Monday, 1 June 2020

BBBS 12 -31.5.2020 Buku yang bertajuk "عند الله تجتمع الخصوم" – Ketika bersama Allah akan bertemulah musuh musuh tersebut. karangan Sa'id 'Abd Al-'Azim.

Bicara Buku  Bicara Santai 12, 8 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Buku yang bertajuk "عند الله تجتمع الخصوم" karangan Sa'id 'Abd Al-'Azim.. 31.05.2020

Nota Perkongsian Hari 8 Syawal (31.05.2020)
Bicara Buku Bicara Santai
Tema: Buku yang bertajuk "عند الله تجتمع الخصوم" – Ketika bersama Allah akan bertemulah musuh musuh tersebut. karangan Sa'id 'Abd Al-'Azim.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Akan membincangkan tentang buku Bahasa arab iaitu terjemahannya ketika bersama Allah akan bertemu orang orang yang bermusuhan. 

Secara khususnya buku ini membincangkan tentang sejarah permusuhan manusia yang mana permusuhan manusia itu bermula disebabkan oleh satu sunnatullah yang bernama sunnatullah antadafu’. Iaitu satu ketetapan Allah yang menjadikan bukan hanya manusia bahkan setiap makhlukNya itu kecenderungan untuk saling bersaing berebut dan berlawanan. Ini adalah satu sunnatullah. Maka pada asasnya kita suka bersaing. Kadang kadang suka cari pasal. Landasan bagi sunnatullah ini adalah firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 251


فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ وَٱلْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ ٱلْأَرْضُ وَلٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْعٰلَمِينَ
Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.

(Al Baqarah 2:251)

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

Allah menjelaskan tentang kisah Tolu’ dan Jalu’ dan diantara bala tentera Tolu’ itu Nabi Daud A.S maka berlakunya satu peperangan besar antara Tolu’ dan Jalu’ ia merupakan salah satu ketetapan Allah sebenarnya. Yang Allah sengaja melagakan antara dua pihak tersebut iaitu satu pihak zalim dan satu lagi adalah pihak yang dizalimi. Maka disebabkan oleh sunnatullah antadafu’ ini akan ada orang yang menzalimi dan ada orang yang dizalimi. 

Jadi Allah jadikan sunnatullah antadafu’ ini kerana kalau tak ada satu proses ingin mempertahankan diri dan melawan ini maka bumi ini akan hancur kata Allah. Sebab yang bermaharajalela ketika itu adalah orang orang zalim. Orang orang yang membuat kerosakan tapi kerana Allah SWT yang menanamkan pada diri kita sunnatullah antadafu’ ini ketika kita melihat kezaliman tersebut kita bangkit kita cuba melawan. 

Oleh itu sunnatullah antadafu akan mengakibatkan nanti tak berhenti perlawanan antara yang hak dan yang batil akan selalu tetapi yang kita belajar ini yang mengikut kepada panduan Allah SWT berusaha untuk menjadi pihak jangan sampai yang menzalimi. Jadi perlawanan boleh dan akan terjadi tetapi jangan sampai kita menjadi pihak yang menzalimi kita boleh berlawan kita boleh berperang tetapi kita dipihak yang membela kebenaran.

Menegakkan keadilan membantu orang yang dizalimi maka kita dibolehkan. Jangan kita tak nak berlawan pula ada masanya melawan ada masanya kita terpaksa berperang. Kata Allah dalam al Quran iaitu tak ada bermusuhan itu melainkan kepada orang orang yang zalim kalau memang orang itu zalim maka berlawan.Jangan takut. Jadi kita dibenarkan oleh Allah SWT untuk bangkit melawan bangkit untuk berdebat jika bila keadilan dicemari dan juga kezaliman bermaharajalela.

Kadang kadang perlu ada sifat bersaing untuk kebaikan.Persaingan maka kita pandu maka disini kita belajar bagaimana memandu sesuatu yang ada dalam diri kita yang boleh membawa pada positif dan ada yang membawa kepada negative. Dan pada aspek negative ini diantara perkara yang boleh kita baiki. Yang boleh kita betulkan kita boleh transformasi diri kita ke arah yang lebih baik. 

Jangan biarkan diri kita berada dalam situasi yang mana seperti itu saja. Jangan. Kita perlu bersaing. Jadi perlawanan dibenarkan jika untuk menegakkan keadilan dan menolong orang orang yang dizalimi. Jangan sampai kita berada di pihak yang menzalimi. Sebab Allah swt telah menetapkan bahawasanya haram hukumnya menzalimi. 

Kezaliman adalah salah satu bentuk pada dosa yang besar yang Allah SWT haramkan. Haramkan pada dirinya sendiri sehinggakan Rasulullah saw pernah meriwayatkan hadis yang merupakan hadis Qudsi. Dalam hadis qudsi tersebut Allah berfirman “Wahai hamba hamba ku, AKu telah mengharamkan kezaliman terhadap diri ku.” Erti kata aku tak akan pernah menzalimi sesiapa pun juga. Allah tidak akan menzalimi sesiapa pun juga. Sebab Allah maha adil. 

Dan aku jadikan kezaliman itu pun haram dikalangan kamu. Kamu jangan buat jangan bertindak zalim. Jangan kamu saling zalim menzalimi wahai hambaku.Jadi disini kita dapat panduan. Dalam kehidupan kita boleh bersaing kita boleh berlumba lumba boleh bertanding untuk menjadi lebih baik. Tetapi jangan sampai kita terlibat dalam kezaliman. Jangan kita mengambil hak oang orang yang merupakan orang orang yang berhak terhadap apa yang dia ada tersebut. Letakkan pada diri kita jangan sampai kita menzalimi.

Orang orang terdahulu sangat takut dengan kezaliman maka kitab ini menyebutkan beberapa kita tentang bagaimana orang orang terdahulu sangat takut bila terlibat dengan kezaliman ini. Maka diriwayatkan pada satu hari Ali bin Fadhal menangis. Lalu orang bertanya kepadanya apa yang menyebabkan kau menangis Wahai Ali? AKu menangis sebab orang yang menzalimi saya. Orang zalim kepadanya dan dia menangis bukan sebab dia dizalimi tetapi terhadap orang yang menzalimi, dia menangis sebab saya teringat macam membayangkan bagaimana keadaannya ketika berada dihadapan Allah nanti. 

Yang pasti dia tak ada hujah sebab dia memang menzalimi saya maka saya sedih dan menangis sebab kesiankan kat dia. Orang orang salafusolleh dahulu dia bukan hanya tidak mahu menzalimi orang bahkan dia kesian kepada orang yang menzaliminya. Sebab nanti pasti orang ini akan kesusahan katanya. Sebab disisi Allah nanti semua kes dan semua perkara yang berlaku didunia akan dibuka kembali file lepas akan dinampakkan balik. Maka hati hati. Tak ada yang boleh disembunyikan. Tak ada yang boleh pergi ke tempat lain. Sebab masa itu hakim hanya satu iaitu Allah saja. 

Didunia mungkin memang boleh naik banding. Ketika tak puas hati dengan keputusan hakim ini. Kita kata kita naik banding hakim yang lain. Kadang kadang memang tuah dia naik hakim yang lain dia lepas. Dan naik banding yang lain sehingga kes tak habis habis sampai mati. Masih lagi ada kes lagi. Di akhirat nanti, hakim hanya satu sahaja iaitu Allah SWT. Dia maha adil. Dan dia akan tunjukkan pada kita mana yang zalim tersebut. Dia akan berikan keadilan kepada sesiapa yang pernah dizalimi semasa di dunia dahulu.

Jadi Sunnahtullah antadafu’ ini akan menyebabkan adanya kezaliman dan perlawanan terhadap kezaliman tesebut. Ada tiga jenis kezaliman yang perlu kita kenali

Zulmun la yughfar. Kezaliman yang tidak akan diampunkan. Kezaliman dalam bentuk syirik. Yang mana seseorang yang melakukan syirik sampai ke mati. Mati dia maka tidak ada peluang untuk diampunkan dosa dosanya itu. Melakukan syirik kepada Allah swt.

• Wa Zulmun la yughtra’.Kezaliman yang tidak akan ditinggalkan. Erti kata dia akan diselesaikan sampai bila bila masa kezaliman itu pasti akan ada penyelesaiannya. Ada balasannya. Ada tindakan yang akan dibuat atas kezaliman tersebut. Tak akan mungkin diabaikan. Tidak akan mungkin ditutupi. Satu hari nanti pasti akan dibongkar kembali kezaliman tersebut. Di dunia mungkin orang boleh tutupi kerana dia ada kuasa. Kerana dia ada harta. Tetapi di akhirat nanti semua akan dibongkar kembali pada Allah swt. Kezaliman yang berlaku antara manusia. Sesama mereka. 

Maka jangan sesekali pernah terfikir menzalimi orang. Zalimi sakiti dia. Bukan itu sahaja Mengambil barang dia. Zalimi sangat luas. Termasuklah mengumpat,fitnah, menjatuhkan reputasi. Dan dia tak buat apa apa. Mungkin orang yang dizalimi lupa tentang tesebut namun ia telah termasuk dalam rekod Allah swt dan akan dibongkar kembali. 

Dan di akhirat nanti orang sangat berharap ada tambahan tambahan amalan dia. Bagaimana nak tambah kembali iaitu mengorek kembali cerita cerita lama dalam bentuk kezaliman. Untuk topup amalan amalan dia yang mana kalau sekiranya orang yang mezalimi dia masih ada kebaikan akan transfer kebaikan orang itu kepada orang yang dizalimi. Kalau sekiranya orang itu dah tak ada kebaikan jahat pula maka akan transfer keburukan yang dizalimi ini kepada orang yang menzaliminya. 

Maka Rasulullah pernah mengingatkan dalam hadis soheh iaitu tahukah kamu siapa orang orang yang muflis? Orang yang tidak ada dinar dan tidak ada dirham?. Tiada duit? maka Rasulullah saw berkata bukan itu orang muflis itu orang yang bankrap itu adalah orang yang ketika bertemu Allah dia ada amalan solatnya amalan puasanya amalan zakat ataupun sedekahnyaakan tetapi semasa hidupnya di dunia dia fitnah orang dia mengumpat dan dia menyakiti si fulan ini . maka orang yang dia sakiti yang dia zalimi tersebut, datang padanya meminta pertanggungjawaban akhirnya kebaikan kebaikannya didunia habis masuk kepada orang orang yang dizalimi. 

Ketika itu tak ada lagi kebaikan tak ada lagi pahala sebab dah habis transfer semua. Tambahan pula masuk keburukan keburukan orang kepada dia. Oleh itu haramkan kezaliman. Maka sentiasa pastikan kita diantara orang orang yang sentiasa berlaku adil. Kalau tidak sampai adil kita berusaha untuk tidak menzalimi orang.

Zulmun maghfurun la yughtla’. Iaitu kezaliman yang mudah diampunkan oleh Allah swt. Dan dia tidak dituntut sangat. Tidak dikejar dan diburu sangat. Allah swt boleh mengampunkannya. Kezaliman terhadap diri kita sendiri. Kezaliman seorang hamba terhadap dirinya sendiri. Contohnya kes kes kadang kadang kita lalai solat, malas, buang masa pada perkara yang lagha dll. Mana yang kita dah azamkan itu cuba lah untuk laksanakannya.

Soalan yang ditanya bagaimana sekiranya kita dah maafkan orang itu adakah dikira juga ketika di akhirat? Apabila memaafkannya maka itu menyebabkan pahala orang yang memaafkannya lebih besar.yang dinamakan orang yang memaafkan manusia ini ialah mereka yang diperingkat taqwa yang besar. Inshaa Allah sekiranya orang itu dimaafkan maka dia akan terlepas di akhirat nanti.dan pada masa yang sama menaikkan darjat orang yang memaafkan setinggi tingginya sebab kedudukan orang yang memaafkan adalah tinggi disisi Allah.

Buku ini sebenarnya mengingatkan kita pada bahaya kezaliman bahaya kita bertelingkah bergaduh berbalah berkelahi pada perkara perkara yang tak patut. Ada orang yang dia menzalimi orang tapi dia tak mengaku.dia merasa dia tak salah. Dalam hal ini, sekiranya kita melakukan kesalahan mengakulah cepat cepat dan itu lebih baik seperti mana pada satu hari Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, pernah berada di atas mimbar. Sedang untuk berkhutbah lalu ada seorang Jemaah berkata kepadanya ketika diatas mimbar. Wahai Sulaiman, kau ingatlah hari orang berteriak katanya orang memanggil. Pada ketika itu Sulaiman tidak faham ingatkan hari azan untuk waktu solat, maka mendengar kata kata tersebut Sulaiman bin Abdul Malik turun daripada mimbar kemudian memanggil lelaki tersebut. Dan dia berkata kepada lelaki tersebut. Apa itu hari azan tersebut? Maka lelaki tersebut dengan mendatangkan firman Allah swt maka malaikat berteriak diantara mereka bahawasanya laknat Allah kepada orang orang yang zalim. 

Nanti akan ada satu hari malaikat malaikat berkata laknat Allah kepada orang zalim ertikata orang zalim pada waktu itu akan merasa gerun dan akan merasa takut. Maka apabila disebutkan itu, Sulaiman bin Abd Malik bertanya minta maaf boleh tak awak bagitau saya apa yang telah saya zalimi pada kamu kezaliman apa yang telah aku lakukan kepadamu?maka lelaki itu berkata aku ada sebidang tanah ini di tempat ini diambil oleh wakil engkau adalah pekerja engkau. Datang ambil padahal itu tanah yang aku ada dia nak ambil juga, maka mendengar itu maka Sulaiman menulis surat kepada wakilnya itu bagi balik tanah tersebut dan bagi lagi tambahan tanah. 

Ini yang berlaku kepada Sulaiman bin Abd Malik dan dia sangat takut apa bila melakukan kezaliman lebih baik dia bagi lebih daripada kurang. Lebih baik kita memberi lebih daripada kurang. Apabila kurang kita biasanya bertindak zalim. Ketahuilah pergaduhan manusia ini akan bersambung sampai hari kiamat.

Soalan bagaimana dengan reporter yang buat cerita tak betul?. Menyampaikan berita. Kalau sekiranya berita ini lalu diubah maka dia sudah berdusta dan berbohong. Dosa besar. Kalau ada baca kisah nabi israk dan mikraj tersebut dinampakkan orang ada yang potong lidah makin lama makin panjang dipotong .itulah mereka pemyampai berita palsu. Jaga diri kita jangan sampai berbuat yang sedemikian.

Ketahuilah pertelingkahan pergaduhan diantara manusia ini akan berterusan hingga hari kiamat sepertimana disebutkan oleh Allah dalam surah az Zumar ayat 31. Allah swt berfirman

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu.

(Az Zumar 39:31)

Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.Jadi ketika disisi Allah pun yang kaki gaduh pun masih nak bergaduh lagi.yang suka berkelahi ini masih akan tetap berkelahi, yang suka melawan akan suka tetap melawan. Ini dah jadi perangai namanya.

Maka dalam al quran ada disebutkan ada jenis manusia yang manusia yang paling teruk ketika bergaduh dan ketahuilah ini bukan sifat orang yang beriman. Sifat orang kafir atau orang munafik.orang beriman tidak ada macam ni. Dia akan berusaha untuk berada pada kebaikan. Berusaha untuk menghindarkan. Kalau bergaduh dan berbalah kerana dia perlukan. 

Soalan sekiranya kita maafkan orang zalimi kita namun diamasih ulang dan ulang sikap yang sama maknanya Allah nak uji kita nak bagi pahala yang banyak. Namun ada orang yang mana perlu ajar dan didik dia supaya jangan terus menzalimi dengan cara mengambil satu keputusan sama ada mengadu pada pihak berwajib agar urusan diselesaikan. Dan itu hak kita tidak salah sekiranya kita dizalimi dan menuntut agar orang yang menzalimi dihukum itu tidak salah.

 Itu adalah hak untuk agar orang yang menzalimi itu dikenakan hukuman bahkan ada hak meminta pada Allah swt binasakan orang ini. Namun sekiranya untuk memaafkan maka maafkan dengan ikhlas dan jangan sebutkan kembali. 

خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجٰهِلِينَ
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.

(Al A'raf 7:199)

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيْطٰنِ نَزْغٌ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ ۚ إِنَّهُۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah

(Al A'raf 7:200)

Maka ayat tersebut menjelaskan dianatara perkara yang syaitan tidak akan bagi buat to forgive someone. Memaafkan seseorang itu adalah perkara yang berat. Yang mana syaitan masuk akan cucuk kita.Ada batas level level yang boleh ambil sekiranya perlu menuntut hak boleh . Yang disyaratkan oleh Allah swt iaitu kamu ketika menuntut hak itu jangan berlebihan pula. ikut kepada yang ditetapkan namanya qisas. Kena sama. 

Ada orang yang Allah swt benarkan kita untuk tidak berhubung tetapi menghindar. Untuk menghindar dari orang orang jahil. Ada dalam al quran disebut ertikata kalau melihat orang tersebut memang mendatangkan masalah pada kita. Mendatangkan keburukan. Merosakkan hati.Kita boleh menghindarkan daripadanya. 

Dalam ertikata menghindar maksudnya jumpa dan melayan sekadarnya sahaja. Seperti Allah sebut dalam surah al furqan iaitu orang yang berjalan dimuka bumi ini dengan tenang dan tidak sombong kalau ada orang jahil yang ingin bercakap dengan dia maka dia berkata dengan salam. Ada dua makna satu adalah dia hanya menyampaikan setakat salam sahaja nak hindarkan dia supaya jangan sombong. Supaya tidak dituduh memutuskan silaturrahim. Tetapi tidak bincang jauh. Tak menyembang panjang. Yang menjadikan kita terjerumus dalam masalah ialah Kita dah tahu orang itu bermasalah kita dok layan pula. Ataupun kita boleh duduk bersamanya dan boleh kawal diri sekiranya perbincangan itu ke arah negative kita beransur tinggalkan. 

Pergaduhan akan berterusan sampai hari akhirat sampai dihadapan Allah pun perbalahan ini akan berlaku. Sehingga Ibnu Abbas pernah berkata bahawa perbalahan dihadapan Allah diantara manusia ini bukan hanya diantara manusia nanti. 

Bahkan akan berlaku perbalahan terhadap diri kita sendiri. Perbalahan antara roh dan jasad kita. Perbalahan diantara ahli neraka iaitu antara penyembah dengan yang disembah.yang menyembah itu berkata kepada yang disembah.diantaranya dalam surah al maaidah antara nabi Isa dan kaumnya.yang mana yang menyembah nabi Isa menjadi tuhan. 

Perbalahan antara Pengikut dengan pemimpin yang diikuti . Perbalahan diantara rakyat daif dengan pemimpin. Perbalahan antara kafir dengan syaitan. Perbalahan seseorang dengan anggota badan. Perbalahan antara roh dan jasad. Bagaimana untuk menghindari perbalahan iaitu

• Ketika hendak berbalah ingatlah Asma’ dan sifat Allah swt
• Ingat hari akhirat
• Ketika hendak berbalah ingatlah prinsip “At Takhliah Qabla At Tahliah “ iaitu menghindarkan keburukan lebih penting daripada melakukan kebaikan.

Perbalahan dan permusuhan mempunyai banyak kemudharatan
• Kezaliman membawa kepada kebinasaan
• Tuulul amal/ panjangan
• Buruk sangka
• Akhlak buruk
• Perasaan lemah
• At taysy Panas baran
• Tamak
• Menghina
• Permusuhan
• Sihir
• Kesaksian palsu
• Syamatatah- gembira dengan musibah menimpa orang
• Safahah/bertindak bodoh
• Khianat
• Ahmaq-Idiot

No comments:

Post a Comment

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...