Bicara Buku Santai 14a, 16 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.
Nota Perkongsian Hari 16 Syawal (08.06.2020)
Bicara Buku Santai 14
Tema: Buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kemudian selawat dan salam kepada junjungan Nabi besar Nabi Muhammad SAW. Bicara Buku Bicara Santai kali ini akan mengetengahkan satu buku yang hebat dan menarik yang bertajuk "Al-Khusyu' Fi As-Salah Fi Daw' Al-Quran Wa As-Sunnah (Khusyuk Dalam Solat Berdasarkan Kaca Mata Al-Quran dan As-Sunnah), karangan Dr. Sa'id Bin 'Ali Bin Wahf Al-Qahtani.
Kitab ini tentang khusyuk dalam solat berdasarkan panduan al-Quran dan as Sunnah. Rasulullah ada mengingatkan bahawa ada orang solat tapi tak khusyuk. Sebuah kata kata yang diungkapkan oleh Huzaifah yang mana beliau berkata bahawasanya ternyata khusyuk ini adalah perkara pertama yang akan hilang daripada umat Islam. Ulama ulama terdahulu sangat mengambil berat tentang khusyuk ini. Mereka sedaya upaya memahamkan manusia tentang khusyuk ini dan juga mengamanahkan untuk diri mereka.
Kata Huzaifah lagi perkara yang akan hilang daripada kamu adalah solat. Betapa ramai orang solat tetapi tidak ada kebaikan pada orang tersebut. Padahal kita tahu solat itu mencegah orang daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat itu mendatangkan kebaikan yang banyak. Berusaha memantapkan diri dengan Allah swt.
Khusyuk secara Bahasa ialah tunduk, tenang dan merendah. Ia hampir sama dengan khudu’. Tapi ia lebih luas. Al Khudu’ hanya pada badan. Khusyuk pada semua anggota badan, badan, pandangan, suara, hati. Dalam ayat Quran iaitu dalam surah al Qalam. Khusyuk adalah pandangan mereka. Iaitu dimaksudkan pandangan mereka tertunduk. Khusyuk digunakan untuk pandangan.
Dalam surah Taha ayat 108, iaitu suara suara pada waktu itu tunduk kepada ar Rahman. Pada Allah swt.
يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ ٱلدَّاعِىَ لَا عِوَجَ لَهُۥ ۖ وَخَشَعَتِ ٱلْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمٰنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا
Pada hari itu manusia mengikuti (menuju kepada suara) penyeru dengan tidak berbelok-belok; dan merendahlah semua suara kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar kecuali bisikan saja.
(Thaahaa 20:108)
Tak berani bercakap, tak berani untuk membantah. Iaitu pada hari kiamat. Khusyuk boleh digunakan untuk pandangan boleh digunakan untuk suara bahkan untuk wajah. Iaitu wajah wajah atau muka muka manusia pada waktu itu khusyuk. Iaitu merendah tak berani nak angkat. Khusyuk ini lebih luas. Khusyuk itu mencakup semua. Tapi kata Ulama ia bermula daripada hati.
Khusyuk sangat penting pada ibadah seseorang yang beriman dan ia mempengaruhi dalam kualiti hidup seseorang itu. Dalam surah al Mukminum, ketika menceritakan kejayaan orang beriman, orang yang beriman itu sungguh dan pasti Berjaya. Iaitu orang orang yang khusyuk dalam solat mereka.
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(Al Mu'minun 23:1)
ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
(Al Mu'minun 23:2)
Makna khusyuk secara istilah, iaitu kelembutan hati, ketundukannya, kehalusannya, ketenangannya dan kehadirannya semasa melakukan ketaatan pada Allah lalu diikuti oleh anggota badan secara zahir dan batin. Tak akan dapat khusyuk sekiranya hati seseorang itu berpenyakit. Kebersihan dan kesucian hati sangat penting.
Ada 3 kategori iaitu hati yang sihat, hati sakit, hati yang mati. Hati yang sihat ialah hati yang khusyuk. Hati itu merasa gembira apabila melakukan ketaatan. Merasa tenang apabila al quran dibacakan. Hati yang berpenyakit apabila hati ini berbolak balik. Dia nak berzikir tapi lepas itu dia malas dan bosan, berbuatlah solat sunat taubat dan mohon keampunan. Jadi hati mati pula ialah hati yang tidak terkesan langsung,tak tergerak langsung untuk melakukan kebaikan dan lebih suka melakukan kemaksiatan.
Maka hati ini perlu takhliah iaitu buang kotoran kotoran dia, selanjutnya kita tahliah iaitu hiasi hati. Iaitu hiasi dengan kesabaran, kesyukuran, keredhaan, keyakinan. Kita yakin diri kita dengan apa yang ditetapkan oleh Allah swt. Secara prinsip istilah, khusyuk bermula dari hati barulah nanti akan diikuti oleh anggota badan. Maka ulama mengatakan bahawa ada khusyuk orang beriman dan khusyuk orang munafik.
Khusyuk orang beriman bermula dengan kekhusyukan hati dan seterusnya anggota badan. Khusyuk mereka dengan hati yang mengagungkan, memuliakan Allah dan gerun dan segan dengan kebesaranNya. Kita akan rasa takut sekiranya kita tidak berterima kasih kepada Allah swt.
Ada satu kata kata orang arab iaitu terlalu sering disentuh maka hilang rasanya. Maksudnya secara zahirnya, apabila sesuatu itu lembut tapi hari hari kita sentuh maka rasa lembut itu hilang. Kebaikan orang kadang kadang seperti itu juga. Kalau orang itu hari hari buat baik pada kita, dan kita rasa kebaikan itu hari hari, satu hari kita akan lupa kebaikannya dan hilang rasa kebaikan itu, rasa dekat seperti orang tua kita. Ibu bapa kita.
Ibu bapa kita dari kecil sampai sekarang tak berhenti henti memberi kebaikan kepada kita. Tapi kerana dah selalu kita menerima yang baik daripada ibubapa kita dan kita tak terasa kebaikan itu lagi. Kadang kadang kita lupa dah.
Demikian juga dengan Allah ini yang sering berlaku. Yang mana hari hari Allah mencurahkan rahmat mencurahkan nikmat kepada kita. Namun kita sering lupa, dan inilah yang membezakan anak yang soleh dan hamba Allah yang soleh. Anak yang soleh ingat kebaikan ibubapa. Dan sentiasa berdoa kepada Allah swt. Dan hamba Allah yang bersyukur seperti itu juga, dia teringat yang silam kebaikan kebaikan yang Allah beri dan dia merasakan dan maka dia besyukur kepada Allah swt.
Khusyuk orang munafik ialah nampak khusyuk pada anggota badan, tetapi hati lalai, dibuat buat dan berpura pura. Tidak ikhlas. Orang munafik kebanyakan riak. Huzaifah ialah sahabat nabi yang dianggap istimewa oleh Rasulullah saw dan dia sahabat yang menyimpan rahsia Rasulullah saw berkaitan dengan orang orang munafik. Huzaifah diantara orang yang boleh membaca kemunafikan orang. Maka Umar bin Khattab jumpa Huzaifah untuk cek hati, Huzaifah seperti doctor hati ketika zaman itu. Maka Umar bertanya Huzaifah “Wahai Huzaifah, aku ada mempunyai hati munafik tak? Maka Huzaifah kata awak okay Umar. Maka legalah hati Umar.”
Maka Huzaifah pernah berkata hati hati dengan khusyuk cara orang munafik. Maka ada yang bertanya kepadanya bagaimana khusyuk orang munafik itu? Engkau lihat jasadnya tubuh badannya nampak khusyuk dan nampak tunduk nampak merendah tetapi hatinya sombong dan angkuh. Hatinya tidak ada langsung kekhusyukan.
Jadi bonda Aisyah meriwayatkan, beliau melihat beberapa orang pemuda yang mereka lalu dihadapan bonda Aisyah dalam keadaan seolah olah mereka nak mati. Lalu berjalan dalam keadaan lemah longlai macam nak jatuh. Maka bonda Aisyah berkata kepada kawan kawannya , Siapa mereka itu? Mereka berkata orang ahli ahli ibadah yang kuat beribadah. Maka bonda Aisyah berkata bukan itu namanya ahli ibadah bukan yang dinamakan mukmin yang sebenarnya tetapi mukmin yang khusyuk itu seperti Umar al Khattab.
Kalau berjalan,berjalan dengan tegap dan pantas. Dan apabila berkata, dia berkata dengan jelas dan terang sehingga orang dengar dan faham apa yang dia cakap. Kalau dia pukul memang terduduk orang tersebut. Dan kalau dia bagi makan mesti bagi orang makan sampai kenyang. Inilah yang dinamakan ahli ibadah yang sebenarnya.
Khusyuk dalam solat adalah satu bidang ilmu dan satu amal soleh tersendiri. Yang perlu kita pelajari dan usahakan. Khusyuk kepada Allah dalam solat kita merupakan ilmu yang bermanfaat dan amal soleh. Berdasarkan sabda Rasulullah saw,seperti mana diriwayatkan oleh Abu Darda’, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi, bahawasanya Abu Darda’ berkata kami pernah bersama dengan Rasulullah saw tiba tiba baginda memandang ke langit. Kemudian berkata, ini adalah waktu ilmu diangkat daripada manusia. Akan ada satu masa yang mana ilmu akan diangkat daripada manusia sehingga mereka tak mampu nak buat apa apa.
Maka salah seorang sahabt Nabi iaitu Ziyad bin Lambi’ Ansari berkata bagaimana ilmu itu diangkat daripada kami, kami baca Quran. Kami akan ajarkan al Quran ini kepada anak anak kami dan isteri isteri kami. Jadi walaupun dengan keadaan itu, ilmu itu diangkat macamana itu? Lebih kurang soalan sahabt itu. Maka berkatalah Rasulullah, iaitu “teruknya engkau Ziyad, aku ini dah anggap engkau faham dengan hukum hakam dikalangan orang Madinah. Macamana boleh cakap macam tu? Maka bekatalah Rasulullah dengan membandingkan keadaan sahabat sahabat Nabi dengan orang org Yahudi, mengatakan , taurat dan injil ini ada pada orang yahudi dan nasrani. Kenapa taurat dan injil tidak memberi kesan apa apa kepada mereka.
Maksudnya disini ada al Quran kepada kita tidak semestinya mengantar kita kepada khusyuk. Khusyuk ini satu bidang yang perlu kita kuasai. Ilmu yang pertama yang diangkat daripada manusia iaitu khusyuk. Khusyuk ini satu bidang ilmu yang perlu kita kuasai dan dalami.
Maka Rasulullah sering berdoa dengan satu doa iaitu Ya Allah aku memohon perlindungan kepada Mu daripada ilmu yang tak bermanfaat daripada hati yang tak khusyuk.daripada nafsu yang tak pernah puas dan daripada doa yang tak diijabah oleh Allah swt. Rasulullah memohon perlindungan sebab perkara ini akan mempengaruhi dirinya.
***Hati yang khusyuk bersumber dari ilmu yang bermanfaat. Hati yang merasakan kebesaran Allah swt.
Imam Al Hasan Al basri, ilmu itu ada dua iaitu ilmu dengan lisan dan ilmu dengan hati. Ilmu dengan hati adalah ilmu yang bermanfaat dan ilmu dengan lisan adlaah hujah Allah kepada anak cucu Adam.
Akan bersambung, insya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBBS Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Karya: Abu Fatiah Al Adnani
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 7) Misteri Tahun-tahun Kekeringan Ekstrim Pra Kedatangan Dajjal dan Rahsia Kekuatan Zi...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 6) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan (sambungan) 5. Mahalnya sebuah kejujuran dan amanah K...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 4) Karya: Abu Fatiah Al Adnani Pada perbincangan lepas, telah dibincangkan betapa da...
-
Bicara Buku Bicara Santai Zikir Akhir Zaman (bahagian 5) Akhir Zaman Yang Dinubuwatkan Nabi Muhammad SAW Bahagian ini membincangkan apa yang...
No comments:
Post a Comment