Bicara Buku Santai 4, 20 Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Kitab Dabib An-Naml buah karya Muhammad Zayn Al-Abidin. 13.05.2020
Nota Perkongsian Hari 20 Ramadhan (13.05.2020)
Bicara Buku Santai 4
Tema: Kitab Dabib An-Naml buah karya Muhammad Zayn Al-Abidin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Kitab ini membicarakan tentang penyakit hati riyak. Ia menjelaskannya dengan detail dan terperinci. Kitab ini amat bermanfaat untuk penyucian jiwa dan meraih keikhlasan dalam setiap amalan kita.
Pengarang turut menjelaskan tentang jenis jenis amalan manusia dari segi ikhlas dan riaknya. Pembahagian amal manusia menurut kitab ini yang mana ia ada lima macam
• Amalan yang ikhlas kerna Allah swt juga bertepatan dengan Sunnah Rasulullah saw. Maka inilah amalan yang dituntut oleh Allah swt amalan yang diterima oleh Allah swt tanpa ragu lagi.
• Amalan yang betul betul riak. Tidak ada langsung nilai lillahhitaala. Tak ada keinginan yang ikhlas untuk meraih redha Allah. Maka ini adalah amalan yang tercela yang Allah swt tidak akan nilai sama sekali. Allah tak akan terima amalan itu.
• Amalan yang memang untuk Allah swt akan tetapi pelaku amalan tersebut juga inginkan di belakang amalannya itu manfaat seperti gaji ataupun bayaran. Ataupun harta rampasan. Yang akan didapatkan dari usahanya tersebut. Kata Ibnu Rajab, amalan seperti ini pahalanya akan berkurangan tetapi tidk batal sama seekali.
• Amalan yang ikhlas pada Allah swt akan tetapi pelakunya itu mendapatkan manfaat tanpa dia sangkakan. Tanpa dia harapkan daripada apa yang diusahanya itu manfaat manfaat tertentu lalu dia mengambilnya. Itu adalah diharuskan. Ia merupakan tanda seseorang itu mendapat balasan didunia ini atas keikhlasannya.
• Amalan yang asalnya kerana Allah swt akan tetapi dalam pelaksanaannya muncul perasaan perasaan riak iaitu pada waktu itu pelakunya itu berusaha untuk menolak perasaan riak tersebut, dan dia terus melakukan amalan amalan tersebut. Dia sempurnakan amalan itu kerana Allah swt. Disyaratkan oleh Rasulullah saw diriwayatkan “ Allah swt memaafkan umatnya yang muncul was was dalam hatinya dengan syarat dia tidak mengungkapkan was was yang ada dalam hatinya itu.atau beramal dengan amalan riak dia tadi itu. Inshaa Allah ..Allah akan maafkan perasaan riaknya tadi itu.
• Amalan yang awalnya diniatkan untuk Allah akan tetapi dalam pelaksanaannya bercampur riak ke dalamnya. Maka perbuatan ini kata ulama ada 4 pendapat iaitu pertama amalnya itu sah danAllah akan membalas orang itu dengan niatnya yang pertama itu tadi. Ini adalah pendapat al Hassan dan Imam Ahmad.Kedua, sah amalan yang tidak bercampur dengan riak. Jika campur rosakdan tak diterima. Tidakdapat pahala. Ketiga, maka dengan riak itu batallah secara keseluruhan. Kerana ia bermula dengan kerana Allah lalu dimasuki oleh perasaan riak. Maka pada waktu itu batal lah amalnya. Keempat adalah pemegang pendapat tersebut mmebezakan antara dua jenis amalan kalau sekiranya amalannya itu amalan yang rukunnya berkaitan dgn rukun,maka itu akan menyebabkan semua amalannya batal. Jika amalannya itu tidak berkaitan dengan rukun maka yang batal adalah bahagian yang tidak di masuki oleh riak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment