Monday, 1 June 2020

BBBS 11 -29.5.2020 - Dr. Muhammad 'Imarah yang bertajuk "Al-'Ata' al-Hadari Li Al-Islam" atau Sumbangan Peradapan Islam.

Bicara Buku Santai 11, 6 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Buku hasil karya seorang pemikir Mesir yang terkenal Dr. Muhammad 'Imarah yang bertajuk "Al-'Ata' al-Hadari Li Al-Islam" atau Sumbangan Peradapan Islam.29.05.2020

Nota Perkongsian Hari 6 Syawal (29.05.2020)
Bicara Buku Santai 11
Tema: Buku hasil karya seorang pemikir Mesir yang terkenal Dr. Muhammad 'Imarah yang bertajuk "Al-'Ata' al-Hadari Li Al-Islam" atau Sumbangan Peradapan Islam.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Muhammad saw. Membincangkan buku hasil karya seorang pemikir Mesir yang terkenal Dr. Muhammad 'Imarah yang bertajuk "Al-'Ata' al-Hadari Li Al-Islam" atau Sumbangan Peradapan Islam. Maksud al A’ta’ bermaksud sumbangan pemberian. Islam memberikan sumbangan kepada manusia dalam bentuk sebuah peradapan. Sebuah tamadun . Itu tidak dinafikan sebab sewaktu Islam berkembang Islam muncul digambarkan pada waktu itu dalam keadaan kegelapan. 

Waktu itu Islam datang membawa satu cahaya yang dinamakan cahaya iman cahaya Islam dan berjaya mengeluarkan manusia daripada kegelapan tersebut. Ketahuilah Dr Mohd Imarah sangat menghighlight mengenai sumbangan peradapan umat Islam ini yang tak boleh dinafikan dalam pelbagai bidang dan sumbangan itu telah berjaya berkurun lamanya Cuma sekarang kita menghadapi umat Islam yang terbelakang. Tapi pada zaman dahulu umat Islam paling hadapan. Paling depan. Sekarang umat Islam perlu memikirkan al A’ta’ ini. 

Kita perlu memberikan sumbangan umat Islam bukan hanya menerima. Kalau kita lihat sekarang ini umat Islam adalah umat yang pengguna saja. Umat yang consumer iaitu yang hanya mengambil apa yang orang buat kita pakai tanpa mengeluarkan sesuatu yang bermanfat dan ini sebenarnya bercanggah dengan asal kejadian Allah inginkan daripada umat Islam. Firman Allah dalam surah Ali Imran “kamu itu adalah sebaik baik umat”. Kata Allah swt yang dikeluarkan untuk manusia kita memberi kepada manusia.Misi untuk manusia bukan untuk diri kita. Tapi adalah untuk manusia. 


Mukmin itu adalah memberi dan menyumbang. Dia tak fikir apa yang orang akan sumbang kepada dia. Tatapi dia yang menyumbang orang lain sebab dia yakin bahawa Allah memperhatikan apa yang dia buat tersebut dan balasan Allah yang dia harapkan. Apakah asas daripada sumbangan umat Islam ini. Asasnya adalah Al Quran. 

Kata Dr Mohd Imarah Al Quran umpama Rahim katanya. Rahim yang melahirkan. Al Quran melahirkan Al-Jawami’ Al Khamsah(lima pilar penyatu kehidupan). 5 sumber yang menjadi factor penyatu kehidupan orang Islam. Jadi sumbangan umat Islam ini lahir daripada kefahaman terap al Quran yang mana al Quran ini memberikan kepada kita lima paling kurang yang dihimpun dalam al Quran. Apakah yang 5 tersebut iaitu .

➢ Akidah sahihab. Akidah kita yang sama iaitu akidah tauhid. Akidah yang mengagungkan Allah swt. Maka umat Islam perlu kepada memberi sumbangan terhadap peradapan manusia. Sebab al quran didalamnya ada akidah. Akidah Islam ini mendorong kita untuk menyumbang tadi tu. Berbuat baik lah kamu sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Sumbangan yang kita buat untuk peradapan manusia bukan sebabkan manusia tetapi disebabkan Allah. Allah telah berbuat baik kepada kita. Allah jadikan kita Allah anugerahkan kita ibubapa. Allah sempurnakan kejadian kita seperti sekarang ini. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan. 

Dr Imarah dalam kitabnya berkata diantara yang perlu kita fokuskan umat Islam ini adalah pada 3 perkara dinamakan sabut pengaman ataupun life jacket. Life jacket umat islam ada tiga adalah al ibda’. Bermakna inovasi. 

Yang kedua ialah ijtihad, ertikata kesungguhan untuk menyelesaikan masalah. Semestinya umat Islam ini mempunyai tanggungjawab. Seperti sekarang ini untuk menemukan yang dinamakan pandemic covid 19. Mencari ubat. Umat Islam semestinya yang kehadapan dan berusaha untuk mencari penyelesaian. Terutama orang orang yang terlibat dalam perubatan.mereka seharusnya menghasilkan satu yang akhirnya itu akan menaikkan nama umat Islam dijtihad kesungguhan dan yang ketiga ialah tajdid.

Beliau menyakini adanya perlunya tajdid. Tajdid disini maknanya adalah pembaharuan didalam konteks Bahasa arab bukan maknanya kita meninggalkan yang lama membuat baharu.Tajdid dalam prinsip Bahasa arab adalah apabila diantaara digunakan tajdid wuduk,memperbaharui wuduk.iaitu maksudnya kita dah ada wuduk lalu kita memperbaharui wuduk supaya dia fresh supaya dia nampak lebih kemas. Kelemahan umat Islam yang menyebabkan mereka terhindar. Dan perlunya ada 3 perkara tersebut di dalam umat Islam.

Syari’ah Muhakkamah. Ajaran yang sempurna lengkap sepertimana yang difirman kan oleh Allah swt iaitu harini aku telah sempurnakan bagi kamu agama mu dan aku lengkapkan nikmat ku kepada mu iaitu Islam.

➢ Ummah yang memiliki jati diri sendiri. Kerana kita berpegang pada akidah dan berpegang pada syariah yang jelas yang tetap maka kita ada ummah sekumpulan manusia. Yang menyakini satu perkara yang benar. Iaitu akidah Islam dan mengamalkan syariah yang punya jati diri. Iaitu Islam itu sendiri.

➢ Dan kata beliau , dalam pada masa yang sama al Quran telah melahirkan negeri negeri Islam. Yang menjadi pilar pilar penyatu ummah Islam.terdapatnya kawasan tertentu negeri Islam. Yang beliau kata Darul Islam.

➢ Al Quran telah melahirkan peradapan yang tinggi. Peradapan dalam kajian merupakan hasil kerja buah karya manusia itu sendiri. Buah karya umat Islam. Seperti di Andalus. Semestinya kata Dr Imarah, 5 perkara yang wujud pada kita ini membantu kita untuk mempunyai rasa konfiden. Rasa keyakinan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Menyumbang itu merupakan satu ajaran nilai Islam yang murni. Turki sekarang diantara yang melihatkan pada dunia bahawasanya Negara Islam merupakan Negara yang membantu, dan akan membantu banyak Negara.

Kata Dr Mohd Imarah, kata beliau mengingatkan kita bahawasanya bulan Ramadhan bukan bulan untuk bermalas dan bukan bulan tidak produktif. Tetapi ia adalah madrasah tarbiyah iradah, bulan tajdid energy, kekuatan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan dalam membina peradapan hebat. Ketika kehendak kita sama dengan kehendak Allah maka ia adalah taufiq.

Dr Mohd Imarah mengingatkan kita kepada peranan Ramdhan yang mana Ramadhan itu diturunkannya al Quran dan dalam buku beliau mengatakan satu satunya bulan yang disebut dalam al Quran ialah bulan Ramadhan. Dimana Rasulullah saw berhijrah safar dan sampai di Madinah pada Rabiulawal.Tapi tidak disebut dalam al Quran. Tapi Ramadhan disebut oleh Allah swt dalam al Quran. Jadi istimewa. 

Ramadhan merupakan satu tempoh yang mana perlu mendidik iradah kita keinginan kita kemahuan kita dan selanjutnya bulan tajdid energy iaitu memperbaharui energy kita. Ketahanan diri kita memperbaharuinya. Dalam sains kata manusia itu perlu pada puasa iaitu dengan puasa tersebut ada satu proses membuang toxic dibuang benda tak elok. Maka masuk sesuatu yang bagus. Nilai umat Islam pada sumbangannya. 

Amal soleh yang baik ialah amal soleh yang memberi manfaat kepada seramai mungkin umat manusia. Dr Mohd Imarah mengingatkan zaman Nabi SAW dan sahabatnya beliau kata adalah itu generasi yang unik. Mereka ini dulu penyangak penyangak boleh dikatakan mereka ini orang yang begitu teruk dan parah. Dan jahiliah dalam banyak hal. Ketika Al Quran turun mendidik dan mentarbiah mereka dan berlaku perubahan total pada diri mereka. Perubahan yang begitu ketara begitu hebat,dari separah parah manusia kepada sebaik baik manusia. Bukan hanya mereka berubah bahkan mereka berjaya merubah sejarah dan dunia. 

Dr Mohd Imarah berkata penghafal Al Quran dikalangan sahabat tidak ramai. Bahkan Umar Al Khattab mengaku “saya untuk hafal surah al Baqarah saya ambil masa 8 tahun”. Sahabat nabi tidak semua hafal Quran sebahagian kecil sahaja tetapi ada satu yang paling mustahak daripada menghafal iaiitu fuqaha quran iaitu faham al Quran. Apa yang terkandung dalam al Quran. Yang mana akhir daripada apabila seseorang faham al quran maka sahabat ini menjadi generasi pekerja, persisten dan konsisten dalam menjalankan maqasid al Quran. Generasi amil. Yang berbuat.

Islam telah meletakkan asas peradapan Amthal (high standard). Yang terbaik dari banyak hal. Maka dalam buku ini disebutkan diantaranya adalah jikalau orang sekarang ini memperjuangkan apa yang dinamakan sebagai hak asasi manusia. Maka sebenarnya Islam lebih dahulu membincangkan hak asasi ini bukan hanya pada dimensi perbincangan sahaja akan tetapi dan juga lebih daripada itu. Islam menerapkan bahawa memberi hak dalam Islam kewajipan, bukan hanya semata pengiktirafan. Hak hidup, hak kemerdekaan, hak pendidikan dan hak kesetaraan dalam keterlibatan dalam urusan alam.

No comments:

Post a Comment

BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani

Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...