kata Rasulullah saw dalam hadis sohehnya bahawa diantara keutamaan kita menyukai orang orang soleh dan duduk bersama dengannya. Yang mana mereka ini orang yang duduk dengannya pun akan terhindar daripada kesusahan dan kehinaan. Akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah. Antara manfaat yang akan dapat iaitu kawan soleh ini ada dua kemungkinan satu adalah dia soleh dan dia alim. Yang kedua ialah dia soleh dan rajin berzikir dan beribadah. Kita akan dapat kesolehan dan ilmunya. Jika soleh dan suka beribadah. Kita akan dapat zikiir yang bertambah dan semakin kuat beribadah. Kesan dari sahabat yang soleh.
Antara kesan yang lain ialah dia akan doakan kita. Dia akan mohon kepada kita untuk keampunan pada diri kita. Doa sahabat dari belakang yang dia tak dengar adalah diantara yang disukai oleh Allah swt.
Yang ketiga ialah kesan nya juga ialah mengingatkan sahabatnya kepada Allah swt. Sahabat yang soleh akan mengingatkan kamu dengan ayat ayat Allah iaitu al Quran. Dapat ilmu dapat faham al Quran. Sahabat yang soleh akan memotivasikan kamu untuk melakukan amalan kebajikan. Sahabat buruk sebaliknya iaitu dia bangkitkan keraguan kepada diri kita.
Sahabat yang soleh juga mendoakan kita ketika kita tiada dan pada waktu berhadapan dia akan memberi nasihat ketika bersama dengan dia.
Kesan positif daripada sahabat soleh ialah dia akan menghalang kamu daripada mengata orang. Dan dia akan halang kita daripada cerita aib orang. Mengata mengumpat dan mencela. Dia akan ingatkan.
Bila kita focus pada hal baik kita tidak akan sempat nak focus pada hal yang tidak baik seperti mengata orang. Sahabat yang baik dia akan merasa rindu ketika berpisah dan akan bertanya khabar dan mengetahui macam mana kita dan Rasulullah pon sendiri ada sahabat dalam bentuk tunggul pokok kurma yang mana apabila Rasulullah berkhutbah ketika waktu itu dia akan letakkan tangannya pada tunggul tersebut. Maka Rasulullah waktu itu mahu besarkan masjid beliau terpaksala tunggul itu dibuang. Lalu Rasulullah mendengar seperti ada suara orang menangis dan tahu itu adalah daripada tunggul itu. Lalu Rasulullah berkata jangan sedih wahai tunggul sesungguhnya kita akan bersama di akhirat kelak.
Sahabat yang baik adalah menolong kawannya untuk mengingati Allah dan juga melakukan ketaatan. Sahabat yang soleh menyebabkan kita mampu melakukan amalan amalan soleh yang kita amalkan. Kita usaha lakukan. Sehingga kita berjaya melakukannya. Kesan sahabat soleh juga ialah dia akan kenalkan kita pada orang orang soleh yang lain dan akan membantu kita meluaskan circle kita. Meluaskan hubungan kita. Menyebabkan kita berasa seronok berada di kalangan orang orang soleh.
Diantara kesan sahabat yang soleh adalah mendatangkan harapan. Membuat kita ada harapan. Dan menjelaskan kita tentang pahala pahala yang akan kita dapat sekiranya melakukan kebaikan kebaikan tersebut. Sahabat yang baik akan menjadikan kita berlumba lumba dalam melakukan kebaikan.
Rasa semangat dan berusaha untuk buat kebaikan. Ketahuilah orang orang soleh ini ada majlis majlis dia dan ada pertemuan pertemuan kalau boleh berusaha la untuk bergabung dengan orang orang soleh untuk majlisnya Seringla pergi. Cari majlis ilmu orang soleh dan duduk bersama. In Shaa Allah kita akan jadi soleh juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment