Tuesday, 2 June 2020

BBBS 8-17.5.2020- Kitab Fann Az-Zikr Wa Ad Dua Inda Khatam Al Abiya - Syeikh Muhammad Al Ghazali

Bicara Buku Santai 8, 24 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Fann Az-Zikr Wa Ad-Du'a' 'Inda Khatam Al-Abiya', karangan Syeikh Muhammad Al-Ghazali. 17.05.2020

Nota Perkongsian Hari 24 Ramadhan (17.05.2020)
Bicara Buku Santai 8 
Tema: Kitab Fann Az-Zikr Wa Ad-Du'a' 'Inda Khatam Al-Abiya', karangan Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Kitab ini kitab yang ringkas menjelaskan tentang keindahan dan kehebatan zikir dan doa Nabi Muhammad saw. Penulis menganggap bahawa pada zikir dan doa Nabi saw terkandung seni yang tinggi dan keindahan yang susah untuk diungkapkan. 

Doa nabi saw terkenal dengan sifat Jaami’ dan Syaamil. Iaitu menghimpun dan mencakup perkara yang diperlukan. Ungkapannya ringkas dan padat. 

Menurut penulis, apabila diperhatikan dengan baik, zikir dan doa nabi saw, maka ia menunjukkan kita kepada betapa kenal dan rapatnya Rasulullah saw dengan Allah swt. Atau dinamakan dengan makrifat beliau dengan Allah swt. 

Makrifat beliau itu makrifat yang tidak dapat ditandingi oleh siapapun, sama ada orang terdahulu mahupun yang kemudian. Kata penulis, hati rasulullah saw. penuh dengan Allah dan mempunyai perasaan yang mendalam dengan kebesaranNya. Dengan keadaan hati yang seperti itulah dia berhubung dengan Allah dan hamba-hamba Allah.

Daripada zikir dan doa Rasulullah saw terasa betapa cintanya Rasulullah saw. kepada Allah swt. Oleh itu penulis berkata: الحب أساسه والشوق مركبه   Hubungan yang dilandasi oleh rasa cinta yang mendalam dan dibawa oleh rasa rindu yang memuncak. 

Di antara keistimewaan zikir dan doa Rasulullah saw. adalah kehebatannya dalam memilih asmaul husna yang tepat menggambarkan kebesaran Allah dan sesuai dengan hajat keperluannya.

Zikir dan doa Rasulullah saw kepada Allah swt boleh dikatakan 24 jam sehari, tiada henti dan tiada putus. Dia sentiasa berhubung dengan Allah swt. Lihatlah ada saja zikir dan doanya  dalam setiap saat dan kesempatan. 

Setiap zikir dan doanya mengandungi bahasa yang tinggi dan indah. Yang menunjukkan betapa indahnya hubungan baginda Rasulullah saw dengan tuhannya, Allah swt.

No comments:

Post a Comment

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...